KITA


Rabu, 20 November 2013


     
          Dah lama tak kemas bilik.dah macam stor penyimpanan barang aku tengok.takut-takut tikus pun ada.tapi memangpun dah macam stor.banyak buku-buku yang dah tak pakai diletakan kat dalam bilik aku.ingat aku suka baca buku ke?aku lebih suka menulis daripada membaca.kalau buku novel best jugak nak baca.ni buku lama-lama dari zaman kakak aku belajar sampai zaman aku sekarang ni masih tersimpan lagi.baik aku susun semua buku-buku ni.kertas peperiksaan dari awal tahun hingga akhir tahun yang aku kumpul masa tingkatan 3 masih ada aku simpan.hahaha...banyak juga kertas yang aku kumpul.kalau jual laku tak kertas-kertas ni.

    Bawah katil aku banyak betul sampah.nak buat macam mana dah diri ini malas nak kemas katil.huhuhu...sawang pun ada.ni baru dikatakan tempat yang terbiar.banyak yang aku jumpa kat bawah katil ni.semasa aku kemas bilik aku.benda yang dulu aku tercari-cari akhirnya aku jumpa juga.dah lama aku cari benda tu.tapi sebahagian dari benda yang aku cari tu dah aku buang..aku buang bersama derasnya air yang mengalir.benda tu adalah buku diary yang aku buat semasa aku di tingkatan 2.macam tak percaya je yang buku ni masih lagi tersimpan dalam bilik aku.tak tahu pulak aku.ingatkan mak aku dah bakar buku diary tu.hehehe....


    Disaat aku baca buku diary tu.aku tersenyum sorang-sorang dah macam orang gila.banyak benda yang aku tulis dalam buku ni.apa yang telah aku lalui di tingkatan 2.kenangan manis dan pahit.tersenyum dan berduka.gembira dan bersedih.tapi dalam buku diary ni banyak yang aku tulis adalah tentang kesedihan.dalam buku diary ini juga tercatat siapa yang aku suka ditingkatan 2 sehingga sekarang.macam mana aku boleh suka dia dan kenapa aku suka dia.mesti semua nak tahu kenapa aku boleh suka dia..buat masa sekarang aku pun tak tahu kenapa aku boleh suka kat dia.aku tengok dia sama je dengan perempuan yang lain.tapi dia ada sesuatu yang istimewa.aku aku tidak tahu kat mana keistimewaan dia.adakah saat dia tersenyum,saat dia memandang ataupun masa dia berkata-kata.aku masih mencari jawapan itu.aku tidak tahu kenapa disaat itu apabila aku dekat dengan dia jantung aku rasa lain macam.masa tu aku tak berani nak luahkan apa yang aku rasakan kat dia sampailah sekarang.aku masih rasa takut-takut lagi.apabila dengan perempuan lain aku tak rasa takut.tapi apabila dengan dia hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rasa.

    

    kenangan yang tidak boleh aku lupa adalah apabila aku brgaduh  dengan Roy.aku rasa aku boleh menang bertumbuh dengan dia.aku sudah jangka aku boleh menang.semua orang backup aku.tapi aku kalah sebab (panjang) masuk.dia tumbuk aku.sampai aku tumbang.kalau tak aku dah menang dah.mungkin semua orang tolak aku sebab mereka tahu aku ada sifat gila-gila semasa bergaduh.die tak nak apa-apa berlaku semasa aku bergaduh.itulah kali pertama aku gaduh dan kali terakhir aku bergaduh.aku rasa malas nak bergaduh lagi.buang masa aku je nak gaduh.bukan dapat apa-apa pun.dapat sakit je.

     mungkin semasa di tingkatan dua aku mula kenal apa itu cinta.masa itu juga aku kenal hidup aku dan disitulah kehidupan aku bermula sebagai seorang penunggu.dulu aku tak kenal apa itu BLOG.masa tu aku tak tahu apa-apa pasal media elektronik.yang aku tahu tempat yang sesuai nak luahkan perasaan adalah kat buku diary.lama-kelamaan aku seronok buat buku diary.masa tu aku masih takde FACEBOOK.sebab aku tidak tahu apa semua itu aku macam"katak bawah tempurung"..kini aku sudah ada blog aku sendiri.semua yang aku rasakan aku akan tulis kat blog ini.apa yang yang selama ini akau tulis adalah untuk seseorang yang aku sayang.hingga sekarang aku masih lagi menunggu dia.dia adalah seseorang yang sangat istimewa untuk aku.dia yang selama ini yang telah melukiskan indahnya sebuah kehidupan.walaupun air mata ini menitiskan kerinduan.aku gembira dapat kenal dia.


