hidup ini bagaikan sebuah perjuangan
penuh dengan pelbagai cerita
penuh dengan penderitaan
kadangkala penuh dengan air mata
dan ada juga kegembiraan
semua itu bersilih ganti
apabila aku lemah
aku tidak pernah menyerah kalah
walaupun aku tidak mampu lalui
aku rebah dan terjatuh
itu semua membuat aku untuk terus bangkit
aku hadapi dengan hati yang tabah
dalam hidup ini aku tahu
jatuh bukan bermakna kalah
dan kalah bukan bermakna
kita akan kalah buat selama-lamanya
tapi aku yakin dengan diri sendiri
untuk membuat aku berdiri semula
aku memerlukan semangat
jati diri yang kuat
walaupun kesedihan tidak dapat aku tepis
dengan hati yang ada
pasti aku dapat hadapi semua itu
wahai hati yang telah terluka......