KITA


Selasa, 10 Disember 2013

"11.12.2013"








Aku pernah setia,

Tapi diduakan.



Aku pernah percaya,

Tapi dikhianati.


Aku pernah mencintai,

Tapi disakiti.


Aku pernah memiliki,

Tapi akhirnya kehilangan.


Aku pernah jujur,

Tapi ditipu.


Aku pernah berharap,

Tapi harapan tu cuma sia-sia



            Mulai saat ini aku akan berhenti berharap.aku akan berhenti mencintai.mulai saat ini aku redha atas yang telah berlaku dalam hidup ini.aku akan berhenti menulis tentang cinta.tiada lagi apa yang hendak aku tuliskan tentang perjalan hidup aku.mungkin apa yang aku harapkan selama ini tidak akan pernah berlaku.mungkin malam tadi aku telah banyak membuang air mata aku.untuk seseorang yang tidak lagi milik aku.tapi pagi ini aku akan berusaha untuk tersenyum.walaupun rasa perit itu ada.buat apa lagi aku terus berharap.semuanya telah sia-sia.

     kadangkala kita perlu melepaskan seseorang walaupun dia telah mengajar kita erti sebuah cinta.mengajar kita erti sebuah kerinduan dan mengajar kita erti sebuah kesetiaan.walaupun melepaskan itu bukan sesuatu yang mudah.aku akan melupakan semuanya.4 tahun bukan masa yang singkat untuk aku menunggu tapi itu yang telah aku lakukan.mungkin kalau aku dapat ke masa lalu aku akan memilih untuk tidak akan menunggu.selama ini aku salah mengenal cinta.aku cuma memerlukan beberapa jam untuk mencintai dia tetapi aku mungkin memerlukan masa yang lama untuk melupakan.melupakan semua harapan aku.dia yang telah melukiskan indahnya sebuah cinta dan dia juga yang telah melukiskan peritnya sebuah cinta"


     untuk sementara waktu ini biarlah hati ini tertutup.aku tidak akan mencari cinta lagi.cukuplah apa yang selama ini telah aku lalui.aku tidak akan mengulang kisah lama aku lagi.biar semua ini berjalan mengikut arus masa yang telah ditetapkan.aku akan berserah kepada ALLAH.kerana ALLAH itu maha mengetahui apa yang akan berlaku.aku tidak pernah salahkan takdir atas apa yang telah berlaku.aku tidak pernah salahkan dia kerana tidak melupakan aku.aku juga tidak salah kan ALLAH kerana tidak mendengar doa aku.tapi aku salahkan diri aku sendiri kerana selama ini aku yang sangat mengharapakan dia.

      Mungkin dia telah temui seseorang yang lebih baik dari aku.seseorang yang dapat membuat dia sentiasa tersenyum dan gembira.adakah ini cuma perasaan aku atau kenyataan.adakah dia telah menjumpai penganti yang lain.jika itu adalah kenyataan,aku akan menerima dengan hati yang terbuka.dia telah membuat aku sukar untuk memilih erti sebuah cinta.


     Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi.fikiran aku rasa kosong.takde apa-apa lagi yang mampu aku fikirkan.jari jemari ini pun tidak mampu untuk menulis apa-apa lagi.aku tak pernah rasa macam ini.mungkin dia akan bahagia suatu hari nanti.aku akan doakan dia semoga bahagia.satu je yang aku nak ucapkan kat dia iaitu terima kasih.terima kasih telah memberi runag untuk aku menulis sesuatu yang indah dalam hidup ini.walaupun aku tahu itu bukan sesuatu yang indah tetapi sudah cukup untuk aku kenang.aku tidak pernah menyesal berharap.kerana harapan itu aku mula sedar bahawa setiap seseorang itu pasti akan memilih yang terbaik untuk diri masing-masing.ini mungkin luahan yang terakhir akan aku tulis.selepas ini tiada lagi luahan yang akan aku ucap.biar selepas ini aku simpan sahaja apa yang aku mahu luahkan.aku tidak akan meluahkan lagi di blog ini.


      Aku telah menulis tentang perasaan aku.sampai saatnya aku telah terluka.aku menunggu dan terus menunggu sampai aku terluka.hari ini selesai sudah cerita tentang perasaan aku.selayaknya dia tahu.dia yang telah aku sayang.kini dia telah pergi.mungkin hancur hati ini akan aku rasakan buat selamanya.dia telah memilih.aku hanya dapat menerima apa yang telah dia pilih.selama ini dia telah berada dalam hati ini.tetapi kini aku akan mencuba untuk melupakan dia dari hati ini dengan perlahan.sampai aku telah dapat melupakan.aku juga akan menutup pintu hati ini untuk tidak menerima sesiapa lagi buat sementara waktu.mungkin pintu hati ini akan terbuka setelah aku temui seseorang yang benar-benar milik aku.

     
      Mungkin ini pengakhiran bagi blog MENCARI SEBUAH KETENANGAN.selepas ini tiada lagi LOVE IS NOTHING dalam hidup ini.aku akan melepaskan apa yang telah terlepas.aku akan berhenti menanggis seperti hari-hari yang sebelum ini.aku tidak akan pernah menanti sesiapa lagi.Dia adalah seseorang yang pernah aku harapkan dan aku tunggu untuk jangka masa yang lama.tapi apakan daya.aku cuma mahu merancang tetapi ALLAH yang menentukan.terima kasih atas segalanya.aku akan berhenti menunggu kamu.maafkan aku selama ini kerana telah mencintaimu dalam diam.maafkan aku kerana aku telah menunggu kamu.maafkan aku kerana telah meluahkan sebuah cinta kepada kamu suatu ketika dulu dan maafkan aku atas apa yang telah berlaku selama ini.dalam percakapan aku,perbuatan aku,penulisan aku dan yang aku sedar dan tidak aku sedar.maafkan aku ye.aku harap suatu hari nanti kamu akan bahagia.bahagia buat selama-lamanya.aku dan kamu akan tetap menjadi kawan.tidak akan lebih dari itu.nanti kalau makan nasi minyak jangan lupa ajak aku.hehehe.ok lah aku pun tidak ada apa lagi nak tulis.cuma aku berharap kamu akan lebih bahagia.BYE...jage diri ye.ASALAMUALAIKUM....

terima kasih Love Is Nothing....

