KITA


Selasa, 10 Disember 2013

"11.12.2013"








Aku pernah setia,

Tapi diduakan.



Aku pernah percaya,

Tapi dikhianati.


Aku pernah mencintai,

Tapi disakiti.


Aku pernah memiliki,

Tapi akhirnya kehilangan.


Aku pernah jujur,

Tapi ditipu.


Aku pernah berharap,

Tapi harapan tu cuma sia-sia



            Mulai saat ini aku akan berhenti berharap.aku akan berhenti mencintai.mulai saat ini aku redha atas yang telah berlaku dalam hidup ini.aku akan berhenti menulis tentang cinta.tiada lagi apa yang hendak aku tuliskan tentang perjalan hidup aku.mungkin apa yang aku harapkan selama ini tidak akan pernah berlaku.mungkin malam tadi aku telah banyak membuang air mata aku.untuk seseorang yang tidak lagi milik aku.tapi pagi ini aku akan berusaha untuk tersenyum.walaupun rasa perit itu ada.buat apa lagi aku terus berharap.semuanya telah sia-sia.

     kadangkala kita perlu melepaskan seseorang walaupun dia telah mengajar kita erti sebuah cinta.mengajar kita erti sebuah kerinduan dan mengajar kita erti sebuah kesetiaan.walaupun melepaskan itu bukan sesuatu yang mudah.aku akan melupakan semuanya.4 tahun bukan masa yang singkat untuk aku menunggu tapi itu yang telah aku lakukan.mungkin kalau aku dapat ke masa lalu aku akan memilih untuk tidak akan menunggu.selama ini aku salah mengenal cinta.aku cuma memerlukan beberapa jam untuk mencintai dia tetapi aku mungkin memerlukan masa yang lama untuk melupakan.melupakan semua harapan aku.dia yang telah melukiskan indahnya sebuah cinta dan dia juga yang telah melukiskan peritnya sebuah cinta"


     untuk sementara waktu ini biarlah hati ini tertutup.aku tidak akan mencari cinta lagi.cukuplah apa yang selama ini telah aku lalui.aku tidak akan mengulang kisah lama aku lagi.biar semua ini berjalan mengikut arus masa yang telah ditetapkan.aku akan berserah kepada ALLAH.kerana ALLAH itu maha mengetahui apa yang akan berlaku.aku tidak pernah salahkan takdir atas apa yang telah berlaku.aku tidak pernah salahkan dia kerana tidak melupakan aku.aku juga tidak salah kan ALLAH kerana tidak mendengar doa aku.tapi aku salahkan diri aku sendiri kerana selama ini aku yang sangat mengharapakan dia.

      Mungkin dia telah temui seseorang yang lebih baik dari aku.seseorang yang dapat membuat dia sentiasa tersenyum dan gembira.adakah ini cuma perasaan aku atau kenyataan.adakah dia telah menjumpai penganti yang lain.jika itu adalah kenyataan,aku akan menerima dengan hati yang terbuka.dia telah membuat aku sukar untuk memilih erti sebuah cinta.


     Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi.fikiran aku rasa kosong.takde apa-apa lagi yang mampu aku fikirkan.jari jemari ini pun tidak mampu untuk menulis apa-apa lagi.aku tak pernah rasa macam ini.mungkin dia akan bahagia suatu hari nanti.aku akan doakan dia semoga bahagia.satu je yang aku nak ucapkan kat dia iaitu terima kasih.terima kasih telah memberi runag untuk aku menulis sesuatu yang indah dalam hidup ini.walaupun aku tahu itu bukan sesuatu yang indah tetapi sudah cukup untuk aku kenang.aku tidak pernah menyesal berharap.kerana harapan itu aku mula sedar bahawa setiap seseorang itu pasti akan memilih yang terbaik untuk diri masing-masing.ini mungkin luahan yang terakhir akan aku tulis.selepas ini tiada lagi luahan yang akan aku ucap.biar selepas ini aku simpan sahaja apa yang aku mahu luahkan.aku tidak akan meluahkan lagi di blog ini.


      Aku telah menulis tentang perasaan aku.sampai saatnya aku telah terluka.aku menunggu dan terus menunggu sampai aku terluka.hari ini selesai sudah cerita tentang perasaan aku.selayaknya dia tahu.dia yang telah aku sayang.kini dia telah pergi.mungkin hancur hati ini akan aku rasakan buat selamanya.dia telah memilih.aku hanya dapat menerima apa yang telah dia pilih.selama ini dia telah berada dalam hati ini.tetapi kini aku akan mencuba untuk melupakan dia dari hati ini dengan perlahan.sampai aku telah dapat melupakan.aku juga akan menutup pintu hati ini untuk tidak menerima sesiapa lagi buat sementara waktu.mungkin pintu hati ini akan terbuka setelah aku temui seseorang yang benar-benar milik aku.

     
      Mungkin ini pengakhiran bagi blog MENCARI SEBUAH KETENANGAN.selepas ini tiada lagi LOVE IS NOTHING dalam hidup ini.aku akan melepaskan apa yang telah terlepas.aku akan berhenti menanggis seperti hari-hari yang sebelum ini.aku tidak akan pernah menanti sesiapa lagi.Dia adalah seseorang yang pernah aku harapkan dan aku tunggu untuk jangka masa yang lama.tapi apakan daya.aku cuma mahu merancang tetapi ALLAH yang menentukan.terima kasih atas segalanya.aku akan berhenti menunggu kamu.maafkan aku selama ini kerana telah mencintaimu dalam diam.maafkan aku kerana aku telah menunggu kamu.maafkan aku kerana telah meluahkan sebuah cinta kepada kamu suatu ketika dulu dan maafkan aku atas apa yang telah berlaku selama ini.dalam percakapan aku,perbuatan aku,penulisan aku dan yang aku sedar dan tidak aku sedar.maafkan aku ye.aku harap suatu hari nanti kamu akan bahagia.bahagia buat selama-lamanya.aku dan kamu akan tetap menjadi kawan.tidak akan lebih dari itu.nanti kalau makan nasi minyak jangan lupa ajak aku.hehehe.ok lah aku pun tidak ada apa lagi nak tulis.cuma aku berharap kamu akan lebih bahagia.BYE...jage diri ye.ASALAMUALAIKUM....

terima kasih Love Is Nothing....

Ketika aku datang dengan sebuah harapan
kini aku harus pergi untuk menjemput kekecewaan
segala sesuatu tidak ada yang abadi
semuanya pasti berubah
Terima kasih sudah menjadi sahabatku
Terima kasih sudah menjadi kawan setiaku
Terima kasih sudah menjadi bagian dari jalan hidupku
Maafkan semua kesalahanku, dan kekuranganku
Aku tidak akan menangis atas segalanya
Aku akan abadikan semuanya dalam hidup aku....



                           
"11.12.2013"