KITA


Rabu, 27 November 2013



                  aku tak tahu nak meluahkan macam mana lagi.semakin lama masa berlalu semakin membuat aku merindukan kamu.aku tahu selama ini aku berasa takut apabila bersama kamu.tapi aku tak tahu nak buat macam mana.selama ini aku pendam apa yang ada dalam diri ini.aku mendiamkan diri tetapi aku selalu melihat kamu dari jauh.aku sentiasa melihat kamu gembira.walaupun aku tahu kamu gembira bukan kerana aku.sekurangnya aku dapat melihat kamu tersenyum.aku gembira melihat kamu tersenyum.hari ini perasaan rindu ini datang kembali menghantui aku.saat aku bersedih akan teringatkan diri kamu,aku akan meluahkan segala kesedihan yang aku rasakan.melalah jari jemari ini menulis.malam ni aku ditemani alunan lagu yang sangat menyedihkan.tanpa bulan purnama.hanya kelipan bintang-bintang yang bertaburan di angkasa.hanya itu yang menemani.beribu bintang berkelipan tetapi hanya satu yang sentiasa berkelip dengan terang.andai dapat aku capai bintang itu.aku akan tanamkan bintang itu di dalam hati ini.supaya sentiasa terang.malam ni aku nak tahu dia tengah buat apa,dia sihat tak,apa khabar dia.aku nak tahu semua tentang dia.tapi aku tak mampu.aku takut.mungkin aku harus mendiamkan diri buat sementara.supaya aku tahu erti sebuah kerinduan.tak pernah terfikir dalam diri ini kamu akan pergi dari hidup aku.sulit untuk aku terima semua itu.aku cuba tenang dan terus bertenang.tapi aku tak mampu.kamu semakin membuat aku sentiasa teringatkan diri kamu.di hatiku nama mu sentiasa ada walaupun kamu berada jauh dari hidup aku.aku tak mungkin melupakan diri kamu.sedih untuk aku lalui malam ni.mungkin malam ni hujan akan membasahi bumi.seperti air mata ini membasahi kamar tidur ku.berselimutkan kerinduan.aku menggigil apabila kamu jauh dari hidup ku.malam ni aku benar-benar rindukan diri kamu.semoga mimpi indah malam ni.semoga kamu hadir dalam mimpiku.menemani tidurku yang sangat menyedihkan..


Love Is Nothing      

Rabu, 20 November 2013


     
          Dah lama tak kemas bilik.dah macam stor penyimpanan barang aku tengok.takut-takut tikus pun ada.tapi memangpun dah macam stor.banyak buku-buku yang dah tak pakai diletakan kat dalam bilik aku.ingat aku suka baca buku ke?aku lebih suka menulis daripada membaca.kalau buku novel best jugak nak baca.ni buku lama-lama dari zaman kakak aku belajar sampai zaman aku sekarang ni masih tersimpan lagi.baik aku susun semua buku-buku ni.kertas peperiksaan dari awal tahun hingga akhir tahun yang aku kumpul masa tingkatan 3 masih ada aku simpan.hahaha...banyak juga kertas yang aku kumpul.kalau jual laku tak kertas-kertas ni.

    Bawah katil aku banyak betul sampah.nak buat macam mana dah diri ini malas nak kemas katil.huhuhu...sawang pun ada.ni baru dikatakan tempat yang terbiar.banyak yang aku jumpa kat bawah katil ni.semasa aku kemas bilik aku.benda yang dulu aku tercari-cari akhirnya aku jumpa juga.dah lama aku cari benda tu.tapi sebahagian dari benda yang aku cari tu dah aku buang..aku buang bersama derasnya air yang mengalir.benda tu adalah buku diary yang aku buat semasa aku di tingkatan 2.macam tak percaya je yang buku ni masih lagi tersimpan dalam bilik aku.tak tahu pulak aku.ingatkan mak aku dah bakar buku diary tu.hehehe....