Ketika aku datang dengan sebuah harapan
kini aku harus pergi untuk menjemput kekecewaan
segala sesuatu tidak ada yang abadi
semuanya pasti berubah
Terima kasih sudah menjadi sahabatku
Terima kasih sudah menjadi kawan setiaku
Terima kasih sudah menjadi bagian dari jalan hidupku
Maafkan semua kesalahanku, dan kekuranganku
Aku tidak akan menangis atas segalanya
Aku akan abadikan semuanya dalam hidup aku....



                           
"11.12.2013"   



Sabtu, 7 Disember 2013



            Aku terus memendam semua rasa.aku mencuba untuk melupakan semua kisah lalu.kisah silam yang sangat menyedihkan dalam perjalanan hidup ini.aku mahu melupakan semua ingatan aku yang lalu.supaya aku tidak lagi bersedih.kesedihan!!!!kamu pergilah dari hidup aku.aku mahu mencari sebuah kebahagiaan.bukan kesedihan.pergi kau dari hidup aku.pergi sejauh yang mungkin.jangan kau hadir lagi dalam hidup aku.mungkin kebahagiaan aku adalah pada masa lalu.bukannya sekarang ini.kini aku lebih merasakan kesedihan.biar rasa rindu ini tidak pernah terucap.biar rindu ini berjauhan.aku telah mencuba.mencuba untuk meminta kasih.tapi aku tidak mampu.aku ingin menjadikan rindu ini sebagai ikatan yang abadi pada suatu hari nanti.mungkin sudah menjadi suratan takdir.berbagai dugaan dan cabaran yang aku lalui.tapi aku percaya ini adalah liku jalan yang perlu aku tempuh.aku tabah mengharungi semua ini.disamping aku menanti hari-hari yang mendatang.aku berserah pada takdir.mungkin siang akan sepi tanpa mentari,malam akan sepi tanpa rembulan,bulan akan sepi tanpa bintang yang berkelipan,hidup akan sepi tanpa kawan,hari ibarat tiada apa-apa tanpa sebuah iman dan aku akan sepi tanpa DIA di sisi aku untuk menemani aku.demi mencari cinta yang abadi.aku berserah pada ALLAH.seandainya dia tahu apa isi hati ini?apa yang aku mahu saat ini?apa yang aku harapkan dari dia?dan andai dia tahu bahawa di hati ini hanya ada dia??ungkaplah semua rasa yang ada dalam dirimu.ungkapakan semua kata yang kamu mahu katakan.terhitung untuk saat yang sangat menyakitkan.aku masih setia menunggu dan mengharap.aku akan sentiasa berada di sini untuk diri kamu..


Love Is Nothing  

Selasa, 3 Disember 2013



               Hari demi hari  aku merasakan hidup ini sudah tidak bermakna lagi.aku merasakan segala pengorbanan aku selama ini sudah tak bermakna.aku merasakan dah berputus asa dengan semua ini.aku rasa mahu pergi dari semua ini.aku sudah tak kenal apa itu erti sebuah cinta.aku tak kenal apa itu makna sebuah kasih sayang.selama ini aku hanya mengenal penderitaan,penantian dan kerinduan.aku tak pernah merasa apa yang tak pernah aku rasakan dalam hidup ini.segala penantian aku selama ini macam sia-sia.aku terlalu berharap kepada yang tak pasti.ini lah kehidupan.apa yang kita inginkan pasti itu adalah benda yang paling susah nak dimiliki.dan apa yang kita tak sangka,itu yang kita akan miliki.aku tak pernah menyalahkan takdir.kerana aku percaya ini adalah takdir yang harus aku tempoh.aku boleh tersenyum seperti orang lain.aku aku tak pernah gembira seperti orang lain.hidup ini adalah pilihan.ditinggalkan oleh orang yang kita sayang atau meninggalkan orang yang kita sayang.aku merasakan aku telah ditinggalkan oleh orang yang aku sayang.hidup ini tidak pernah menjanjikan apa-apa yang terbaik dalam diri seseoranag.seperti diri aku ni.aku percaya semua ini adalah permulan untuk kehidupan aku yang akan datang.kehidupan aku penuh dengan harapan.harapan yang tidak pernah tertunai.hanya kata-kata yang mampu terucap.bagi aku kehidupan aku yang dulu adalah sebuah kenangan.kini adalah sebuah kehidupan dan akan datang adalah harapan yang aku nantikan.memang betul kata orang.kenangan yang terindah tidak akan pernah terlihat oleh mata.hanya dapat dilihat oleh hati.apabila hati mula dapat melihat semua.saat itu hati akan merasakan apa yang tidak pernah dirasakan.itu yang sering berlaku dalam diri aku.tapi aku yakin tiada apa yang mustahil boleh aku lakukan.sudah tiba waktu untuk aku pergi melangkah mencari apa yang hati ini perlu carikan.alangkah indahnya jika diri ini mengerti setiap isi hati.siapa aku dalam diri dia.tapi sungguh sedih apabila diri ini tidak pernah faham satu pun.aku akan mula sakit apabila aku teringgat apa yang pernah berlaku dalam hidup ini.saat itu sangat gembira.aku percaya dia adalah untuk aku.tetapi lama kelamaan aku mula merasakan ditinggalkan.cinta itu hadir penuh dengan kejutan.tapi kadangkala cinta ini membuat kita seperti membuat persembahan di pentas yang luas.aku menipu apa yang sebenarnya sedang  berlaku.saat kita menunggu sesuatu yang mustahil kita merasakan bodoh.aku mula merasakan diri ini sudah tidak........


