KITA


Selasa, 7 Julai 2015



Kepada orang yang baru terluka hati
Biar diri mu untuk bersedih
Seperti hujan di saat senja
Kamu harus membiarkan setiap sedih yang ada

Setiap pemergian perlu ada kesedihan
Walaupun untuk cinta yang telah mati
Maka menanggislah
Sehingga tidak mampu mendengar
Suara tanggisan diri mu sendiri

Izinkan diri mu bersedih
Menanggis buat kali terakhir 
Diri kamu dikecewakan seseorang
Menanggis sehingga kamu lupa 
Bagaimana kamu berharap

Bila kamu bosan bersedih 
Maka bangkitlah semula
Bangunkan diri kamu kembali 
Lihat diri kamu di depan cermin
Aku harus untuk gembira 
Aku harus untuk melupakan 

Buang kenangan bersama dia
Buang gambar bersama dia
Padam cerita bersama dia
Keluar mencari bahagia
Ketawa hingga lupa waktu
Berlari tanpa jejak lalu

Memang kadangkala kenangan sering menyanyi
Tapi kamu harus sedar 
Semua ini pasti berlalu 
Hujan berganti langit biru
Gelap berganti terang
Luka berganti senyuman

Bersabarlah
Setiap gelap pasti ada cahaya kecil
Setiap sakit ada erti kuat
Kerana kamu perlu bahagia kembali
Tanpa cerita lalu
Tanpa air mata yang sama

Rabu, 1 Julai 2015



Tinggalkan aku sendiri

Memeluk tubuh yang tiada erti

Menanggisi waktu yang sudah berlalu

Meninggalkan kenangan yang terhapus

Melirikan cerita yang tiada penamat

Menciptakan ruang kerinduan


Biarkan aku sendiri

Aku hanya pemilik sementara

Tiba waktu akan ditinggalkan

Tercipta ruang akan meninggalkan 

Bukan sementara tapi selamanya

Akan aku rasakan 

Ditinggalkan dan meninggalkan


Aku ingin sendiri 

Tanpa cinta tanpa rindu

Membiarkan kenangan terus terhenti

Tiada permulaan cerita

Tiada penamat cerita 

Hanya cerita yang tidak lengkap 

Menjadi kenangan dalam mimpi


Aku ingin terus sendiri

Sendiri dan terus sendiri

Sendiri jalan cerita aku

Pelengkap cerita sepi 

Hingga nafas aku tiada terhembus

Ketika mata tidak bersinar

Aku akan terus sendiri

Sendiri aku bukan kegembiraan 


Selasa, 25 Februari 2014




               Sekiranya ALLAH memberi aku membuat permintaan sekarang.aku tidak akan minta kamu tak pergi jauh dari hidup aku.aku tidak akan minta kamu tak suka aku.aku tidak akan minta kamu tak tinggalkan aku.tetapi aku akan minta,aku tidak pernah kenal kamu dan kamu tak pernah hujud dalam hidup aku.tidak ada satu pun ingatan aku terhadap kamu.ye..memang aku nak hapuskan semua tentang kamu dalam hidup aku.aku tak mahu kamu ada dalam bayangan aku.tetapi satu je yang kamu harus tahu.hingga saat ini aku masih tidak dapat melupakan kamu.aku masih terbayang akan diri kamu.boleh dikira setiap hari dan setiap aku ingatkan diri kamu. mungkin aku tidak patut menunggu kamu ketika itu.aku tak patut mencintai kamu sepenuh hati.aku ni memang bodoh.bodoh untuk terlalu mencintai kamu.sehingga satu saat kamu telah pergi dari hidup aku.kenapa kamu pergi disaat hati ini mula mengenal sebuah cinta.kenapa kamu pergi ketika aku sangat memerlukan kamu.kenapa kamu tidak pergi dari dulu lagi.kenapa saat ini..kenapa!!!kenapa!!!.mungkin kamu terlalu mudah untuk melupakan aku.tetapi bagi aku melupakan adalah sesuatu yang sukar.aku memerlukan masa yang lama untuk benar-benar melupakan kamu.adakah aku perlu melupakan..ye!!1memang aku harus melupakan.melupakan diri kamu.aku perlu belajar untuk redha melalui ini semua.adakah aku mampu???ye aku mampu untuk melupakan.tetapi aku perlu sedikit masa.ya..aku bukan untuk kamu.aku dan kamu sungguh berbeza hati dan rasa.aku tidak pernah menyalahkan kamu.aku tidak pernah menyalahkan sesiapa.aku salahkan diri aku sendiri.dulu aku tidak tahu kenapa aku mencintai kamu.adakah melalui namamu.adakah melalui rupamu.adakah melalui tutur bahasamu.sekarang aku baru tahu.dulu aku mencintai kamu kerana sifat kamu.aku baru tahu itu semua.aku akan berusaha melepaskan kamu bersama harapan aku.bersama pilihan hatimu.namun hati in selalu berkata.kenapa bukan aku yang bersama kamu.aku kini tidak mengharapkan dirimu.tapi bukan bermaksud aku ingin melupakan terus dirimu.aku mahu beri ruang kepada diri ini belajar berdisiplin diri.disiplin diri untuk belajar untuk mencintai seseorang.hanya aku dan Allah sahaja yang tahu..

