KITA


Khamis, 20 Jun 2013



semalam aku sedih 
kerana diri kamu 
ditemani cahaya bulan dan 
titisan air mata 
setelah aku bangun dari tidur 
aku melihat cahaya matahari 
meneranggi diri ini  
untuk terus bangkit 
diri ini bersemangat untuk 
menempuh hari-hari seterusnya 

Rabu, 19 Jun 2013



aku mampu menyembunyikan 
luka di dalam diri ini 
mampu membuat orang lain
berfikir aku tiada apa-apa 
tabah dan mampu bergerak ke hadapan 
aku tidak mampu untuk menipu 
diri aku sendiri 
untuk terus tersenyum 
aku masih berharap 
dia selalu ada di sisi aku
  

kadang-kadang aku 
terlalu mencintai dia 
terlalu merindui dia 
aku berusaha untuk 
menghilangkan semua itu 
tentang diri kamu 
aku akan membuat perkara 
yang akan dapat menghilangkan
segala tentang diri kamu

Isnin, 17 Jun 2013

Awak...terima kasih kerana telah memberi aku sedikit kegembiraan dalam hidup ini.saya sangat menghargai semua itu.terima kasih sangat-sangat.tiada apa yang dapat membuat hati ini gembira melainkan diri kamu.kehadiran kamu telah memberi sinar baru dalam hidup ini.kehadiran kamu bagaikan angin yang tidak diundang.aku tempuh hidup aku sendiri.setiap langkah aku menantikan diri kamu.sekarang kamu telah ada disisi aku.menemani aku ketika aku dalam kesedihan.menerangi aku ketika aku kegelapan.sekarang cahaya dari kamu telah membuat aku berada dalam kegelapan aku sendiri.aku sudah tidak berdaya lagi untuk ini semua.jika aku melepaskan diri kamu mungkin aku tidak berdaya lagi untuk melangkah.mungkin aku perlu pergi.pergi jauh dari dunia nyata aku sendiri.aku sendiri tidak faham apa yang tengah berada dalam hidup ini.aku cuba berdiri dalam dunia aku sendiri.aku tidak mampu menghadapi ini.kenapa aku tinggalkan masa lalu aku.masa lalu aku yang tidak ada arah tuju.kini aku mencari masa depan yang akan membuat aku terus jatuh.kamu mungkin yang terbaik pernah aku temui.tetapi aku tidak dapat untuk mencuba untuk terus berada dalam diri kamu.kamu ada banyak perbezaan dengan wanita lain.kamu sungguh berbeza.setiap malam aku menanti kini aku berusaha untuk melupakan kamu dari hidupku.aku rasa cukup sampai di sini.aku tidak mampu lagi menahan semua air mata ini.apa bila aku bersama kamu lebih membuat aku menanggis.kenapa aku harus mengalirkan air mata ini.aku pun tidak tahu.mungkin untuk suatu saat nanti bila aku sudah tiada aku berharap ada seseorang yang dapat memberitahu kamu bahawa aku sangat terluka kerana kamu.aku berharap kamu akan faham kenapa aku pergi dari hidup kamu.