Love Is Nothing   

Isnin, 2 Disember 2013



      setiap kali aku ingin mencari sebuah kebahagiaan.di situ aku akan menemui pelbagai cabaran.adakalanya cabaran itu membuat aku untuk terus kuat.dan ada kalanya cabaran itu membuat aku menyerah.membuat aku lebih merasakan kesakitan.aku merasakan aku ni tidak layak nak bahagia seperti orang lain.aku ingat lagi kata-kata seorang kawan."kadangkala kita perlu bersedih supaya kita tahu dunia ini bukan untuk bergembira.tetapi kadang kala kita juga perlu gembira supaya kita tahu dunia ni bukan untuk bersedih.aku tak pernah lupa.aku merasakan bahawa kesedihan itu adalah sebuah kebahagiaan dan kebahagiaan itu adalah sebuah kesedihan.itu yang aku lalui.sepanjang pejalanan hidup aku.aku tidak pernah merasakan apa itu makna sebuah kebahagiaan yang sebenar.menunggu apa yang sudah berada di depan mata kadang kala membuat aku merasakan kesedihan.mata ini kadangkala terluka dengan sendiri.apabila aku merasakan semua kesakitan ini.aku tak dapat nak lalui ini semua sehingga aku sedar bahawa hidup ini tak kan nak selalu bersedih.sekurang-kurangnya aku dapat mencari sedikit kebahagiaan.kenapa kebahagiaan itu sukar untuk dimiliki bagi seseorang yang telah lama inginkan kebahagiaan.tak pernah terfikir dalam hidup aku untuk terus bergini.mungkin terlalu sulit untuk aku bayangkan apa yang akan berlaku nanti.aku pernah ditinggalkan suatu ketika dulu.aku pernah mencintai seseorang suatu ketika dulu.tapi aku tidak pernah bahagia.perjalan hidup ini sangat perit ketika umur aku semakin meningkat.tapi aku akan kuat.aku tak nak jadi seperti orang lain.meraba-raba mencari cinta.aku mahu mencari cinta aku yang sebenar.bukan cinta yang akan membawa aku ke arah kehancuran.walaupun cinta ini sudah benar-benar membuat aku hancur.aku sudah mula faham tentang yang berlaku dalam hidup aku.aku akan kembali kemasa lalu walaupun masa terus berputar.membiarkan perkara yang sedih berada dalam diri ini dan mencari perkara yang menggembirakan mengubati kesedihan.aku akan membiarkan semua ini berlalu.berlalu mengikut arus masa yang bergerak pantas.aku tidak akan lagi......


Love Is Nothing    

Rabu, 27 November 2013



                  aku tak tahu nak meluahkan macam mana lagi.semakin lama masa berlalu semakin membuat aku merindukan kamu.aku tahu selama ini aku berasa takut apabila bersama kamu.tapi aku tak tahu nak buat macam mana.selama ini aku pendam apa yang ada dalam diri ini.aku mendiamkan diri tetapi aku selalu melihat kamu dari jauh.aku sentiasa melihat kamu gembira.walaupun aku tahu kamu gembira bukan kerana aku.sekurangnya aku dapat melihat kamu tersenyum.aku gembira melihat kamu tersenyum.hari ini perasaan rindu ini datang kembali menghantui aku.saat aku bersedih akan teringatkan diri kamu,aku akan meluahkan segala kesedihan yang aku rasakan.melalah jari jemari ini menulis.malam ni aku ditemani alunan lagu yang sangat menyedihkan.tanpa bulan purnama.hanya kelipan bintang-bintang yang bertaburan di angkasa.hanya itu yang menemani.beribu bintang berkelipan tetapi hanya satu yang sentiasa berkelip dengan terang.andai dapat aku capai bintang itu.aku akan tanamkan bintang itu di dalam hati ini.supaya sentiasa terang.malam ni aku nak tahu dia tengah buat apa,dia sihat tak,apa khabar dia.aku nak tahu semua tentang dia.tapi aku tak mampu.aku takut.mungkin aku harus mendiamkan diri buat sementara.supaya aku tahu erti sebuah kerinduan.tak pernah terfikir dalam diri ini kamu akan pergi dari hidup aku.sulit untuk aku terima semua itu.aku cuba tenang dan terus bertenang.tapi aku tak mampu.kamu semakin membuat aku sentiasa teringatkan diri kamu.di hatiku nama mu sentiasa ada walaupun kamu berada jauh dari hidup aku.aku tak mungkin melupakan diri kamu.sedih untuk aku lalui malam ni.mungkin malam ni hujan akan membasahi bumi.seperti air mata ini membasahi kamar tidur ku.berselimutkan kerinduan.aku menggigil apabila kamu jauh dari hidup ku.malam ni aku benar-benar rindukan diri kamu.semoga mimpi indah malam ni.semoga kamu hadir dalam mimpiku.menemani tidurku yang sangat menyedihkan..


Love Is Nothing      

Rabu, 20 November 2013


     
          Dah lama tak kemas bilik.dah macam stor penyimpanan barang aku tengok.takut-takut tikus pun ada.tapi memangpun dah macam stor.banyak buku-buku yang dah tak pakai diletakan kat dalam bilik aku.ingat aku suka baca buku ke?aku lebih suka menulis daripada membaca.kalau buku novel best jugak nak baca.ni buku lama-lama dari zaman kakak aku belajar sampai zaman aku sekarang ni masih tersimpan lagi.baik aku susun semua buku-buku ni.kertas peperiksaan dari awal tahun hingga akhir tahun yang aku kumpul masa tingkatan 3 masih ada aku simpan.hahaha...banyak juga kertas yang aku kumpul.kalau jual laku tak kertas-kertas ni.

    Bawah katil aku banyak betul sampah.nak buat macam mana dah diri ini malas nak kemas katil.huhuhu...sawang pun ada.ni baru dikatakan tempat yang terbiar.banyak yang aku jumpa kat bawah katil ni.semasa aku kemas bilik aku.benda yang dulu aku tercari-cari akhirnya aku jumpa juga.dah lama aku cari benda tu.tapi sebahagian dari benda yang aku cari tu dah aku buang..aku buang bersama derasnya air yang mengalir.benda tu adalah buku diary yang aku buat semasa aku di tingkatan 2.macam tak percaya je yang buku ni masih lagi tersimpan dalam bilik aku.tak tahu pulak aku.ingatkan mak aku dah bakar buku diary tu.hehehe....


