KITA


Khamis, 29 Ogos 2013


           Ini mungkin status aku yang terakhir kat blog ni sebelum aku menghadapi peperiksaan percubaan SPM bagi tahun 2013..lepas ni tiadalah status aku kat blog ni sampailah peperiksaan tamat.rasa takut pun ada untuk aku hadapi percubaan ini.takut sangat2..mane tak takutnya..dah le apa yang cikgu ajar aku masih kurang faham lagi.tambah2 lagi mata pelajaran perdagangan,math,sains dan bahasa inggeris.satu apa aku tak faham.bukan aku tak faham langsung tapi rasa masih kurang lagi.tak semua aku faham.

          Aku cuma dapat ulangkaji sendiri je untuk memahami apa yang cikgu ajar kat aku.nak ajak kawan2 buat study group malas.hahaha!!!itu le yang buat anak melayu masih tak pandai pandai lagi.menjadikan sifat malas tu sebagai alasan untuk malas belajar.bila anak melayu nak maju ni.ataupun nak tunggu bangsa melayu dijajah semula..

         Aku masih ingat lagi kata2 dari cikgu yang bagi motivasi sejarah  tadi..dia kata"melayu memang bangsat..melayu memang bodoh"..selepas aku fikirkan semula.kata2 tu memang betul.melayu ni memang bodah.membiarkan diri bangsa melayu dijajah oleh bangsa lain.mereka tidak merasakan diri mereka dijajah oleh bangsa lain.tiada kesedaran langsung dalam jiwa melayu ni.aku bukan nak kata orang lain..tidak!!!aku sendiri pun merasakan aku ni seorang yang bangsat.tidak pernah nak sedar.cita2 je yang tinggi tapi usaha kurang.nak belajarpun malas.aku masih ingat lagi kata2 seorang guru.Dia kata"tiada kejayaan tanpa usaha,tiada usaha tanpa kerajinan dan tiada angan2 tanpa kejayaan"..mula2 aku langsung tak faham apa yang terkandung dalam ayat itu.tapi selepas aku membaca berulang2 kali.aku mula memahami apa yang terkandung dalam ayat itu.


            Aku nak kongsi satu ayat yang boleh kita gunakan untuk berjaya dalam pelajaran.ayat tu bukan untuk tengok je tapi kita harus gunakan dalam kehidupan seharian kita semua...




       Aku berharap sangat semoga mengamalkan ayat2 yang di atas tu.kita nak minta kat sapa lagi kalau bukan kat Allah..tiada orang lain dah.guru2 cuma dapat mengajar kita je.tapi Allah yang akan menentukan kejayaan kita.       

      Tiada apa yang aku nak katakan lagi melainkan belajarlah bersungguh2.kejayaan itu bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri.hanya kita yang dapat menentukan arah masa depan kita.berjaya ataupun gagal.
       
     dalam diri aku ni.aku nak sangat berjaya seperti orang lain.semoga aku dapat mencapai cita2 aku yang aku harapkan selama ini.kalau tiada kejayaan mana mungkin aku dapat mencapai cita2 aku tu.angan2 dapat le!!!




      korang mesti nak berjaya macam ni kan..nak bangakan kedua ibu bapa kita.oleh itu kita semua mestilah belajar bersungguh2..jangan main2 lagi.tumpukan je kat pelajaran..spm bukan lama lagi.tinggal 3 bulan je lagi..

          
semoga berjaya semua
buat periksa tu betul2 
jangan tidur masa periksa 
ingat Allah 
doa banyak2 tau 


saya sayang kawan2 saya
semoga korang berjaya 
9A+ dalam tangan


BYE