    Disaat aku baca buku diary tu.aku tersenyum sorang-sorang dah macam orang gila.banyak benda yang aku tulis dalam buku ni.apa yang telah aku lalui di tingkatan 2.kenangan manis dan pahit.tersenyum dan berduka.gembira dan bersedih.tapi dalam buku diary ni banyak yang aku tulis adalah tentang kesedihan.dalam buku diary ini juga tercatat siapa yang aku suka ditingkatan 2 sehingga sekarang.macam mana aku boleh suka dia dan kenapa aku suka dia.mesti semua nak tahu kenapa aku boleh suka dia..buat masa sekarang aku pun tak tahu kenapa aku boleh suka kat dia.aku tengok dia sama je dengan perempuan yang lain.tapi dia ada sesuatu yang istimewa.aku aku tidak tahu kat mana keistimewaan dia.adakah saat dia tersenyum,saat dia memandang ataupun masa dia berkata-kata.aku masih mencari jawapan itu.aku tidak tahu kenapa disaat itu apabila aku dekat dengan dia jantung aku rasa lain macam.masa tu aku tak berani nak luahkan apa yang aku rasakan kat dia sampailah sekarang.aku masih rasa takut-takut lagi.apabila dengan perempuan lain aku tak rasa takut.tapi apabila dengan dia hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rasa.

    

    kenangan yang tidak boleh aku lupa adalah apabila aku brgaduh  dengan Roy.aku rasa aku boleh menang bertumbuh dengan dia.aku sudah jangka aku boleh menang.semua orang backup aku.tapi aku kalah sebab (panjang) masuk.dia tumbuk aku.sampai aku tumbang.kalau tak aku dah menang dah.mungkin semua orang tolak aku sebab mereka tahu aku ada sifat gila-gila semasa bergaduh.die tak nak apa-apa berlaku semasa aku bergaduh.itulah kali pertama aku gaduh dan kali terakhir aku bergaduh.aku rasa malas nak bergaduh lagi.buang masa aku je nak gaduh.bukan dapat apa-apa pun.dapat sakit je.

     mungkin semasa di tingkatan dua aku mula kenal apa itu cinta.masa itu juga aku kenal hidup aku dan disitulah kehidupan aku bermula sebagai seorang penunggu.dulu aku tak kenal apa itu BLOG.masa tu aku tak tahu apa-apa pasal media elektronik.yang aku tahu tempat yang sesuai nak luahkan perasaan adalah kat buku diary.lama-kelamaan aku seronok buat buku diary.masa tu aku masih takde FACEBOOK.sebab aku tidak tahu apa semua itu aku macam"katak bawah tempurung"..kini aku sudah ada blog aku sendiri.semua yang aku rasakan aku akan tulis kat blog ini.apa yang yang selama ini akau tulis adalah untuk seseorang yang aku sayang.hingga sekarang aku masih lagi menunggu dia.dia adalah seseorang yang sangat istimewa untuk aku.dia yang selama ini yang telah melukiskan indahnya sebuah kehidupan.walaupun air mata ini menitiskan kerinduan.aku gembira dapat kenal dia.


     yang sentiasa membuat aku lagi gembira adalah semasa aku berada di tingkatan 3..kat dalam buku tu aku ada tulis yang bertarikh 25/4/2011.aku tulis"kalau lah _ _ _(dia)tahu apa yang aku rasa sekarang ni.pasti akulah orang yang sangat gembira saat ini.kalau lah _ _ _(dia) tahu yang selama ni aku sayang dia sangat-sangat dan dia juga sayang kat aku.aku akan memjadi seseorang yang sangat setia.kalau lah aku tidak mendapatkan kamu saat ini aku akan tunggu kamu sampai bila-bila.aku tidak akan melupakan kamu"itu yang aku tilis kat diary aku tu.tapi kalau aku lihat balik apa yang aku tulis sekarang ni aku masih lagi setia menanti dan menunggu dia walaupun hati ini terlalu sakit.akupun tak tahu kenapa aku masih setia menanti dia.walaupun menanti itu adalah perkara yang sangat menyakitan hati bagi seseorang.tambahan lagi apabila seseorang yang dinanti hanya sebuah mimipi yang akan hilang.hanya bayangan disaat kita dalam kerinduan.mungkin orang lain tidak pernah merasakan apa yang aku telah alami