    Disaat aku baca buku diary tu.aku tersenyum sorang-sorang dah macam orang gila.banyak benda yang aku tulis dalam buku ni.apa yang telah aku lalui di tingkatan 2.kenangan manis dan pahit.tersenyum dan berduka.gembira dan bersedih.tapi dalam buku diary ni banyak yang aku tulis adalah tentang kesedihan.dalam buku diary ini juga tercatat siapa yang aku suka ditingkatan 2 sehingga sekarang.macam mana aku boleh suka dia dan kenapa aku suka dia.mesti semua nak tahu kenapa aku boleh suka dia..buat masa sekarang aku pun tak tahu kenapa aku boleh suka kat dia.aku tengok dia sama je dengan perempuan yang lain.tapi dia ada sesuatu yang istimewa.aku aku tidak tahu kat mana keistimewaan dia.adakah saat dia tersenyum,saat dia memandang ataupun masa dia berkata-kata.aku masih mencari jawapan itu.aku tidak tahu kenapa disaat itu apabila aku dekat dengan dia jantung aku rasa lain macam.masa tu aku tak berani nak luahkan apa yang aku rasakan kat dia sampailah sekarang.aku masih rasa takut-takut lagi.apabila dengan perempuan lain aku tak rasa takut.tapi apabila dengan dia hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rasa.

    

    kenangan yang tidak boleh aku lupa adalah apabila aku brgaduh  dengan Roy.aku rasa aku boleh menang bertumbuh dengan dia.aku sudah jangka aku boleh menang.semua orang backup aku.tapi aku kalah sebab (panjang) masuk.dia tumbuk aku.sampai aku tumbang.kalau tak aku dah menang dah.mungkin semua orang tolak aku sebab mereka tahu aku ada sifat gila-gila semasa bergaduh.die tak nak apa-apa berlaku semasa aku bergaduh.itulah kali pertama aku gaduh dan kali terakhir aku bergaduh.aku rasa malas nak bergaduh lagi.buang masa aku je nak gaduh.bukan dapat apa-apa pun.dapat sakit je.

     mungkin semasa di tingkatan dua aku mula kenal apa itu cinta.masa itu juga aku kenal hidup aku dan disitulah kehidupan aku bermula sebagai seorang penunggu.dulu aku tak kenal apa itu BLOG.masa tu aku tak tahu apa-apa pasal media elektronik.yang aku tahu tempat yang sesuai nak luahkan perasaan adalah kat buku diary.lama-kelamaan aku seronok buat buku diary.masa tu aku masih takde FACEBOOK.sebab aku tidak tahu apa semua itu aku macam"katak bawah tempurung"..kini aku sudah ada blog aku sendiri.semua yang aku rasakan aku akan tulis kat blog ini.apa yang yang selama ini akau tulis adalah untuk seseorang yang aku sayang.hingga sekarang aku masih lagi menunggu dia.dia adalah seseorang yang sangat istimewa untuk aku.dia yang selama ini yang telah melukiskan indahnya sebuah kehidupan.walaupun air mata ini menitiskan kerinduan.aku gembira dapat kenal dia.


     yang sentiasa membuat aku lagi gembira adalah semasa aku berada di tingkatan 3..kat dalam buku tu aku ada tulis yang bertarikh 25/4/2011.aku tulis"kalau lah _ _ _(dia)tahu apa yang aku rasa sekarang ni.pasti akulah orang yang sangat gembira saat ini.kalau lah _ _ _(dia) tahu yang selama ni aku sayang dia sangat-sangat dan dia juga sayang kat aku.aku akan memjadi seseorang yang sangat setia.kalau lah aku tidak mendapatkan kamu saat ini aku akan tunggu kamu sampai bila-bila.aku tidak akan melupakan kamu"itu yang aku tilis kat diary aku tu.tapi kalau aku lihat balik apa yang aku tulis sekarang ni aku masih lagi setia menanti dan menunggu dia walaupun hati ini terlalu sakit.akupun tak tahu kenapa aku masih setia menanti dia.walaupun menanti itu adalah perkara yang sangat menyakitan hati bagi seseorang.tambahan lagi apabila seseorang yang dinanti hanya sebuah mimipi yang akan hilang.hanya bayangan disaat kita dalam kerinduan.mungkin orang lain tidak pernah merasakan apa yang aku telah alami

     Masa di tingkatan tiga juga aku dan dia selalu balik sama-sama.jalan sama-sama sampai kat depan kelapa.aku rasa seronok sangat.apabila keluar je dari kelas aku dengan dia pasti jalan sama-sama.mungkin masa tu dia tak tahu apa yang aku tengah rasakan dan aku berharap dia dapat rasa apa yang aku rasakan.aku dapat rasakan masa itu yang dia juga merasakan apa yang aku rasakan.tapi tidak dapat nak meluahkan.mungkin itu cuma perasaan aku.dan masa itu juga aku dapat tahu yang ada seseorang yang mengharapkan aku dalam diam.aku kenal dia dari tingkatan satu lagi.sampai sekarang dia masih sama kelas dengan aku.aku tidak tahu dia masih mengharapkan aku sampai sekarang ni.

     tingkatan tiga adalah zaman kegemilangan aku sebagai seorang (pengebom) sekolah.apabila gengster kelas 3C3 berkumpul.macam-macam belaku.kat kelas 3Cemerlang3 macam-macam perangan ada.kaki rokok,kaki ponteng,kaki gaduh,yang suka buat bising,yang suka buat lawak,yang suka kacau orang dan yang paling ganas aku,pengebom sekolah.apa yang menjadikan aku ini pelik adalah aku tidak pernah merokok.aku rasa rokok tu bukan apa-apa dalam hidup ini.sejahat-jahat aku kat sekolah akulah orang yang baik.aku tak suka orang merokok dekat dengan aku.mungkin selama aku bersekolah aku adalah orang yang sanagt gembira dan sangat sedih.itu adalah saat yang sangat menyeronokan aku berada di tingkatan tiga.kami melakukan apa yang kami suka buat.tiada erti takut dalam hati kami.macam-macam ada.ada satu masa tu kelas 3Cemerlang3 adalah kelas yang paling teruk.cikgu yang cakap masa kat perhimpunan.hahaha...

      kadangkala aku ni mengalahkan seorang perempuan.ada diary.tapi nak buat cam mana dah itu yang boleh aku lakukan untuk luahkan apa yang aku rasakan.jadi aku buat le buku diary ini.kat buku ni banyak lagi yang aku tulis tapi aku tak nak ceritakan panjang-panjang..tidak ada yang menyeronokan.semuanya saat aku bersedih,bersengketa dan kecewa.tidak ada yang perkara yang gembira.kat buku ni aku cuma tulis apa yang aku rasakan dan aku buat dalam bentuk puisi.sebab tu sekarang aku pandai buat ayat-ayat itu semua.aku belajar dari masa lalu.kalau boleh aku nak jadi seperti aku yang berada dalam buku diary ini.aku nak kembali kemasa lalu.mungkin buku diary ini aku akan buang seperti diary aku yang lalu.aku tak nak ingat dah masa yang lepas tetapi bagi aku masa yang lepas itu yang membuat aku sentiasa gembira..aku sudah buat pilihan aku.aku akan buang diary ini.aku nak jadikan diary ini menjadi sebuah diary yang hilang...

selamat tinggal diary....