Love Is Nothing

Jumaat, 14 Jun 2013

setiap saat aku menanti diri kamu.setiap saat aku berharap kamu sentiasa berada dekat dalam diri ini.aku tidak mahu kehilangan diri kamu.aku tidak sanggup kehilangan kamu.biarlah untuk selama ini aku menderita kerana kamu.aku sudah cukup menderita kerana diri kamu.setiap malam aku akan mengalirkan air mata kerana diri ini terlalu lemah .aku tidak dapat untuk menahan air mata ini supaya tidak mengalir.empat tahun aku menderita.mungkin selama ini tiada apa yang dapat membuat aku gembira selain apabila kamu dapat menerima aku.itu adalah perkara yang aku ingin selama ini.aku tidak mahu lebih dari diri kamu.cukuplah kamu tahu bahawa aku mencintai diri kamu.aku cuma ingin menjadi kawan kamu tidak lebih dari itu.aku tidak mahu menjadi seperti mereka yang mempunyai cinta.cukuplah sebagai kawan.selepas aku meluahkan segalanya aku berasa gembira kerana aku merasakan apabila  aku meluahkan segalanya aku dapat menghilangkan sedikit kesedihan dalam diri ini.ternyata itu semua silap untuk aku.aku masih menderita bahkan lebih menderita dari dulu.aku sedih sangat-sangat.walaupun senyuman kamu dapat memberi aku kehidupan baru tapi jiwa ini masih seperti dulu. aku sedih kerana aku tidak dapat memberi kamu kebahagiaan seperti orang lain.kadang-kadang aku menyesal mengatakan cinta kepada kamu.diri ini masih belum bersedia lagi untuk semua ini.jika aku tahu apa itu erti cinta mungkin aku tidak akan begini.sedih jiwa ini mengenang diri kamu.apa yang membuat aku lagi bersedih adalah apabila aku membaca setiap status kamu.aku merasakan diri kamu menderita kerana aku.tetapi apabila aku tanya kamu selalu jawap"aku tidak apa-apa.kamu jangan risau tentang aku.aku sentiasa ok".aku tidak dapat menerima jawapan kamu itu.aku tahu kamu sahaja nak membuat aku sentiasa berasa gembira.kenapa kamu nak memendam segala kesakitan kamu.aku tidak mahu kamu menjadi seperti aku.sentiasa menanggis dan kesepian.apa yang kamu rasakan sekarang sudah aku lalui sendiri sebelum ini.seharusnya kamu tahu bahawa diri ini terlalu lemah.
           sekarang aku benar-benar sakit.aku keliru dengan cinta.aku terpaksa memilih cinta aku sendiri.aku tidak mahu membuat orang lain bersedih kerana cinta.dalam cinta kita bukan sahaja menjaga hati pasangan masing-masing.tetapi cinta juga adalah menjaga hati semua orang yang berada di sekeliling kita.aku tidak dapat memilih antara cinta dengan perasaan.sekarang dua-dua telah bermain dalam fikiran ini.kadang-kadang Allah sengaja mempertemukan kita dengan orang yang salah kerana Allah ingin melihat sejauh mana kesetiaan kita kepada pasangan.aku sedar bahawa ini mungkin mainan kehidupan.apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku dalam hidup ini.aku sedar bahawa tidak semua yang aku inginkan akan aku miliki.itu mungkin takdir aku.aku tidak boleh menolak segala takdir aku.kerana takdirlah aku masih boleh bernafas.mungkin takdir aku tidak seindah orang lain tetapi aku gembira kerana dengan takdir aku boleh belajar sesuatu yang indah dalam hidup ini.semua orang beranggapan bahawa takdir ini salah.tapi bagi aku takdir itu benar.aku percaya bahawa kerana takdir aku boleh kenal dia.
           Aku ingin sekali mengubah kehidupan aku ini.dari kesakitan mengubah kepada kebahagiaan.itu bukan perkara yang mustahil yang akan aku lakukan.dari hidup aku yang lalu aku dapat belajar bahawa cinta bukanlah segala-galanya.cinta tidak penting dalam hidup ini.tapi kenapa aku menanggis kerana cinta.bahkan aku yang selalu mengharapkan cinta.kenapa???kenapa???kenapa???.adakah ini kerana aku sudah mula faham apa itu cinta....kepada seseorang yang aku cintai.sekiranya suatu hari nanti kamu terlepas dari hidup aku.aku mahu kamu tahu selama ini aku benar-benar telah hilang segala keyakinan kerana kamu.kamu telah membuat aku sentiasa menjadi diri orang lain.aku tidak tahu kenapa kamu boleh hadir dalam hidup aku ini.kehadiran kamu membuat aku sentiasa berharap kepada sesuatu yang tidak pasti.sebenarnya selama ini aku telah sakit kerana kamu.kerana kamu aku telah banyak mengalirkan air mata.jika suatu hari nanti kamu telah temui seseorang yang dapat membuat kamu gembira..janganlah kamu mencari orang yang lain kerana itu mungkin cinta kamu.aku bukan yang baik seperti apa yang kamu harapakan.selepas itu aku tidak akan mengganggu kamu lagi.aku tidak akan mengalirkan air mata ini lagi untuk kamu.aku mungkin tidak ada lagi disini.aku mungkin akan pergi jauh dari dunia kamu.aku ingin membina dunia aku sendiri tanpa ada diri kamu.kamu terlalu baik untuk aku.
           aku tidak dapat nak meneruskan cerita ini.aku tulis cerita ini bersama-sama dengan air mata.biar aku simpan air mata ini sedikit untuk orang lain.aku tidak boleh terus mengalirkan air mata ini.aku percaya jika suatu hari nanti aku dan kamu telah ditulis untuk bersama.pasti kita akan bersama juga.tiada yang mustahil dalam dunia ini sekiranya kita masih percaya dengan takdir Allah.kita hanya dapat merancang tetapi Allah yang akan menentukan.