     Masa di tingkatan tiga juga aku dan dia selalu balik sama-sama.jalan sama-sama sampai kat depan kelapa.aku rasa seronok sangat.apabila keluar je dari kelas aku dengan dia pasti jalan sama-sama.mungkin masa tu dia tak tahu apa yang aku tengah rasakan dan aku berharap dia dapat rasa apa yang aku rasakan.aku dapat rasakan masa itu yang dia juga merasakan apa yang aku rasakan.tapi tidak dapat nak meluahkan.mungkin itu cuma perasaan aku.dan masa itu juga aku dapat tahu yang ada seseorang yang mengharapkan aku dalam diam.aku kenal dia dari tingkatan satu lagi.sampai sekarang dia masih sama kelas dengan aku.aku tidak tahu dia masih mengharapkan aku sampai sekarang ni.

     tingkatan tiga adalah zaman kegemilangan aku sebagai seorang (pengebom) sekolah.apabila gengster kelas 3C3 berkumpul.macam-macam belaku.kat kelas 3Cemerlang3 macam-macam perangan ada.kaki rokok,kaki ponteng,kaki gaduh,yang suka buat bising,yang suka buat lawak,yang suka kacau orang dan yang paling ganas aku,pengebom sekolah.apa yang menjadikan aku ini pelik adalah aku tidak pernah merokok.aku rasa rokok tu bukan apa-apa dalam hidup ini.sejahat-jahat aku kat sekolah akulah orang yang baik.aku tak suka orang merokok dekat dengan aku.mungkin selama aku bersekolah aku adalah orang yang sanagt gembira dan sangat sedih.itu adalah saat yang sangat menyeronokan aku berada di tingkatan tiga.kami melakukan apa yang kami suka buat.tiada erti takut dalam hati kami.macam-macam ada.ada satu masa tu kelas 3Cemerlang3 adalah kelas yang paling teruk.cikgu yang cakap masa kat perhimpunan.hahaha...

      kadangkala aku ni mengalahkan seorang perempuan.ada diary.tapi nak buat cam mana dah itu yang boleh aku lakukan untuk luahkan apa yang aku rasakan.jadi aku buat le buku diary ini.kat buku ni banyak lagi yang aku tulis tapi aku tak nak ceritakan panjang-panjang..tidak ada yang menyeronokan.semuanya saat aku bersedih,bersengketa dan kecewa.tidak ada yang perkara yang gembira.kat buku ni aku cuma tulis apa yang aku rasakan dan aku buat dalam bentuk puisi.sebab tu sekarang aku pandai buat ayat-ayat itu semua.aku belajar dari masa lalu.kalau boleh aku nak jadi seperti aku yang berada dalam buku diary ini.aku nak kembali kemasa lalu.mungkin buku diary ini aku akan buang seperti diary aku yang lalu.aku tak nak ingat dah masa yang lepas tetapi bagi aku masa yang lepas itu yang membuat aku sentiasa gembira..aku sudah buat pilihan aku.aku akan buang diary ini.aku nak jadikan diary ini menjadi sebuah diary yang hilang...

selamat tinggal diary....



   

Jumaat, 15 November 2013





Ya Allah...
Sesungguhnya kepada Mu saja aku berserah Ya Allah dan kepada Mu jua lah aku mencurahkan segala keluh kesah ku Ya Allah...aku hanya insan yang lemah Ya Allah..insan yang tak mampu nak menghadapi segala ujian yang Kau turunkan untuk aku Ya Allah...