   

Jumaat, 15 November 2013





Ya Allah...
Sesungguhnya kepada Mu saja aku berserah Ya Allah dan kepada Mu jua lah aku mencurahkan segala keluh kesah ku Ya Allah...aku hanya insan yang lemah Ya Allah..insan yang tak mampu nak menghadapi segala ujian yang Kau turunkan untuk aku Ya Allah...


Ya Allah...
Aku redha dengan segala ketentuan yang Kau tetapkan untuk aku Ya Allah...aku mohon kepada Mu Ya Allah...seandainyer benar lah si dia yang Kau ciptakan untuk aku Ya Allah...kau satukanlah hati kami Ya Allah...ikatkan lah hati kami dengan seutuhnyer Ya Allah..janganlah Kau datangkan musibah kepada hubungan kami ini Ya Allah kerana aku tahu yang aku tak mampu nak menghadapinyer...dan seandainya bukan si dia yang Kau ciptakan untuk aku Ya Allah...janganlah Kau hadirkan perasaan kasih dan sayang aku kepada si dia kerana aku takut untuk mengecewakan dia disaat aku berpaling dari dia Ya Allah...tetapi kini Kau telah hadirkan perasaan itu dalam hati aku tanpa aku sedar dan tanpa aku sedari jua aku telah menyayangi dan menyintai si dia dalam diam..kerana perasaan itu jugaklah sekarang ini aku menanggung akibatnya...kenapa Kau hadirkannya dalam hati aku Ya Allah....kenapa perlu si dia yang aku sayang Ya Allah...kenapa tidak pada orang lain yang perlu untuk aku labuhkan perasaan ini Ya Allah...kenapa harus si dia Ya Allah...


Ya Allah...
Dengarkanlah luahan hati hamba Mu ini Ya Allah...hamba Mu ini dalam kesakitan Ya Allah kerana menaggung perasaan kasih dan sayang kepada si dia yang belum tentu lagi akan menjadi milik aku Ya Allah...aku benci dengan perasaan ini Ya Allah...aku benci dimana aku perlu menyayangi dan menyintai si dia Ya Allah...aku tak nak semua ini terjadi kepada aku Ya Allah kerana aku tahu aku hamba Mu yang lemah...aku tak mampu untuk menghadapinyer Ya Allah...Ya Allah..sakitnya hati aku tika dan saat ini Ya Allah kerana mengepung perasaan itu dalam hati aku Ya Allah...bukan niat aku untuk menghalangnya keluar dari hati aku tetapi tak dah tak berdaya Ya Allah...aku dah tak berdaya nak membuangnya dari dalam diri aku ini...ianya seumpama sesuatu yang sentiasa melekat dalam diri aku ini Ya Allah...


Ya Allah...
Bantulah hamba Mu ini Ya Allah...bantulah aku untuk menghilang perasaan sakit ini Ya Allah...Kau buangkan lah perasaan yang Kau hadirkan dalam diri aku ini untuk si dia Ya Allah..buat tika dan saat ini aku tak mampu nak menghadapinya..Kau hadirkanlah ia nya kembali setelah wujudnya seseorang yang benar-benar Kau ciptakan untuk aku Ya Allah...macam mana sekalipun aku buat tetapi sekiranya dah tertulis yang si dia adalah untuk aku, aku tak mampu nak menghalangnyer...aku redha dengan ketentuan dari Mu Ya Allah....

Untuk seseorang yang aku harapkan dan yang aku sayang selama ini...


Love Is Nothing  

Khamis, 14 November 2013

aku kecewa



               Air mata ini khusus untuk mengalirkan semua tentang perasaan ini.bergitu mudah untuk mengalirkan air mata.saat aku tidak kuat lagi untuk melalui ini semua.aku akan mengalirkan air mata.malam ni aku tak tahu apa yang tengah aku rasakan.aku rasa sedih malam ni.satu-persatu dugaan yang datang.saat semua dugaaan ini datang aku akan sentiasa kuat.tapi malam ini aku rasa lemah.bersandar aku di ruang penulisan dan menggerakan jemari-jemari ku untuk menulis.saat jemari tergerak untuk meluahkan sesuatu pasti titisan air mata akan membasahi ruang kamar ku.aku merasakan aku tengah berlakon dalam cerita CINTA TIGA SEGI.aku yang menjadi watak utama dan aku yang menjadi korban dalam jalan ceritanya.orang lain mungkin tidak pernah rasa apa yang aku tengah rasa.orang lain lihat aku sentiasa gembira dan sentiasa gembira.tapi adakah mereka tahu di sebalik senyuman aku ini ada sesuatu yang tidak mungkin pernah terucap.cuma tersirat dalam kata-kata yang membisu.aku membuat orang lain gembira dengan sifat aku dan aku yang membuat diri ini bersedih dengan sifat aku sendiri.aku mudah berkata-kata tetapi aku tidak mudah nak meluahkan setiap kata yang aku kata.aku menyesal dengan semua ini.malam ni aku rasa diri aku ini bukan lagi diri aku.kosong!!!aku tak pernah merasakan semua ini.aku rasa macam nak lari dari semua masalah ini.nak buang dari kehidupan ini.semua tentang hidup ini.aku telah memberi harapan kepada seseorang walaupun aku tahu aku akan membuat hati seseorang terluka.aku telah mengharap kepada seseorang yang mana aku tahu aku akan membuat dua hati akan terluka.aku berasa bersalah atas yang berlaku ini.aku tidak tahu semua ini akan menjadi sebuah mimpi yang sangat menyedihkan.aku tiada niat nak lukakan hati sesiapa.tidak ada niat langsung.aku ingat semua yang aku buat ini adalah betul.tetapi hanya sebaliknya.aku berusaha untuk tabah.aku tahu bahawa seseorang yang telah menitiskan air mataku,kini menjadi pisau yang telah menitiskan darah dari hati ku.rintihan rindu itu yang telah menjadi darah yang mengalir untuk kesedihanku.semuanya menjadi sebuah khayalan untuk aku di malam yang dingin.hati ini tidak henti-henti mengeluarkan semua luahan hati yang sangat menyedihkan.jari-jemari ini tidak pernah lelah untuk penulis setiap apa yang perasaan ini ingin luahkan.adakalanya jasad ini tidak mampu untuk terus teguh duduk di hadapan ruang kekecewaan.di ruang yang sepi ini semua yang telah berlaku tercatat untuk masa yang akan berlalu.malam ini mata ini tidak henti-henti menitiskan air kesedihan saat mata ini meratapi setiap perkataan yang jari-jemari ini tuliskan."Disaat cinta mengajar aku erti kasih sayang,Disaat itu juga cinta mengajar aku erti sesebuah kekecewaan".mungkin titisan hujan yang turun malam ini adalah untuk menemani setiap titisan air mata ku ini.merasakan jiwa ini bertambah sedih.aku menangis!!!tidak seorangkpun di dunia ini inginkan kesedihan.termasuk diri aku.kerana sikap bodoh aku yang bertopengkan kegembiraan telah membuat aku bersedih.disaat aku berusaha ingin mencari kebahagiaan,disaat itu juga aku akan mendapat kesedihan..sekiranya jasad ini masih mampu teguh seperti biasa.mungkin masih banyah hati ini ingin luahkan untuk malam ini.tapi tak mampu.mata ini juga sudah tidak mampu untuk terus menitiskan setiap derai kesedihan yang aku alami.mungkin sampai disini sahaja yang mampu hati ini luahkan.TERIMA KASIH CINTA!!!!!