jika aku dapat mengubah masa 
aku ingin mengubah masa lalu ku 
ternyata aku menyesal 
dengan masa lalu ku 
mengenali dia adalah satu kesilapan 
aku tidak tahu mengapa  
aku mencintai dia 
mengapa aku menunggu dia 
jika kesakitan yang aku terima 
selama ini 
lebih baik aku pergi 
lebih baik aku melupakan dia

Aku tidak pernah mengharapkan apa dalam hidup ini.selain dapat tersenyum dan dapat melihat diri ini seperti kehidupan orang lain.aku belum mampu untuk memberi kamu kegembiraan kerana aku tahu apabila aku memberi kamu kegembiraan aku juga akan memberi kamu kesengsaraan suatu hari nanti.aku mahu kamu berada dalam diri kamu bukan dalam diri sesiapa.aku tidak mahu kamu merasakan apa yang aku rasakan sekarang.biar aku sahaja yang merasakan sakitnya apabila di tinggalkan.aku tidak mahu kamu mengalirkan air mata.aku tidak mahu kamu bersedih kerana aku suatu hari nanti.kamu simpan sahaja air mata kamu untuk orang yang lebih mencintai kamu.aku tidak layak untuk kamu.maaf sekiranya aku telah memberi kamu harapan yang tidak sepatutnya aku berikan.


masa telah berlalu 
hidup aku masih di sini 
masih di tempat yang sama 
tiada perubahan 
aku tipu diri ini 
aku tipu semua orang 
yang ada di sekeliling aku 
aku dapat tersenyum 
aku dapat ketawa 
itu semua aku tipu 
aku selalu cakap aku tiada apa-apa 
tapi kenyataannya aku benar-benar 
dalam kesakitan..

Khamis, 13 Jun 2013


selalunya cinta dapat memberi 
seseorang itu gembira dan 
mencipta cerita indah dalam 
hidup seseorang itu..
tetapi cinta yang berada 
dalam hidup ini adalah 
cinta yang mencipta lebih banyak 
cerita yang sedih
dan selalu membuat aku mengalirkan 
air mata..


  suatu hari nanti jantung aku akan berhenti berdegup apabila aku melangkah untuk mencari sesuatu yang aku inginkan dalam hidup ini.kerana jantung ini sudah tidak tahan lagi untuk selalu hidup untuk diri orang lain.aku mungkin hidup untuk orang lain bukan untuk hidup aku.kerana itu aku sentiasa jadi bergini.mungkin suatu hari nanti jantung ini akan berdegup untuk diri aku sendiri.jantung ini bukan berhenti buat selama-lamanya tetapi hanya untuk seketika.jantung ini tidak akan berhenti menyebut nama kamu kerana nama kamu tetap dalam jantung ini.sudah tidak dapat dipisahkan lagi.nama kamu akan tetap hidup dalam jantung ini.cuma masa sahaja yang dapat memisahkan nama kamu dalam jantung ini.



