KITA


Jumaat, 2 Ogos 2013


aku seorang yang tidak pernah mengerti 
apakah erti sebuah kehidupan 
aku tidak pernah mengerti 
apakah erti sebuah cinta 
aku cuba untuk memahami 
apa itu kehidupan 
tetapi yang aku temui 
hanyalah mimpi-mimpi 
aku cuba memahami 
apa itu sebuah cinta 
tetapi yang aku temui 
hanyalah kesedihan 
ingin aku memiliki sebuah 
kehidupan yang sempurna 
ingin aku memiliki sebuah 
cinta yang  kekal 
apakah salah diri ini 
apakah ini hanya mimpi-mimpi 
tanpa tujuan yang pasti