aku tak tahu nak meluahkan macam mana lagi.semakin lama masa berlalu semakin membuat aku merindukan kamu.aku tahu selama ini aku berasa takut apabila bersama kamu.tapi aku tak tahu nak buat macam mana.selama ini aku pendam apa yang ada dalam diri ini.aku mendiamkan diri tetapi aku selalu melihat kamu dari jauh.aku sentiasa melihat kamu gembira.walaupun aku tahu kamu gembira bukan kerana aku.sekurangnya aku dapat melihat kamu tersenyum.aku gembira melihat kamu tersenyum.hari ini perasaan rindu ini datang kembali menghantui aku.saat aku bersedih akan teringatkan diri kamu,aku akan meluahkan segala kesedihan yang aku rasakan.melalah jari jemari ini menulis.malam ni aku ditemani alunan lagu yang sangat menyedihkan.tanpa bulan purnama.hanya kelipan bintang-bintang yang bertaburan di angkasa.hanya itu yang menemani.beribu bintang berkelipan tetapi hanya satu yang sentiasa berkelip dengan terang.andai dapat aku capai bintang itu.aku akan tanamkan bintang itu di dalam hati ini.supaya sentiasa terang.malam ni aku nak tahu dia tengah buat apa,dia sihat tak,apa khabar dia.aku nak tahu semua tentang dia.tapi aku tak mampu.aku takut.mungkin aku harus mendiamkan diri buat sementara.supaya aku tahu erti sebuah kerinduan.tak pernah terfikir dalam diri ini kamu akan pergi dari hidup aku.sulit untuk aku terima semua itu.aku cuba tenang dan terus bertenang.tapi aku tak mampu.kamu semakin membuat aku sentiasa teringatkan diri kamu.di hatiku nama mu sentiasa ada walaupun kamu berada jauh dari hidup aku.aku tak mungkin melupakan diri kamu.sedih untuk aku lalui malam ni.mungkin malam ni hujan akan membasahi bumi.seperti air mata ini membasahi kamar tidur ku.berselimutkan kerinduan.aku menggigil apabila kamu jauh dari hidup ku.malam ni aku benar-benar rindukan diri kamu.semoga mimpi indah malam ni.semoga kamu hadir dalam mimpiku.menemani tidurku yang sangat menyedihkan..
Love Is Nothing