06-09-2013,
11:52pm
Walaupun dia tidak akan pernah baca apa yang aku tulis di sini.tapi aku nak sangat dia baca semua yang telah aku tulis di sini.semua baris ayat yang terkandung di setiap perenggan.
malam ni aku teringatkan kat seseorang.dia tengah buat apa???agak-agak dia ingat aku tak macam aku ingat kan dia..aku nak je masej dia.tapi!!!!selepas aku fikirkan balik.kalau aku masej dia.aku nak sembang apa??aku tak ganggu dia ke!!nak ke dia layan masej aku!!nak ke dia!!!nak ke!!!last-last aku diam je.langsung tak masej dia..
Aku letih sangat.letih sebab rindukan diri awak.setiap hari saya rindukan awak.tapi aku tak berani nak ucapkan kat awak.takut awak akan jauh dari saya..tetapi hakikatnya awak memang sudah jauh dari hidup aku.tak seperti dulu.sedih sangat2!!!
aduh!!!kenapalah masa berlalu sangat pantas.kalau boleh aku nak minta supaya waktu tidak berlalu bergitu pantas.aku tak faham.emmm...adakalanya aku tidak berani nak meluahkan segala rasa ku.aku akan terdiam apabila bertemu.terdiam tanpa sepatah kata.merasakan mulut ini di kunci oleh ketakutan.kerana itu aku tidak dapat nak berkata-kata.hidup aku hanya dapat menulis untuk aku meluahkan segala rasa.
dalam diam aku merasakan segala keperitan,kesakitan dan kesedihan.alangkah indahnya semua yang aku harapkan akan menjadi kenyataan bukannya angan-angan.sebagai manusia yang penuh dengan kekurangan aku tidak dapat hendak mengawal segalanya.terasa terlalu perit untuk aku lalui.
hari ini aku terjatuh lagi dalam kerinduan.semakin jauh aku melangkah.semakin banyak halangan yang menghalang.bagaimana hati ini hendak tenang sekiranya hati ini seringkali terluka.aku tidak dapat nak melawan semua ini.selama ini aku sangka cinta dapat membuat aku gembira.
aku tidak sanggup melihat penderitaan.perlukah aku terus menyeksa hatimu.aku tidak sanggup menghadiahkan diri mu sebuah kelukaan.raut wajahmu membuatkan aku lebih faham tentang apa yang telah dirimu rasakan.terasa berat dada ini.sepanjang hidupku tiada matahari yang meneranggi hari-hariku.adakah diri ini hanya untuk merasakan kesakitan.aku mahu hidup dalam keindahan.dunia aku penuh dengan kelukaan.
terasa terlalu sukar untuk aku bernafas kembali.setelah apa yang telah aku lalui semua ini.aku hanya mampu meluahkan menggunakan air mata.ingin aku menjerit untuk aku meluahkan.aku bagaikan tiada arah tuju.terasa sungguh sepi perjalanan ini.aku bagaikan berjalan di lorong yang penuh dengan kegelapan.
apa yang tersirat dalam dalam hati ini sukar untuk aku luahkan dengan kata-kata.kini aku masih sendiri dalam mencari sebuah ketenangan.ketenangan yang telah melayang dalam tiupan bayu.aku ingin memahami erti sebuah kehidupan yang terjadi dalam diri ini.aku terasa tidak mampu lagi.
sungguhpun apa yang akan berlaku.aku berharap kekuatan akan selalu ada dalam diri ini supaya akau mampu menghadapi ini semua.aku tenangkan diri ini disini.setiap kali aku mencuba untuk melangkah pergi.diri ini sepi tanpa berita dirimu.sentiasa menanti kehadiran dirimu.
Love Is Nothing
12:36pm......