Ya Allah...
Aku redha dengan segala ketentuan yang Kau tetapkan untuk aku Ya Allah...aku mohon kepada Mu Ya Allah...seandainyer benar lah si dia yang Kau ciptakan untuk aku Ya Allah...kau satukanlah hati kami Ya Allah...ikatkan lah hati kami dengan seutuhnyer Ya Allah..janganlah Kau datangkan musibah kepada hubungan kami ini Ya Allah kerana aku tahu yang aku tak mampu nak menghadapinyer...dan seandainya bukan si dia yang Kau ciptakan untuk aku Ya Allah...janganlah Kau hadirkan perasaan kasih dan sayang aku kepada si dia kerana aku takut untuk mengecewakan dia disaat aku berpaling dari dia Ya Allah...tetapi kini Kau telah hadirkan perasaan itu dalam hati aku tanpa aku sedar dan tanpa aku sedari jua aku telah menyayangi dan menyintai si dia dalam diam..kerana perasaan itu jugaklah sekarang ini aku menanggung akibatnya...kenapa Kau hadirkannya dalam hati aku Ya Allah....kenapa perlu si dia yang aku sayang Ya Allah...kenapa tidak pada orang lain yang perlu untuk aku labuhkan perasaan ini Ya Allah...kenapa harus si dia Ya Allah...


Ya Allah...
Dengarkanlah luahan hati hamba Mu ini Ya Allah...hamba Mu ini dalam kesakitan Ya Allah kerana menaggung perasaan kasih dan sayang kepada si dia yang belum tentu lagi akan menjadi milik aku Ya Allah...aku benci dengan perasaan ini Ya Allah...aku benci dimana aku perlu menyayangi dan menyintai si dia Ya Allah...aku tak nak semua ini terjadi kepada aku Ya Allah kerana aku tahu aku hamba Mu yang lemah...aku tak mampu untuk menghadapinyer Ya Allah...Ya Allah..sakitnya hati aku tika dan saat ini Ya Allah kerana mengepung perasaan itu dalam hati aku Ya Allah...bukan niat aku untuk menghalangnya keluar dari hati aku tetapi tak dah tak berdaya Ya Allah...aku dah tak berdaya nak membuangnya dari dalam diri aku ini...ianya seumpama sesuatu yang sentiasa melekat dalam diri aku ini Ya Allah...


Ya Allah...
Bantulah hamba Mu ini Ya Allah...bantulah aku untuk menghilang perasaan sakit ini Ya Allah...Kau buangkan lah perasaan yang Kau hadirkan dalam diri aku ini untuk si dia Ya Allah..buat tika dan saat ini aku tak mampu nak menghadapinya..Kau hadirkanlah ia nya kembali setelah wujudnya seseorang yang benar-benar Kau ciptakan untuk aku Ya Allah...macam mana sekalipun aku buat tetapi sekiranya dah tertulis yang si dia adalah untuk aku, aku tak mampu nak menghalangnyer...aku redha dengan ketentuan dari Mu Ya Allah....

Untuk seseorang yang aku harapkan dan yang aku sayang selama ini...


