Air mata semakin deras mengalir
hati ini semakin sakit dan terluka
apa yang mampu aku lakukan
hanyalah berserah kepada takdir
aku akan membiarkan kehidupan
menulis semua tentang jalan hidup aku
Untuk seseorang yang saya rindui.saya ingin meminta maaf jika selama perkenalan kita saya ada buat salah kat awak.saya juga hendak minta maaf jika selama ini saya telah membuat awak terluka.bukan niat saya ingin pergi jauh dari diri mu.saya minta maaf sangat-sangat.itu semua bukan niat saya hendak membuat hati awak sengsara.saya sayang awak sangat-sangat tapi saya tidak mampu hendak membuat awak bahagia seperti orang lain.
Awak,saya tahu yang saya ini tidak pernah nak membuat awak bahagia.saya telah mencuba untuk membuat awak bahagia.tetapi saya tidak mampu.saat itu hanya air mata yang saya temui.saya tidak mampu!!!ada saatnya saya hampir menyerah.hati ini berasa lelah untuk terus bertahan mendapatkan diri awak.
Mungkin saya tidak patut mengatakan ayat yang"saya sukakan awak"..saya ingat lepas saya luahkan semua itu saya akan bahagia tetapi hakikatnya saya semakin sengsara.saya mungkin telah membuat awak mengeluh dengan apa yang saya telah katakan.semua itu mungkin menjadi tanda tanya buat awak.bila semua ini akan berakhir.saya sudah tidak mampu untuk melalui ini semua.
Saya sayangkan awak sampai saya tidak mampu untuk meluahkan semua itu.kerana saya merasakan itu semua sukar untuk saya luahkan.selama empat tahun saya memendam semua itu sampailah awak tegur saya di fb..saat itu saya telah meluahkan semua yang saya ingin luahkan.saya gembira kerana awak dapat terima saya.saya tidak minta apa-apa dari awak.cukuplah saya dan awak menjadi seorang teman.
Saya tak nak minta couple kat awak sebab saya tidak mahu mengganggu pelajaran awak.saya tahu banyak lagi yang perlu kita tempuhi di alam persekolah.biar kita menjadi seorang teman bukan menjadi seorang kekasih.kerana menjadi seorang teman itu lebih daripada menjadi seorang kekasih.
Awak,saya takut sangat jika suatu hari nanti saya akan kehilangan awak.awaklah seseorang yang pernah saya sayang tiada orang lain.awak nak tahu tahu tak kenapa saya suka kat awak???ini semua buka kerana awak cantik ke tidak.tetapi sifat awak membuat saya sayang sangat-sangat kat awak.sifat awak yang suka rendah diri.
Mungkin saya tidak ada tempat untuk mengadu tentang semua yang saya rasakan.tapi saya ada blog ini.apa saja yang saya rasakan saya akan tulis kat blog ini.jika saya rindu kat awak.saya tidak berani nak masej awak kerana saya takut.cukup meluahkan kat blog ini.saya anggap blog ini adalah diri awak.bukan bermakna saya tidak masej awak,tak tegur awak saya dah lupakan awak.satu lagi saya bukan sengaja nak tutup facebook saya.mungkin awak merasakan saya telah melupakan awak.semua itu silap.saya tidak akan pernah melupakan awak.saya cuma hendak berubah sedikit.tidak lama lagi saya hendak menduduki SPM.saya cuma ada blog ini je sekarang ni.blog ni akan selama-lamanya hidup selagi saya mampu menulis tentang diri ini.saya sangat sayangkan awak.cuma waktu je yang tidak mengizinkan saya untuk bercinta.
Awak nak tahu tak,saya rindu sangat semasa awak belum tahu yang saya sukakan awak tu.awak tegur saya.saya seronok sangat.tapi selepas saya luahkan.semua itu berubah.tiada lagi senyuman awak semasa kita berselisih.awak macam nak pergi jauh dari saya.kenapa awak!!!awak dah rimas dengan saya ke!!!ataupun awak dah ade orang lain selain saya yang lebih baik daripada saya.
Awak,saya ada sebuah lagu yang akan membuat saya selalu ingat kat awak.lagu tu juga yang membuat saya tidak dapat melupakan awak.nak tahu tak lagu apa.tajuk lagu tu adalah WARKAH..setiap kali saya dengar lagu tu saya akan menangis.saya pun tak tahu kenapa.lagu tu sedih sangat..awak nak baca tak liriknya???biar saya tuliskan untuk awak..
lirik lagu warkah-bau
Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada
kerana lagu tu saya tidak pernah nak menyerah untuk mengharapkan awak.walaupun ada ketikanya saya akan bersedih.awak,dulu sebelum awak tahu saya sayang awak..saya akan dengar lagu ni sebelum saya tidur.sebak kot dengar lagu tu.sampaikan kadang-kadang saya menangis ingatkan awak.apa nak buat masa tu saya tak berani nak luahkan semua kat awak.bila saya rindu kat awak pun saya akan dengar lagu tu.lagu tu sama apa yang saya rasakan.dalam hidup ni saya tidak pernah bahagia awak!!!mungkin awak je yang akan buat saya bahagia..
Mungkin selama ini awak tidak pernah merasakan apa yang saya rasakan.saya nak sangat awak faham apa yang saya rasa.walaupun saya tidak sempurna untuk awak.saya minta satu je kat awak supaya jangan buat saya bersedih lagi cukup selama ini saya bersedih kerana awak.saya dah tak mampu lagi awak nak lalui ini semua lagi.
jika saya boleh membuat permintaan saya nak sangat meminta supaya saya tidak pernah pergi jauh dari hidupku.hahaha!!!mana mungkin itu semua dapat berlaku.semua telah ditentukan oleh Allah.mana boleh saya menolak takdir saya.saya ni bukan sesiapa nak menolak takdir.saya ni hanya manusia biasa.
Awak!!!saya sangat sedih awak.kenapa saya yang mesti merasakan ini semua.kenapa ini semua terjadi saat saya merindukan awak.saya perlukan awak saat ini.saya benar-benar lemah dan tak kuat lagi.saya tetap tunggu awak...awak!!!jika suatu hari nanti awak bukan milik saya lagi dan jika suatu nanti awak ada terbuka blog saya ni.cuma satu je yang saya nak awak tahu.semua sajak dan setiap perkataan yang saya taip dalam blog ni adalah apa yang telah saya lalui..saya juga taip sajak itu untuk diri awak bukan untuk orang lain.saya rindukan awak.saya perlukan awak untuk sempurnakan hari-hari saya yang semakin gelap.bukan untuk saat ini tetapi bila saya sudah bersedia untuk memiliki diri mu sepenuhnya.
Love Is Nothing