  1. Love Is Nothing  

Selasa, 12 November 2013



      aku biarkan luahan hati ini terluah di ruang ini     

walaupun ruang ini sentiasa sunyi  

aku biarkan bicara hati ini berbicara di ruang ini

walaupun ruang ini sentiasa membisu  

andai luahan dan bicara ini mampu mententeramkan hati ini  

biarkan ianya terus tercatat di sini 

walaupun untuk selamanya... 


  
Love Is Nothing  

Isnin, 11 November 2013



             kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?,menutup mata ketika menanggis?,menutup mata ketika kita membayangkan seseorang yang kita sayang.kenapa???itu kerana hal terindah yang berada di dunia ini tidak akan pernah terlihat.saat kita menemukan seseorang yang sentiasa membuat kita tersenyum dan gembira.dia membuat hati kita berasa lain.kita jatuh di sebuah sifat keanehan serupa yang dinamakan CINTA.saat itu ada satu hal yang kita tidak ingin lepaskan.ada seseorang yang kita tidak ingin tinggalkan.walaupun kita tahu,melepaskan bukan akhir dari dunia,melainkan awal sesuatu kehidupan seseorang.saat itu kita merasakan diri ini kosong.merindui seseorang yang kita tidak tahu siapa orang itu.

      Kadangkala kita lupa,kebahagiaan adalah untuk mereka yang menanggis,mereka yang tersakiti,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencoba.kerana MEREKALAH yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.ingatlah,cinta yang agung adalah ketika kita menetiskan air mata dan saat itu kita masih perduli tentangnya.adakalanya,ketika dia tidak memperdulikan kita dan kita masih menunggunya dengan setia.ketika dia mula mencintai orang lain dan kita masih dapat tersenyum.bertapa kuatnya kita masih setia terhadap dirinya.apabila cinta tidak terbalas.kita merasakan kita ingin bebas dari diri dia.kita membiarkan hati kita kembali terluka dan kita melebarkan sayap kita untuk terbang jauh dari dia.kita ingat bahawa kita mungkin menemukan cinta dan kehilangan.tetapi kita membiarkan diri ini mati bersama cinta yang tidak kesampaian.kita sanggup mati bersama CINTA.walaupun diri kita sudah sekian lama menunggu..kita masih tidak dapat menerima kehilangan cinta.tetapi kita sanggup mati kerana cinta yang buta dan bodoh....



Love Is Nothing   

Sabtu, 9 November 2013



           Dalam hidup ini kita pasti pernah menunggu dan mengharap kepada sesuatu.kita juga pasti pernah merasakan sakit kerana menunggu.tapi,apakah kita pernah terfikir kenapa kita melakukan itu semua.kenapa kita sanggup menunggu.kenapa kita sanggup merasakan semua kesakitan itu padahal kita tahu itu semua tidak mungkin kita miliki.adakah kita pernah terfikir dalam fikiran kita!!!tidak pernah terfikir langsung!!!kita terlalu sibuk melayan semua perasaan itu.sampaikan hati kita disakiti,dilukai dan dikecawakanpun kita tidak pernah tahu.kita masih sanggup lagi mununggu walaupun sampai bila-bila.kita merasakan dia adalah seseorang yang pernah hadir dan memberi sebuah kegembiraan dalam hidup kita.tapi adakah kita pernah gembira dengan semua itu.kita terlalu bodoh dan buta.kita tak nampak apa yang tengah berlaku dalam hidup kita.untuk apa kita lakukan itu semua!!untuk apa!!ya..kita melakukan itu semua kerana kita terlalu sayang kepada dia.terlalu mencintai dia.kerana itu semua,kita tidak pernah merasakan kesakitan apabila menunggu.kita juga tidak tahu apa sebab kita mencintai dia.kita tidak tahu apa kekurangan dia dan apa kelebihan dia.sebab itu kita dianggap buta dan bodoh kerana cinta.kita tidak tahu itu semua.Dan cinta yang kekal selamanya adalah cinta kerana Allah.bukan cinta kerana nafsu dan kecantikan.kecantikan itu tidak akan kekal selama-lamanya.seperti Allah menciptakan pelangi.hanya akan indah buat sementara dan perlahan-perlahan akan hilang buat selamanya.jika ada pun mungkin tidak akan sama seperti yang dulu.jangan jadi bodoh kerana cinta.jangan jadi buta kerana cinta...