Love Is Nothing  

Khamis, 14 November 2013

aku kecewa



               Air mata ini khusus untuk mengalirkan semua tentang perasaan ini.bergitu mudah untuk mengalirkan air mata.saat aku tidak kuat lagi untuk melalui ini semua.aku akan mengalirkan air mata.malam ni aku tak tahu apa yang tengah aku rasakan.aku rasa sedih malam ni.satu-persatu dugaan yang datang.saat semua dugaaan ini datang aku akan sentiasa kuat.tapi malam ini aku rasa lemah.bersandar aku di ruang penulisan dan menggerakan jemari-jemari ku untuk menulis.saat jemari tergerak untuk meluahkan sesuatu pasti titisan air mata akan membasahi ruang kamar ku.aku merasakan aku tengah berlakon dalam cerita CINTA TIGA SEGI.aku yang menjadi watak utama dan aku yang menjadi korban dalam jalan ceritanya.orang lain mungkin tidak pernah rasa apa yang aku tengah rasa.orang lain lihat aku sentiasa gembira dan sentiasa gembira.tapi adakah mereka tahu di sebalik senyuman aku ini ada sesuatu yang tidak mungkin pernah terucap.cuma tersirat dalam kata-kata yang membisu.aku membuat orang lain gembira dengan sifat aku dan aku yang membuat diri ini bersedih dengan sifat aku sendiri.aku mudah berkata-kata tetapi aku tidak mudah nak meluahkan setiap kata yang aku kata.aku menyesal dengan semua ini.malam ni aku rasa diri aku ini bukan lagi diri aku.kosong!!!aku tak pernah merasakan semua ini.aku rasa macam nak lari dari semua masalah ini.nak buang dari kehidupan ini.semua tentang hidup ini.aku telah memberi harapan kepada seseorang walaupun aku tahu aku akan membuat hati seseorang terluka.aku telah mengharap kepada seseorang yang mana aku tahu aku akan membuat dua hati akan terluka.aku berasa bersalah atas yang berlaku ini.aku tidak tahu semua ini akan menjadi sebuah mimpi yang sangat menyedihkan.aku tiada niat nak lukakan hati sesiapa.tidak ada niat langsung.aku ingat semua yang aku buat ini adalah betul.tetapi hanya sebaliknya.aku berusaha untuk tabah.aku tahu bahawa seseorang yang telah menitiskan air mataku,kini menjadi pisau yang telah menitiskan darah dari hati ku.rintihan rindu itu yang telah menjadi darah yang mengalir untuk kesedihanku.semuanya menjadi sebuah khayalan untuk aku di malam yang dingin.hati ini tidak henti-henti mengeluarkan semua luahan hati yang sangat menyedihkan.jari-jemari ini tidak pernah lelah untuk penulis setiap apa yang perasaan ini ingin luahkan.adakalanya jasad ini tidak mampu untuk terus teguh duduk di hadapan ruang kekecewaan.di ruang yang sepi ini semua yang telah berlaku tercatat untuk masa yang akan berlalu.malam ini mata ini tidak henti-henti menitiskan air kesedihan saat mata ini meratapi setiap perkataan yang jari-jemari ini tuliskan."Disaat cinta mengajar aku erti kasih sayang,Disaat itu juga cinta mengajar aku erti sesebuah kekecewaan".mungkin titisan hujan yang turun malam ini adalah untuk menemani setiap titisan air mata ku ini.merasakan jiwa ini bertambah sedih.aku menangis!!!tidak seorangkpun di dunia ini inginkan kesedihan.termasuk diri aku.kerana sikap bodoh aku yang bertopengkan kegembiraan telah membuat aku bersedih.disaat aku berusaha ingin mencari kebahagiaan,disaat itu juga aku akan mendapat kesedihan..sekiranya jasad ini masih mampu teguh seperti biasa.mungkin masih banyah hati ini ingin luahkan untuk malam ini.tapi tak mampu.mata ini juga sudah tidak mampu untuk terus menitiskan setiap derai kesedihan yang aku alami.mungkin sampai disini sahaja yang mampu hati ini luahkan.TERIMA KASIH CINTA!!!!!



  1. Love Is Nothing  

Selasa, 12 November 2013



      aku biarkan luahan hati ini terluah di ruang ini     

walaupun ruang ini sentiasa sunyi  

aku biarkan bicara hati ini berbicara di ruang ini

walaupun ruang ini sentiasa membisu  

andai luahan dan bicara ini mampu mententeramkan hati ini  

biarkan ianya terus tercatat di sini 

walaupun untuk selamanya... 