Dalam sebuah perjalan...kadang-kadang aku terlupa tentang diri ini.aku sering membuat orang lain gembira.aku seronok melihat orang di sekeliling aku dapat tersenyum,ketawa dan gembira.itu semua sudah dapat mengembirakan diri aku.orang lain selalu berkata kepadaku."kenapa kamu selalu gembira.kamu tidak seperti orang lain.sentiasa dalam kegembiraan".jawapan aku cukup mudah."tak kan orang lain bersedih aku turut nak bersedih.aku cuma ingin memberi sebuah sinar baru kepada seseorang yang sedang bersedih.aku mahu melihat semua kawan-kawan aku sentiasa tersenyum.itu sahaja"..Didalam senyuman ini hanya ada seseorang yang memahami.dia seorang wanita yang baik.dia bukan sesiapa dalam hidup ini.dia cuma kawan sekelas yang rapat dengan hidup aku.hanya dia yang memahami di sebalik senyuman ini.dia dan aku banyak persamaan.mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.menunggu seseorang yang yang entah bila akan dimiliki.dalam hidup dia dan aku.kami banyak menyimpan rahsia yang orang lain tidak tahu.Kadang-kadang aku kesian melihat dia.aku dapat merasakan apa yang dia rasakan kerana aku juga pernah mengalami keadaan yang sama seperti dia.yang membezakan aku dengan dia adalah luka yang dirasai apa bila hati ini dilukai..

Selasa, 11 Jun 2013




Tiada apa yang indah dalam hidup ini melainkan derita.aku memilih untuk derita daripada gembira.bagi aku derita itu indah.aku tidak sunyi apabila aku derita kerana aku ditemani oleh air mata,sepi dan rindu.aku seronok begini walaupun aku sering mengharapkan kegembiraan hadir dalam hidup ini tetapi aku lebih suka begini.orang lain melihat aku sentiasa gembira tetapi mereka tidak tahu bahawa diri ini menyimpan 1001 rahsia yang tidak dapat di ungka.seringkali aku ingin luahkan segalanya kepada orang lain.aku tidak berdaya untuk meluahkan semua itu.aku berharap supaya aku kuat melalui ini semua tanpa bantuan orang lain.

Rabu, 5 Jun 2013



Andai aku tahu bergini rasanya cinta 
aku berharap tidak pernah 
kenal apa itu cinta 
Andai aku tahu bergini rasanya rindu 
aku berharap tidak pernah 
ada rasa rindu dalam diri ini 





Aku berharap ada seseorang yang 
akan menemani aku  di saat aku kesepian 
aku berharap ada seseorang yang 
akan membuat aku sentiasa gembira 
tapi hakikatnya tiada sesiapa 
yang dapat menemani aku 


Teman baik aku adalah air mata 
dia yang selalu menemani hidup ini 
setiap malam dia akan menemani tidur ku 
di saat aku terasa sepi 
dia selalu ada bersama ku 
dia tidak pernah jemu menemani 
hidup ku ini

Selasa, 4 Jun 2013



Betapa sakitnya hidup ini 
apabila aku terpaksa menahan 
segala luka hati ini 
apabila aku terpaksa mengalirkan 
segala air mata ini 
lagi sakit apabila aku 
aku tiada keyakinan 
untuk meluahkan segala 
isi hati ini



Aku mungkin tidak sama
seperti orang lain 
aku tak pernah masej kamu 
tak pernah call kamu 
tak pernah tanya khabar kamu
tak pernah ucapkan selamat pagi 
dan selamat malam kepada kamu 
tapi 
itu semua tak semestinya aku lupa kepada kamu
cukuplah bagiku
 kamu tahu tentang perasaan aku kepada kamu 
itu sudah cukup bagiku 