Selasa, 10 Disember 2013

"11.12.2013"








Aku pernah setia,

Tapi diduakan.



Aku pernah percaya,

Tapi dikhianati.


Aku pernah mencintai,

Tapi disakiti.


Aku pernah memiliki,

Tapi akhirnya kehilangan.


Aku pernah jujur,

Tapi ditipu.


Aku pernah berharap,

Tapi harapan tu cuma sia-sia



            Mulai saat ini aku akan berhenti berharap.aku akan berhenti mencintai.mulai saat ini aku redha atas yang telah berlaku dalam hidup ini.aku akan berhenti menulis tentang cinta.tiada lagi apa yang hendak aku tuliskan tentang perjalan hidup aku.mungkin apa yang aku harapkan selama ini tidak akan pernah berlaku.mungkin malam tadi aku telah banyak membuang air mata aku.untuk seseorang yang tidak lagi milik aku.tapi pagi ini aku akan berusaha untuk tersenyum.walaupun rasa perit itu ada.buat apa lagi aku terus berharap.semuanya telah sia-sia.

     kadangkala kita perlu melepaskan seseorang walaupun dia telah mengajar kita erti sebuah cinta.mengajar kita erti sebuah kerinduan dan mengajar kita erti sebuah kesetiaan.walaupun melepaskan itu bukan sesuatu yang mudah.aku akan melupakan semuanya.4 tahun bukan masa yang singkat untuk aku menunggu tapi itu yang telah aku lakukan.mungkin kalau aku dapat ke masa lalu aku akan memilih untuk tidak akan menunggu.selama ini aku salah mengenal cinta.aku cuma memerlukan beberapa jam untuk mencintai dia tetapi aku mungkin memerlukan masa yang lama untuk melupakan.melupakan semua harapan aku.dia yang telah melukiskan indahnya sebuah cinta dan dia juga yang telah melukiskan peritnya sebuah cinta"


     untuk sementara waktu ini biarlah hati ini tertutup.aku tidak akan mencari cinta lagi.cukuplah apa yang selama ini telah aku lalui.aku tidak akan mengulang kisah lama aku lagi.biar semua ini berjalan mengikut arus masa yang telah ditetapkan.aku akan berserah kepada ALLAH.kerana ALLAH itu maha mengetahui apa yang akan berlaku.aku tidak pernah salahkan takdir atas apa yang telah berlaku.aku tidak pernah salahkan dia kerana tidak melupakan aku.aku juga tidak salah kan ALLAH kerana tidak mendengar doa aku.tapi aku salahkan diri aku sendiri kerana selama ini aku yang sangat mengharapakan dia.