  
Love Is Nothing  

Isnin, 11 November 2013



             kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?,menutup mata ketika menanggis?,menutup mata ketika kita membayangkan seseorang yang kita sayang.kenapa???itu kerana hal terindah yang berada di dunia ini tidak akan pernah terlihat.saat kita menemukan seseorang yang sentiasa membuat kita tersenyum dan gembira.dia membuat hati kita berasa lain.kita jatuh di sebuah sifat keanehan serupa yang dinamakan CINTA.saat itu ada satu hal yang kita tidak ingin lepaskan.ada seseorang yang kita tidak ingin tinggalkan.walaupun kita tahu,melepaskan bukan akhir dari dunia,melainkan awal sesuatu kehidupan seseorang.saat itu kita merasakan diri ini kosong.merindui seseorang yang kita tidak tahu siapa orang itu.

      Kadangkala kita lupa,kebahagiaan adalah untuk mereka yang menanggis,mereka yang tersakiti,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencoba.kerana MEREKALAH yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.ingatlah,cinta yang agung adalah ketika kita menetiskan air mata dan saat itu kita masih perduli tentangnya.adakalanya,ketika dia tidak memperdulikan kita dan kita masih menunggunya dengan setia.ketika dia mula mencintai orang lain dan kita masih dapat tersenyum.bertapa kuatnya kita masih setia terhadap dirinya.apabila cinta tidak terbalas.kita merasakan kita ingin bebas dari diri dia.kita membiarkan hati kita kembali terluka dan kita melebarkan sayap kita untuk terbang jauh dari dia.kita ingat bahawa kita mungkin menemukan cinta dan kehilangan.tetapi kita membiarkan diri ini mati bersama cinta yang tidak kesampaian.kita sanggup mati bersama CINTA.walaupun diri kita sudah sekian lama menunggu..kita masih tidak dapat menerima kehilangan cinta.tetapi kita sanggup mati kerana cinta yang buta dan bodoh....



Love Is Nothing   

Sabtu, 9 November 2013



           Dalam hidup ini kita pasti pernah menunggu dan mengharap kepada sesuatu.kita juga pasti pernah merasakan sakit kerana menunggu.tapi,apakah kita pernah terfikir kenapa kita melakukan itu semua.kenapa kita sanggup menunggu.kenapa kita sanggup merasakan semua kesakitan itu padahal kita tahu itu semua tidak mungkin kita miliki.adakah kita pernah terfikir dalam fikiran kita!!!tidak pernah terfikir langsung!!!kita terlalu sibuk melayan semua perasaan itu.sampaikan hati kita disakiti,dilukai dan dikecawakanpun kita tidak pernah tahu.kita masih sanggup lagi mununggu walaupun sampai bila-bila.kita merasakan dia adalah seseorang yang pernah hadir dan memberi sebuah kegembiraan dalam hidup kita.tapi adakah kita pernah gembira dengan semua itu.kita terlalu bodoh dan buta.kita tak nampak apa yang tengah berlaku dalam hidup kita.untuk apa kita lakukan itu semua!!untuk apa!!ya..kita melakukan itu semua kerana kita terlalu sayang kepada dia.terlalu mencintai dia.kerana itu semua,kita tidak pernah merasakan kesakitan apabila menunggu.kita juga tidak tahu apa sebab kita mencintai dia.kita tidak tahu apa kekurangan dia dan apa kelebihan dia.sebab itu kita dianggap buta dan bodoh kerana cinta.kita tidak tahu itu semua.Dan cinta yang kekal selamanya adalah cinta kerana Allah.bukan cinta kerana nafsu dan kecantikan.kecantikan itu tidak akan kekal selama-lamanya.seperti Allah menciptakan pelangi.hanya akan indah buat sementara dan perlahan-perlahan akan hilang buat selamanya.jika ada pun mungkin tidak akan sama seperti yang dulu.jangan jadi bodoh kerana cinta.jangan jadi buta kerana cinta...