     yang sentiasa membuat aku lagi gembira adalah semasa aku berada di tingkatan 3..kat dalam buku tu aku ada tulis yang bertarikh 25/4/2011.aku tulis"kalau lah _ _ _(dia)tahu apa yang aku rasa sekarang ni.pasti akulah orang yang sangat gembira saat ini.kalau lah _ _ _(dia) tahu yang selama ni aku sayang dia sangat-sangat dan dia juga sayang kat aku.aku akan memjadi seseorang yang sangat setia.kalau lah aku tidak mendapatkan kamu saat ini aku akan tunggu kamu sampai bila-bila.aku tidak akan melupakan kamu"itu yang aku tilis kat diary aku tu.tapi kalau aku lihat balik apa yang aku tulis sekarang ni aku masih lagi setia menanti dan menunggu dia walaupun hati ini terlalu sakit.akupun tak tahu kenapa aku masih setia menanti dia.walaupun menanti itu adalah perkara yang sangat menyakitan hati bagi seseorang.tambahan lagi apabila seseorang yang dinanti hanya sebuah mimipi yang akan hilang.hanya bayangan disaat kita dalam kerinduan.mungkin orang lain tidak pernah merasakan apa yang aku telah alami

     Masa di tingkatan tiga juga aku dan dia selalu balik sama-sama.jalan sama-sama sampai kat depan kelapa.aku rasa seronok sangat.apabila keluar je dari kelas aku dengan dia pasti jalan sama-sama.mungkin masa tu dia tak tahu apa yang aku tengah rasakan dan aku berharap dia dapat rasa apa yang aku rasakan.aku dapat rasakan masa itu yang dia juga merasakan apa yang aku rasakan.tapi tidak dapat nak meluahkan.mungkin itu cuma perasaan aku.dan masa itu juga aku dapat tahu yang ada seseorang yang mengharapkan aku dalam diam.aku kenal dia dari tingkatan satu lagi.sampai sekarang dia masih sama kelas dengan aku.aku tidak tahu dia masih mengharapkan aku sampai sekarang ni.

     tingkatan tiga adalah zaman kegemilangan aku sebagai seorang (pengebom) sekolah.apabila gengster kelas 3C3 berkumpul.macam-macam belaku.kat kelas 3Cemerlang3 macam-macam perangan ada.kaki rokok,kaki ponteng,kaki gaduh,yang suka buat bising,yang suka buat lawak,yang suka kacau orang dan yang paling ganas aku,pengebom sekolah.apa yang menjadikan aku ini pelik adalah aku tidak pernah merokok.aku rasa rokok tu bukan apa-apa dalam hidup ini.sejahat-jahat aku kat sekolah akulah orang yang baik.aku tak suka orang merokok dekat dengan aku.mungkin selama aku bersekolah aku adalah orang yang sanagt gembira dan sangat sedih.itu adalah saat yang sangat menyeronokan aku berada di tingkatan tiga.kami melakukan apa yang kami suka buat.tiada erti takut dalam hati kami.macam-macam ada.ada satu masa tu kelas 3Cemerlang3 adalah kelas yang paling teruk.cikgu yang cakap masa kat perhimpunan.hahaha...

      kadangkala aku ni mengalahkan seorang perempuan.ada diary.tapi nak buat cam mana dah itu yang boleh aku lakukan untuk luahkan apa yang aku rasakan.jadi aku buat le buku diary ini.kat buku ni banyak lagi yang aku tulis tapi aku tak nak ceritakan panjang-panjang..tidak ada yang menyeronokan.semuanya saat aku bersedih,bersengketa dan kecewa.tidak ada yang perkara yang gembira.kat buku ni aku cuma tulis apa yang aku rasakan dan aku buat dalam bentuk puisi.sebab tu sekarang aku pandai buat ayat-ayat itu semua.aku belajar dari masa lalu.kalau boleh aku nak jadi seperti aku yang berada dalam buku diary ini.aku nak kembali kemasa lalu.mungkin buku diary ini aku akan buang seperti diary aku yang lalu.aku tak nak ingat dah masa yang lepas tetapi bagi aku masa yang lepas itu yang membuat aku sentiasa gembira..aku sudah buat pilihan aku.aku akan buang diary ini.aku nak jadikan diary ini menjadi sebuah diary yang hilang...

selamat tinggal diary....