      Mungkin dia telah temui seseorang yang lebih baik dari aku.seseorang yang dapat membuat dia sentiasa tersenyum dan gembira.adakah ini cuma perasaan aku atau kenyataan.adakah dia telah menjumpai penganti yang lain.jika itu adalah kenyataan,aku akan menerima dengan hati yang terbuka.dia telah membuat aku sukar untuk memilih erti sebuah cinta.


     Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi.fikiran aku rasa kosong.takde apa-apa lagi yang mampu aku fikirkan.jari jemari ini pun tidak mampu untuk menulis apa-apa lagi.aku tak pernah rasa macam ini.mungkin dia akan bahagia suatu hari nanti.aku akan doakan dia semoga bahagia.satu je yang aku nak ucapkan kat dia iaitu terima kasih.terima kasih telah memberi runag untuk aku menulis sesuatu yang indah dalam hidup ini.walaupun aku tahu itu bukan sesuatu yang indah tetapi sudah cukup untuk aku kenang.aku tidak pernah menyesal berharap.kerana harapan itu aku mula sedar bahawa setiap seseorang itu pasti akan memilih yang terbaik untuk diri masing-masing.ini mungkin luahan yang terakhir akan aku tulis.selepas ini tiada lagi luahan yang akan aku ucap.biar selepas ini aku simpan sahaja apa yang aku mahu luahkan.aku tidak akan meluahkan lagi di blog ini.


      Aku telah menulis tentang perasaan aku.sampai saatnya aku telah terluka.aku menunggu dan terus menunggu sampai aku terluka.hari ini selesai sudah cerita tentang perasaan aku.selayaknya dia tahu.dia yang telah aku sayang.kini dia telah pergi.mungkin hancur hati ini akan aku rasakan buat selamanya.dia telah memilih.aku hanya dapat menerima apa yang telah dia pilih.selama ini dia telah berada dalam hati ini.tetapi kini aku akan mencuba untuk melupakan dia dari hati ini dengan perlahan.sampai aku telah dapat melupakan.aku juga akan menutup pintu hati ini untuk tidak menerima sesiapa lagi buat sementara waktu.mungkin pintu hati ini akan terbuka setelah aku temui seseorang yang benar-benar milik aku.

     
      Mungkin ini pengakhiran bagi blog MENCARI SEBUAH KETENANGAN.selepas ini tiada lagi LOVE IS NOTHING dalam hidup ini.aku akan melepaskan apa yang telah terlepas.aku akan berhenti menanggis seperti hari-hari yang sebelum ini.aku tidak akan pernah menanti sesiapa lagi.Dia adalah seseorang yang pernah aku harapkan dan aku tunggu untuk jangka masa yang lama.tapi apakan daya.aku cuma mahu merancang tetapi ALLAH yang menentukan.terima kasih atas segalanya.aku akan berhenti menunggu kamu.maafkan aku selama ini kerana telah mencintaimu dalam diam.maafkan aku kerana aku telah menunggu kamu.maafkan aku kerana telah meluahkan sebuah cinta kepada kamu suatu ketika dulu dan maafkan aku atas apa yang telah berlaku selama ini.dalam percakapan aku,perbuatan aku,penulisan aku dan yang aku sedar dan tidak aku sedar.maafkan aku ye.aku harap suatu hari nanti kamu akan bahagia.bahagia buat selama-lamanya.aku dan kamu akan tetap menjadi kawan.tidak akan lebih dari itu.nanti kalau makan nasi minyak jangan lupa ajak aku.hehehe.ok lah aku pun tidak ada apa lagi nak tulis.cuma aku berharap kamu akan lebih bahagia.BYE...jage diri ye.ASALAMUALAIKUM....

terima kasih Love Is Nothing....

Ketika aku datang dengan sebuah harapan
kini aku harus pergi untuk menjemput kekecewaan
segala sesuatu tidak ada yang abadi
semuanya pasti berubah
Terima kasih sudah menjadi sahabatku
Terima kasih sudah menjadi kawan setiaku
Terima kasih sudah menjadi bagian dari jalan hidupku
Maafkan semua kesalahanku, dan kekuranganku
Aku tidak akan menangis atas segalanya
Aku akan abadikan semuanya dalam hidup aku....



