aku mahu pergi
untuk mencari kehidupan
mungkin pergi aku tidak akan kembali
aku ingin membawa hati ini
pergi jauh buat selama-lamanya
terlanjur merinduimu membuat
hati ini menjadi sakit
mungkin aku tidak akan berharap lagi
sekuntum bunga yang telah layu
tidak akan membuat aku gembira lagi
telah aku tinggalkan semua cerita
tiada lagi gelak tawa mu
membuat aku ketawa
hati yang luka mungkin akan sembuh
tetapi tidak kepada asalnya
biarpun luka itu hilang dari pandangan
tetapi kesan masih juga dapat dilihat
aku mahu pergi
dari masa yang indah ini
tanpa ada tangisan