Love Is Nothing  

  

Jumaat, 8 November 2013



              Masa akan sentiasa berputar selagi kita masih merasa kehidupan.selagi kita merasakan kesenangan,kesusahan dan kesakitan.masa ini tiada titik permulaan dan titik penamat.bila ianya bermula dan bila ianya berhenti.saat kita merasakan kesakitan dan kita berharap agar kembali ke masa sebelum ini.masa akan tetap tidak akan pernah kembali.itulah kehidupan.kita merasakan dunia ini tidak adil.kenapa kita disakiti disaat kita mahu mencari sesuatu yang kita inginkan.kenapa kita di kecewakan saat kita sudah mendapat sedikit kebahagiaan daripada apa yang kita inginkan.kenapa kita ditinggalkan saat kita sudah menaruh sepenuh harapan kepada apa yang kita inginkan.kenapa!!!!kenapa!!!kenapa!!!..itulah yang telah aku rasakan.sakit kerana terlalu lama mengharap.sakit kerana dikecewakan.sakit apabila diri ini seperti sudah tidak wujud dalam diri seseorang.di buang ke kawasan yang sangat berduri dan duri itulah yang telah memberi aku kesakitan.duri itu yang telah meninggalkan luka-luka yang sangat mendalam.sakit sangat rasanya..aku merasakan diri ini adalah sebuah puisi.menulis dan melontarkan kata-kata indah yang adakalanya aku sendiri tidak faham apa yang aku lontarkan.Kini,perjalanan hidup aku hanya dihabiskan untuk menulis kata-kata pujangga.aku tidak dapat nak berkata-kata.tetapi aku menggunakan penulisan aku untuk berkata-kata apa yang aku tengah aku rasakan.hanya itu yang aku mampu lakukan.aku mencari apa yang aku sendiri tidak tahu apa yang aku cari.adakah aku mencari cinta,adakah aku mencari ketenangan,adakah aku mencari kebahagiaan dan apakah aku mencari kesedihan atau kesakitan.aku masih mencari semua itu...




Love Is Nothing    

Jumaat, 1 November 2013

apa itu makna sebuah kebahagiaan...




              Kenapa!!!kenapa!!!kenapa ini semua terjadi kepada diri aku.aku tak dapat nak tipu semua perasaan aku sendiri.aku tak dapat..disaat aku ingin menghapuskan semua perasaan ini.semakin besar juga perasaan rindu ini datang..apakah aku yang bersalah.merahsiakan ini semua.apa yang harus aku lakukan untuk menghadapi ini semua.sejujurnya aku tidak mampu.

             Maafkan aku kerana tidak dapat nak menyimpan perasaan ini.maafkan aku kerana harus mengungkapkan perasaan ini.adakalanya lega di hati ini. kerana sudah jujur tentang hati ini.walaupun aku tahu kita tidak akan dapat bersama.tapi setidaknya kamu tahu tentang perasaan ini.mungkin aku tidak sanggup menjalani hidup ini.

            kini, disaat aku sudah mula menghilangkan rasa sakit dihati ini.menghilangkan perasaan rindu ini buat sementara.kenapa semuanya kembali lagi kepada diriku.kenapa!!!kenapa!!!.aku tak tahu kenapa.kenapa disaat aku ingin berjuang untuk masa depan aku semua perkara ini terjadi kembali.semua perkara ni buat aku pening.serabut seluruh kepala otak aku ni.serabut tahu tak!!!aku tidak minta pun supaya ini semua berlaku.tidak pernah..aku mahu tumpukan kepada perjuangan aku ini.

             Perkara yang selama ini yang aku takutkan sudahpun muncul dalam hidupku.muncul saat aku telah dapat keyakinan untuk menjalani hidup ini.mungkin ini jalan yang harus aku tempoh.rahsiaku kini menjadi mimpi aku sendiri.tak dapat aku bayangkan apa yang akan berlaku nanti.tidak dapat aku bayangkan.apa yang harus aku lakukan pun aku tidak tahu.aku hanya tersenyum dan menyendiri di semua orang.

           Ya Allah!!!tolonglah aku ini.apa yang harus aku lakukan dan aku buat sekarang ini.sejujurnya aku tidak sanggup seperti ini.aku tidak mampu seperti ini.walaupun aku tahu semua yang aku lakukan ini semua salah.


Love Is Nothing