Love Is Nothing  

  

Jumaat, 8 November 2013



              Masa akan sentiasa berputar selagi kita masih merasa kehidupan.selagi kita merasakan kesenangan,kesusahan dan kesakitan.masa ini tiada titik permulaan dan titik penamat.bila ianya bermula dan bila ianya berhenti.saat kita merasakan kesakitan dan kita berharap agar kembali ke masa sebelum ini.masa akan tetap tidak akan pernah kembali.itulah kehidupan.kita merasakan dunia ini tidak adil.kenapa kita disakiti disaat kita mahu mencari sesuatu yang kita inginkan.kenapa kita di kecewakan saat kita sudah mendapat sedikit kebahagiaan daripada apa yang kita inginkan.kenapa kita ditinggalkan saat kita sudah menaruh sepenuh harapan kepada apa yang kita inginkan.kenapa!!!!kenapa!!!kenapa!!!..itulah yang telah aku rasakan.sakit kerana terlalu lama mengharap.sakit kerana dikecewakan.sakit apabila diri ini seperti sudah tidak wujud dalam diri seseorang.di buang ke kawasan yang sangat berduri dan duri itulah yang telah memberi aku kesakitan.duri itu yang telah meninggalkan luka-luka yang sangat mendalam.sakit sangat rasanya..aku merasakan diri ini adalah sebuah puisi.menulis dan melontarkan kata-kata indah yang adakalanya aku sendiri tidak faham apa yang aku lontarkan.Kini,perjalanan hidup aku hanya dihabiskan untuk menulis kata-kata pujangga.aku tidak dapat nak berkata-kata.tetapi aku menggunakan penulisan aku untuk berkata-kata apa yang aku tengah aku rasakan.hanya itu yang aku mampu lakukan.aku mencari apa yang aku sendiri tidak tahu apa yang aku cari.adakah aku mencari cinta,adakah aku mencari ketenangan,adakah aku mencari kebahagiaan dan apakah aku mencari kesedihan atau kesakitan.aku masih mencari semua itu...




Love Is Nothing    

Jumaat, 1 November 2013

apa itu makna sebuah kebahagiaan...




              Kenapa!!!kenapa!!!kenapa ini semua terjadi kepada diri aku.aku tak dapat nak tipu semua perasaan aku sendiri.aku tak dapat..disaat aku ingin menghapuskan semua perasaan ini.semakin besar juga perasaan rindu ini datang..apakah aku yang bersalah.merahsiakan ini semua.apa yang harus aku lakukan untuk menghadapi ini semua.sejujurnya aku tidak mampu.

             Maafkan aku kerana tidak dapat nak menyimpan perasaan ini.maafkan aku kerana harus mengungkapkan perasaan ini.adakalanya lega di hati ini. kerana sudah jujur tentang hati ini.walaupun aku tahu kita tidak akan dapat bersama.tapi setidaknya kamu tahu tentang perasaan ini.mungkin aku tidak sanggup menjalani hidup ini.

            kini, disaat aku sudah mula menghilangkan rasa sakit dihati ini.menghilangkan perasaan rindu ini buat sementara.kenapa semuanya kembali lagi kepada diriku.kenapa!!!kenapa!!!.aku tak tahu kenapa.kenapa disaat aku ingin berjuang untuk masa depan aku semua perkara ini terjadi kembali.semua perkara ni buat aku pening.serabut seluruh kepala otak aku ni.serabut tahu tak!!!aku tidak minta pun supaya ini semua berlaku.tidak pernah..aku mahu tumpukan kepada perjuangan aku ini.

             Perkara yang selama ini yang aku takutkan sudahpun muncul dalam hidupku.muncul saat aku telah dapat keyakinan untuk menjalani hidup ini.mungkin ini jalan yang harus aku tempoh.rahsiaku kini menjadi mimpi aku sendiri.tak dapat aku bayangkan apa yang akan berlaku nanti.tidak dapat aku bayangkan.apa yang harus aku lakukan pun aku tidak tahu.aku hanya tersenyum dan menyendiri di semua orang.

           Ya Allah!!!tolonglah aku ini.apa yang harus aku lakukan dan aku buat sekarang ini.sejujurnya aku tidak sanggup seperti ini.aku tidak mampu seperti ini.walaupun aku tahu semua yang aku lakukan ini semua salah.


Love Is Nothing

Rabu, 30 Oktober 2013

apa yang aku rasakan




Love Is Nothing



             Hari ini aku tak tahu kenapa air mata ini nak mengalir jatuh.aku tak tahu kenapa.rasa macam rindu kat seseorang.tapi adakah seseorang itu rindu kat aku.aku tak tahu.tapi sejujurnya aku sangat rindukan dia.rindu sangat-sangat.tapi tak tahu nak ungkapkan rindu ini macam mana.aku rasakan macam serba salah.bersalah terhadap diri dia.aku tahu perkara ini telahpun berlaku.setiap waktu aku ingatkan diri dia.sampaikan aku merasakan dia hadir dalam mimpi aku untuk menemani aku.tapi itu hanya mimpi aku saja.ya...hanya mimpi..membuat diri aku semakin terluka.kini aku hanya bertepuk sebelah tangan.tiada hasil tiada kesudahan.

           saat aku terlena tidur.bayangan diri dia sering saja muncul dalam mimpi ku.tetapi apabila aku membuka mataku.ternyata diri dia tak ada di dekat ku.bergitulah seterusnya.aku membuka mataku di alam kehidupan aku yang sebenar.diri dia masih tidak ada disampingku.haruskah diri aku terpejam untuk selamanya agar aku dapat melihatmu walaupun aku hanya melihatmu hanya sementara.

          selama aku hidup.aku tidak takut untuk kehilangan diri dia.tetapi aku takut aku tidak dapat membuka mataku sebelum sempat melihat diri dia untuk selamanya.tapi jika aku tidak mampu melihat diri diapun aku redha.sekiranya aku lebih pandai,aku lebih memilih untuk tidak mengenali diri dia daripada memilih untuk melupakan diri dia.haruskah aku berharap pada yang tidak ada jawapannya.di dalam mimipi ku dia adalah milik ku.tapi dunia nyata kamu bukan milik ku.mungkinkah aku harus bermimpi untuk terus memiliki diri dia.

          aku berharap suatu hari nanti diri dia akan merasakan kehilangan ku.tapi,atu mungkin satu mimpi.itu semua tidak akan pernah terjadi.tiada dalam diri ini untuk kehilangan.

          jika suatu hari nanti aku ditulis untuk pergi jauh dari hidupmu,aku akan pergi dengan sejuta rasa sakit hati.sebelum aku pergi aku mahu ucapakan terima kasih atas segala air mata ini,kekecewaan ini,sakit ini dan rindu-rindu ini.maaf kerana aku telah hadir secara tiba-tiba tanpa salam dan telah menunggu dirimu.Maafkan diri aku...