                           
"11.12.2013"   



Sabtu, 7 Disember 2013



            Aku terus memendam semua rasa.aku mencuba untuk melupakan semua kisah lalu.kisah silam yang sangat menyedihkan dalam perjalanan hidup ini.aku mahu melupakan semua ingatan aku yang lalu.supaya aku tidak lagi bersedih.kesedihan!!!!kamu pergilah dari hidup aku.aku mahu mencari sebuah kebahagiaan.bukan kesedihan.pergi kau dari hidup aku.pergi sejauh yang mungkin.jangan kau hadir lagi dalam hidup aku.mungkin kebahagiaan aku adalah pada masa lalu.bukannya sekarang ini.kini aku lebih merasakan kesedihan.biar rasa rindu ini tidak pernah terucap.biar rindu ini berjauhan.aku telah mencuba.mencuba untuk meminta kasih.tapi aku tidak mampu.aku ingin menjadikan rindu ini sebagai ikatan yang abadi pada suatu hari nanti.mungkin sudah menjadi suratan takdir.berbagai dugaan dan cabaran yang aku lalui.tapi aku percaya ini adalah liku jalan yang perlu aku tempuh.aku tabah mengharungi semua ini.disamping aku menanti hari-hari yang mendatang.aku berserah pada takdir.mungkin siang akan sepi tanpa mentari,malam akan sepi tanpa rembulan,bulan akan sepi tanpa bintang yang berkelipan,hidup akan sepi tanpa kawan,hari ibarat tiada apa-apa tanpa sebuah iman dan aku akan sepi tanpa DIA di sisi aku untuk menemani aku.demi mencari cinta yang abadi.aku berserah pada ALLAH.seandainya dia tahu apa isi hati ini?apa yang aku mahu saat ini?apa yang aku harapkan dari dia?dan andai dia tahu bahawa di hati ini hanya ada dia??ungkaplah semua rasa yang ada dalam dirimu.ungkapakan semua kata yang kamu mahu katakan.terhitung untuk saat yang sangat menyakitkan.aku masih setia menunggu dan mengharap.aku akan sentiasa berada di sini untuk diri kamu..


Love Is Nothing  

Selasa, 3 Disember 2013



               Hari demi hari  aku merasakan hidup ini sudah tidak bermakna lagi.aku merasakan segala pengorbanan aku selama ini sudah tak bermakna.aku merasakan dah berputus asa dengan semua ini.aku rasa mahu pergi dari semua ini.aku sudah tak kenal apa itu erti sebuah cinta.aku tak kenal apa itu makna sebuah kasih sayang.selama ini aku hanya mengenal penderitaan,penantian dan kerinduan.aku tak pernah merasa apa yang tak pernah aku rasakan dalam hidup ini.segala penantian aku selama ini macam sia-sia.aku terlalu berharap kepada yang tak pasti.ini lah kehidupan.apa yang kita inginkan pasti itu adalah benda yang paling susah nak dimiliki.dan apa yang kita tak sangka,itu yang kita akan miliki.aku tak pernah menyalahkan takdir.kerana aku percaya ini adalah takdir yang harus aku tempoh.aku boleh tersenyum seperti orang lain.aku aku tak pernah gembira seperti orang lain.hidup ini adalah pilihan.ditinggalkan oleh orang yang kita sayang atau meninggalkan orang yang kita sayang.aku merasakan aku telah ditinggalkan oleh orang yang aku sayang.hidup ini tidak pernah menjanjikan apa-apa yang terbaik dalam diri seseoranag.seperti diri aku ni.aku percaya semua ini adalah permulan untuk kehidupan aku yang akan datang.kehidupan aku penuh dengan harapan.harapan yang tidak pernah tertunai.hanya kata-kata yang mampu terucap.bagi aku kehidupan aku yang dulu adalah sebuah kenangan.kini adalah sebuah kehidupan dan akan datang adalah harapan yang aku nantikan.memang betul kata orang.kenangan yang terindah tidak akan pernah terlihat oleh mata.hanya dapat dilihat oleh hati.apabila hati mula dapat melihat semua.saat itu hati akan merasakan apa yang tidak pernah dirasakan.itu yang sering berlaku dalam diri aku.tapi aku yakin tiada apa yang mustahil boleh aku lakukan.sudah tiba waktu untuk aku pergi melangkah mencari apa yang hati ini perlu carikan.alangkah indahnya jika diri ini mengerti setiap isi hati.siapa aku dalam diri dia.tapi sungguh sedih apabila diri ini tidak pernah faham satu pun.aku akan mula sakit apabila aku teringgat apa yang pernah berlaku dalam hidup ini.saat itu sangat gembira.aku percaya dia adalah untuk aku.tetapi lama kelamaan aku mula merasakan ditinggalkan.cinta itu hadir penuh dengan kejutan.tapi kadangkala cinta ini membuat kita seperti membuat persembahan di pentas yang luas.aku menipu apa yang sebenarnya sedang  berlaku.saat kita menunggu sesuatu yang mustahil kita merasakan bodoh.aku mula merasakan diri ini sudah tidak........


