KITA


Jumaat, 14 Jun 2013

setiap saat aku menanti diri kamu.setiap saat aku berharap kamu sentiasa berada dekat dalam diri ini.aku tidak mahu kehilangan diri kamu.aku tidak sanggup kehilangan kamu.biarlah untuk selama ini aku menderita kerana kamu.aku sudah cukup menderita kerana diri kamu.setiap malam aku akan mengalirkan air mata kerana diri ini terlalu lemah .aku tidak dapat untuk menahan air mata ini supaya tidak mengalir.empat tahun aku menderita.mungkin selama ini tiada apa yang dapat membuat aku gembira selain apabila kamu dapat menerima aku.itu adalah perkara yang aku ingin selama ini.aku tidak mahu lebih dari diri kamu.cukuplah kamu tahu bahawa aku mencintai diri kamu.aku cuma ingin menjadi kawan kamu tidak lebih dari itu.aku tidak mahu menjadi seperti mereka yang mempunyai cinta.cukuplah sebagai kawan.selepas aku meluahkan segalanya aku berasa gembira kerana aku merasakan apabila  aku meluahkan segalanya aku dapat menghilangkan sedikit kesedihan dalam diri ini.ternyata itu semua silap untuk aku.aku masih menderita bahkan lebih menderita dari dulu.aku sedih sangat-sangat.walaupun senyuman kamu dapat memberi aku kehidupan baru tapi jiwa ini masih seperti dulu. aku sedih kerana aku tidak dapat memberi kamu kebahagiaan seperti orang lain.kadang-kadang aku menyesal mengatakan cinta kepada kamu.diri ini masih belum bersedia lagi untuk semua ini.jika aku tahu apa itu erti cinta mungkin aku tidak akan begini.sedih jiwa ini mengenang diri kamu.apa yang membuat aku lagi bersedih adalah apabila aku membaca setiap status kamu.aku merasakan diri kamu menderita kerana aku.tetapi apabila aku tanya kamu selalu jawap"aku tidak apa-apa.kamu jangan risau tentang aku.aku sentiasa ok".aku tidak dapat menerima jawapan kamu itu.aku tahu kamu sahaja nak membuat aku sentiasa berasa gembira.kenapa kamu nak memendam segala kesakitan kamu.aku tidak mahu kamu menjadi seperti aku.sentiasa menanggis dan kesepian.apa yang kamu rasakan sekarang sudah aku lalui sendiri sebelum ini.seharusnya kamu tahu bahawa diri ini terlalu lemah.
           sekarang aku benar-benar sakit.aku keliru dengan cinta.aku terpaksa memilih cinta aku sendiri.aku tidak mahu membuat orang lain bersedih kerana cinta.dalam cinta kita bukan sahaja menjaga hati pasangan masing-masing.tetapi cinta juga adalah menjaga hati semua orang yang berada di sekeliling kita.aku tidak dapat memilih antara cinta dengan perasaan.sekarang dua-dua telah bermain dalam fikiran ini.kadang-kadang Allah sengaja mempertemukan kita dengan orang yang salah kerana Allah ingin melihat sejauh mana kesetiaan kita kepada pasangan.aku sedar bahawa ini mungkin mainan kehidupan.apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku dalam hidup ini.aku sedar bahawa tidak semua yang aku inginkan akan aku miliki.itu mungkin takdir aku.aku tidak boleh menolak segala takdir aku.kerana takdirlah aku masih boleh bernafas.mungkin takdir aku tidak seindah orang lain tetapi aku gembira kerana dengan takdir aku boleh belajar sesuatu yang indah dalam hidup ini.semua orang beranggapan bahawa takdir ini salah.tapi bagi aku takdir itu benar.aku percaya bahawa kerana takdir aku boleh kenal dia.
           Aku ingin sekali mengubah kehidupan aku ini.dari kesakitan mengubah kepada kebahagiaan.itu bukan perkara yang mustahil yang akan aku lakukan.dari hidup aku yang lalu aku dapat belajar bahawa cinta bukanlah segala-galanya.cinta tidak penting dalam hidup ini.tapi kenapa aku menanggis kerana cinta.bahkan aku yang selalu mengharapkan cinta.kenapa???kenapa???kenapa???.adakah ini kerana aku sudah mula faham apa itu cinta....kepada seseorang yang aku cintai.sekiranya suatu hari nanti kamu terlepas dari hidup aku.aku mahu kamu tahu selama ini aku benar-benar telah hilang segala keyakinan kerana kamu.kamu telah membuat aku sentiasa menjadi diri orang lain.aku tidak tahu kenapa kamu boleh hadir dalam hidup aku ini.kehadiran kamu membuat aku sentiasa berharap kepada sesuatu yang tidak pasti.sebenarnya selama ini aku telah sakit kerana kamu.kerana kamu aku telah banyak mengalirkan air mata.jika suatu hari nanti kamu telah temui seseorang yang dapat membuat kamu gembira..janganlah kamu mencari orang yang lain kerana itu mungkin cinta kamu.aku bukan yang baik seperti apa yang kamu harapakan.selepas itu aku tidak akan mengganggu kamu lagi.aku tidak akan mengalirkan air mata ini lagi untuk kamu.aku mungkin tidak ada lagi disini.aku mungkin akan pergi jauh dari dunia kamu.aku ingin membina dunia aku sendiri tanpa ada diri kamu.kamu terlalu baik untuk aku.
           aku tidak dapat nak meneruskan cerita ini.aku tulis cerita ini bersama-sama dengan air mata.biar aku simpan air mata ini sedikit untuk orang lain.aku tidak boleh terus mengalirkan air mata ini.aku percaya jika suatu hari nanti aku dan kamu telah ditulis untuk bersama.pasti kita akan bersama juga.tiada yang mustahil dalam dunia ini sekiranya kita masih percaya dengan takdir Allah.kita hanya dapat merancang tetapi Allah yang akan menentukan.