KITA


Jumaat, 24 Mei 2013

Apa Yang Harus Aku Lakukan

Apa yang harus aku lakukan? ?sebuah persoalan yang sering bermain di fikiran aku.kenapa selama ini aku yang terseksa.mengapa aku masih menanti dan terus berharap kepada yang tak pasti.membiarkan perasaan ini dibelenggu kerinduan yang tiada hujungnya.aku bagaikan mengejar layang-layang yang terputus talinya.apa yang aku dapat hanyalah kerinduan dan air mata. aku membiarkan hati ini terus terluka.terus menanggung sensara yang tiada penghujungnya.perlukah aku membiarkan semua ini berlaku dalam hidupku sehingga aku menutup mata.perlukah aku akhiri hidupku dengan kesedihan.aku tak mahu hidup ini sentiasa dalam kesedihan.sedangkan kenangan terindah yang pernah terlakar telah pun lama berlalu.berlalu bersama kisah aku dan diri dia.aku amsih tak mampu untuk memiliki diri dia.dirimu menuju ke sebuah kehidupan yang baru.mungkin kehidupan itu dapat membuat dia bahagia buat selamanya.bagaimana pula  dengan diri aku ini.adakah aku akan bahagia ataupun aku akan sensara.aku masih mencari kebahagiaan itu.masih berenang dilautan air mata.kadangkala aku hampir lemas dalam lautan air mata aku sendiri.mencari sebuah impian yang aku angankan.aku perlu bangun dari kesedihan ini.membuka mata dan harus menerima hakikat bahawa dia bukan miliku.aku bukanlah orang yang dia kasihi dan cintai.hanya aku yang selalu mengejar dia.membiarkan aku menagih simpati kepada yang tak sudi.aku terus menerus memperbodohkan diri aku sendiri.aku perlukan kekuatan untuk bangun dan sedar dari mainan perasaan ini.semoga aku dapat melalui semua ini.tabah menjalani hidup ini sendirian.





Love Is Nothing