Love Is Nothing   

Isnin, 2 Disember 2013



      setiap kali aku ingin mencari sebuah kebahagiaan.di situ aku akan menemui pelbagai cabaran.adakalanya cabaran itu membuat aku untuk terus kuat.dan ada kalanya cabaran itu membuat aku menyerah.membuat aku lebih merasakan kesakitan.aku merasakan aku ni tidak layak nak bahagia seperti orang lain.aku ingat lagi kata-kata seorang kawan."kadangkala kita perlu bersedih supaya kita tahu dunia ini bukan untuk bergembira.tetapi kadang kala kita juga perlu gembira supaya kita tahu dunia ni bukan untuk bersedih.aku tak pernah lupa.aku merasakan bahawa kesedihan itu adalah sebuah kebahagiaan dan kebahagiaan itu adalah sebuah kesedihan.itu yang aku lalui.sepanjang pejalanan hidup aku.aku tidak pernah merasakan apa itu makna sebuah kebahagiaan yang sebenar.menunggu apa yang sudah berada di depan mata kadang kala membuat aku merasakan kesedihan.mata ini kadangkala terluka dengan sendiri.apabila aku merasakan semua kesakitan ini.aku tak dapat nak lalui ini semua sehingga aku sedar bahawa hidup ini tak kan nak selalu bersedih.sekurang-kurangnya aku dapat mencari sedikit kebahagiaan.kenapa kebahagiaan itu sukar untuk dimiliki bagi seseorang yang telah lama inginkan kebahagiaan.tak pernah terfikir dalam hidup aku untuk terus bergini.mungkin terlalu sulit untuk aku bayangkan apa yang akan berlaku nanti.aku pernah ditinggalkan suatu ketika dulu.aku pernah mencintai seseorang suatu ketika dulu.tapi aku tidak pernah bahagia.perjalan hidup ini sangat perit ketika umur aku semakin meningkat.tapi aku akan kuat.aku tak nak jadi seperti orang lain.meraba-raba mencari cinta.aku mahu mencari cinta aku yang sebenar.bukan cinta yang akan membawa aku ke arah kehancuran.walaupun cinta ini sudah benar-benar membuat aku hancur.aku sudah mula faham tentang yang berlaku dalam hidup aku.aku akan kembali kemasa lalu walaupun masa terus berputar.membiarkan perkara yang sedih berada dalam diri ini dan mencari perkara yang menggembirakan mengubati kesedihan.aku akan membiarkan semua ini berlalu.berlalu mengikut arus masa yang bergerak pantas.aku tidak akan lagi......


Love Is Nothing