KITA


Khamis, 23 Mei 2013

Mengharapakan Sesuatu Yang Tak Pasti

Nak bercinta memang susah.kadangkala cinta boleh membuat seseorang itu menjadi terseksa dan merana.cinta boleh membuat seseorang melakukan sesuatu yang diluar batasan.


   Aku telah jatuh cinta pada seseorang gadis yang ku rasakan adalah terbaik yang pernah ku temui sejah di sekolah menenggah lagi.ceritanya bermula sejak ku di tingkatan dua lagi.apabila ku melihat dia,ku terkaku sementara.dia bagaikan bidadari yang cantik.dalam masa dua hingga tiga bulan ku tak tahu kenapa aku asyik memikirkan dia.aku gembira melihat dia sentiasa tersenyum.

           Betulah kata orang cinta bukan mudah nak dimiliki.cinta memerlukan sebuah pengorbanan yang tinggi.cinta itu memang mudah datang tapi cinta yang datang itu adalah cinta yang akan membuat aku sentiasa menderita.aku selalu berhrap agar aku sentiasa selalu dekat bersama dia


          Bergitulah perasaan aku terhadap dia dari tinggatan dua hingga tingkatan tiga.aku tak tahu sama ada dia sukakan aku atau tidak.tapi aku akan selalu mencintai dia dan menunggu cinta dia.walaupun aku akan terseksa.aku tak mahu orang lain tahu tentang perasaan aku terhadap dia.aku tak dapat nak meluahkan perasanan aku kepada dia kerana aku takut  dia akan menolak cinta aku suatu hari nanti.


           Masuk tingkatan empat.aku mendapat keyakinan untuk meluahkan perasaan aku kepada dia.tapi setelah aku fikirkan semula perlukah aku meluahkan perasaan aku kepada dia.aku tak mahu membuat dia bersedih jika suatu hari nanti aku tak dapat nak mencintai diri dia lagi.air mata dia sangat berharga untuk dititiskan.aku cuba untuk melupakan dia dan melupakan hasrat aku untuk meluahkan segala yang tersirat dalam hati ini.aku ambil jalan penyelesaian yang mudah iaitu keluar dari kelas itu.aku tahu itu bukan jalan penyelesaian yang mudah untuk melupakan dia.mungkin dengan cara itu aku dapat untuk melupakan dia sedikit demi sedikit.walaupaun aku yang akan menanggung segala kesakitan ini.


          Kini,aku sudah berada di tingkatan lima.mungkin semakin besar halangan yang akan aku lalui untuk memiliki dia.aku tahu bukan mudah untuk aku memiliki dia.tapi aku masih mengharapkan diri dia. aku masih mencintai diri dia.mungkin dia sudah merasa tentang kehadiran aku dalam diri dia.mungkin keyakinan yang selama ini hilang akan timbul semula.tetapi aku masih menunggu masa yang sesuai untuk meluahkannya.jika suatu hari nanti aku dan dia di takdirkan untuk tidak bersama.aku redha dan terima dengan hati yang terbuka.