KITA


Khamis, 13 Jun 2013



Dalam sebuah perjalan...kadang-kadang aku terlupa tentang diri ini.aku sering membuat orang lain gembira.aku seronok melihat orang di sekeliling aku dapat tersenyum,ketawa dan gembira.itu semua sudah dapat mengembirakan diri aku.orang lain selalu berkata kepadaku."kenapa kamu selalu gembira.kamu tidak seperti orang lain.sentiasa dalam kegembiraan".jawapan aku cukup mudah."tak kan orang lain bersedih aku turut nak bersedih.aku cuma ingin memberi sebuah sinar baru kepada seseorang yang sedang bersedih.aku mahu melihat semua kawan-kawan aku sentiasa tersenyum.itu sahaja"..Didalam senyuman ini hanya ada seseorang yang memahami.dia seorang wanita yang baik.dia bukan sesiapa dalam hidup ini.dia cuma kawan sekelas yang rapat dengan hidup aku.hanya dia yang memahami di sebalik senyuman ini.dia dan aku banyak persamaan.mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.menunggu seseorang yang yang entah bila akan dimiliki.dalam hidup dia dan aku.kami banyak menyimpan rahsia yang orang lain tidak tahu.Kadang-kadang aku kesian melihat dia.aku dapat merasakan apa yang dia rasakan kerana aku juga pernah mengalami keadaan yang sama seperti dia.yang membezakan aku dengan dia adalah luka yang dirasai apa bila hati ini dilukai..