  

setiap kali aku membaca status kamu 
aku selalu mengalirkan air mata 
ada sesuatu yang aku rasakan 
dalam diri ini apa bila aku 
membaca status kamu 
aku tak tahu mengapa aku 
mengalirkan air mata 
terseksa diri ini mengenangkan 
diri kamu 

Ahad, 2 Jun 2013



Aku tahu selama ini 
aku telah membuat kamu terseksa 
aku telah mengantung kamu tanpa tali 
aku telah mempermaiankan diri kamu 
aku tahu aku salah selama ini 
aku tak sepatutnya ucapakan itu kepada kamu 
aku masih belum sedia lagi untuk semua itu 
aku harap kamu dapat memahami 
apa yang aq cuba luahkan 




Aku rimas apa yang berlaku
 dalam hidup ini
kadang-kadang aku mahu lari 
 dari kenyataan ini 
tiada sesiapa yang memahami diri ini 
selain diri aku sendiri 
aku kecewa kenapa ini 
semua terjadi terhadap diri aku 
aku lemas dalam hidup aku sendiri


Aku masih menunggu diri seseorang yang ternyata bukan milik aku.aku masih setia menanti walaupun aku seringm kali keletihan menunggu diri kamu.kadang-kadang aku merasakan diri ini terlalu lemah dan tidak bermaya untuk terus berdiri di dada cinta.aku menunggu kamu kerana  aku percaya bahawa kamu dapat membuat hidup aku bahagia tidak seperti sebelum ini.sebelum ini hidup aku yang penuh dengan kesedihan dan kesengsaraan.dalam hidup kamu ada sedikit kebahagiaan yang dapat kamu berikan kepada diriku..


AKU AKAN TERUS MENUNGGU



Love Is Nothing   


Aku tidak akan membiarkan 
kamu hadir dalam hidup aku lagi 
sekian lama aku terseksa kerana kamu 
aku menanggis kerana kamu 
tapi kamu tak pernah nak 
menyedari kehadiran aku dalam hidup kamu 
seperti aku mengharapakan cinta yang tidak pernah ada 




Sabtu, 1 Jun 2013



Andai suatu saat nanti aku hilang 
dari pandangan kamu 
jangan kamu cari aku lagi kerana 
aku takkan pernah tinggalkan kamu 

Andai suatu hari nanti kamu mengalirkan air mata
dan tiada sesiapa yang dapat menemani sedihmu 
percayalah 
aku akan selalu ada disampingmu
walaupun kamu tidak dapat merasakan 
kehadiran aku di sisimu 


Suatu hari nanti  
aku ingin melihat kamu gembira  
aku ingin melihat kamu selalu tersenyum 
walaupun suatu hari nanti 
kamu tidak lagi bersama aku 
mungkin kamu akan mendapat seseorang
yang lebih baik dari aku 
kerana takdir tiada siapayang tahu



Aku takkan pernah kesal 
apa yang telah berlaku dalam hidup ini 
kerana aku tahu 
itu adalah keputusan yang harus aku lakukan  
walaupun aku merasakan 
kadang-kadang tidak sanggup 
untuk melalui ini semua 




Jika aku ada sedikit kekuatan  
aku ingin sangat pergi 
pergi jauh dari hidup ku 
yang sekarang ini 
aku tak ingin lagi sedih 
aku tak ingin lagi mengalirkan air mata 
untuk seseorang yang tidak 
pernah hendak menyedari kehadiran aku 
dalam hidup dia 



Aku mengharapkan dia lebih 
dari segala-galanya 
aku tak sedar bahawa 
aku adalah orang yang sangat bodoh 
kerana menanti dia 
terasa sakit hati ini 
meronta-ronta aku meminta tolong 
mengalirkan air mata takkala 
aku berasa terlalu letih untuk menunggu dia