Love Is Nothing    

Selasa, 22 Oktober 2013



ya Allah 
sekiranya ini akan terjadi dalam
hidup aku
aku redha dan aku terima  
semua ini dengan hati yang lapang
sekiranya memang benar cinta dia 
bukan lagi untuk aku
aku redha

Ya Allah
berikanlah anugerah terindah mu ini 
kepada yang berhak dan layak 
untuk dia cintai

Ya Allah
lindunggilah dia dengan rahmat mu
jauhkanlah dia daripada kejahatan
jagalah hati dia dengan kasih sayang mu
satukanlah dia dengan orang yang 
akan membimbing dia ke jalan mu

Ya Allah 
sekiranya engkau tidak mencatatkan 
aku bersama dengan dia
engkau buangkanlah rasa rindu dan sayang 
ini terhadap diri dia
sekiranya engkau telah catatkan aku bersama dia 
engkau satukanlah hati kami
walaupun bukan untuk masa ini

Ya Allah
Engkau pimpinlah dia semasa menjalani SPM nanti
mudahkanlah dia 

amin yarabilalamin.....

Sabtu, 19 Oktober 2013

Selasa, 15 Oktober 2013




           Hati ini menanggis saat aku teringatkan dia.namun tiada siapa yang dapat merasakan.cinta ini memang sakit.apakah aku mampu bertahan melalui ini semua.adakah aku mampu mengharungi segala dugaan yang mendatang.aku menanti sebuah jawapan yang tidak pernah terungkai.aku tidak kuat seperti orang lain.aku lemah.aku juga punya perasaan..aku juga punya hati yang dapat merasakan kesakitan.tetapi aku tahan sahaja kesakitan ini.


      Memang aku tidak mampu untuk terus kuat.tetapidengan apa yang telah berlaku dalam diri ini membuat aku untuk terus kuat.
kesakitan ini memberi aku sedikit kekuatan.apakah aku harus pasrah dan mengalah dengan apa yang telah berlaku.aku harus berjalan sendiri.aku tidak mampu.aku terlalu turutkan kata hati kerana aku amat mencintai dia.aku menanti dan terus menanti.aku tidak tahu adakah akhirnya aku akan gembira atau aku akan dikecewakan oleh mimpi aku sendiri.

      aku tidak tahu apakah kesudahan cerita aku ini.masih menjadi sebuah cerita yang tiada kesudahan.aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan.aku harus memilih jalan yang mana satu.mungkin aku akan terus menanti jalan ini untuk selamanya.

      aku masih mencari penyelesaian untuk diri aku sendiri.penyelesaian untuk perasaan yang tengah aku rasakan.aku berlawan dengan perasaan aku sendiri.yang akhirnya aku telah ditewaskan oleh perasaan aku sendiri.

               kenapa aku harus merasakan sakitnya sebuah cinta.selalunya cinta itu memberi seseorang itu kebahagiaan.tetapi kenapa cinta ini memberi aku  kesakitan.seperti menyusuk kedalam kalbu.sakit yang aku rasakan.sukar untuk aku ungkapkan rasa sakit ini.selepas kehadiran aku tidak di perdulikan.aku bahagia dan kadang kala kecewa.kenapa harus aku menanggis???aku jadikan air mata ini sebagai peneman saat aku kesunyian.

      aku tidak mampu untuk terus menulis..aku sedih.hari ini aku rasa sangat memerlukan dia untuk menemani aku.aku tidak mampu.kenapa aku yang harus menerima ini.."Dalam hidup ini kadangkala kita harus ingat kepada masa yang lepas..masa lepas itulah yang memberi kita kegembiraan..dan kadangkala kita harus melupakan masa lalu sekiranya masa lalu sentiasa membuat kita bersedih"..aku memilih untuk ingat kepada masa lalu yang memberi aku kegembiraan.aku gembira saat ini kerana aku ada masa lalu yang dapat memberi aku peluang untuk terus gembira..

aku sangat rindu 
kepada diri kamu
aku gembira mengenali diri kamu
tidak ada niat untuk 
aku melupakan diri kamu
percayalah aku jujur
untuk diri kamu yang 
semakin hilang dalam diri ini
aku sentiasa setia
tolong jangan tinggalkan diri ini
aku lelah untuk menanggung semua ini
percayalah awak!!!!

Love Is Nothing

Khamis, 10 Oktober 2013



                  kini aku tahu..dirimu sudah jauh dari hidupku..aku terima semua ini.ye!!!aku akan terima ini semua sekiranya dirimu memang mahu pergi dari hidupku..aku tidak dapat menghalang..mungkin untuk memandang diriku pun sudah tidak mampu.aku tulis warkah ini disaat aku dalam kesedihan.saat dirimu sudah mahu pergi dari hidup ku.mungkin mencintai mu adalah sebuah mimpi yang tidak akan tercapai..

                  saat ini aku tahu.aku tahu kamu dah tidak seperti dahulu lagi.sekiranya kamu tahu,aku sangat menyukaimu.Nak tahu tak???aku selalu berharap supaya kamu akan selalu dekat bersama aku.kamu akan dapat aku miliki.aku mahu mencintaimu setulus hati aku.kini apa yang terjadi hanyalah mimpi.hanya mimpi kosong untuk aku mencintai kamu.

                  Aku tidak akan menyalahkan takdir.aku tidak akan menyalahkan Allah kerana tidak mengabulkan doa aku..aku juga tidak akan menyalahkan diri kamu atas apa yang telah berlaku.mungkin aku yang salah.salah kerana terlalu mengharapkan diri kamu.Namun,aku terlalu berpikir bahawa diri kamu juga mencintai diri aku.Nak tahu tak kenapa???aku selalu melihat gerak-geri diri kamu.disaat kita berselisih.disaat kamu memandang aku.cara kamu menegur diri aku.aku dapat rasakan.Tapi entahlah,mungkin itu hanya angan aku yang terlalu mengharapkan diri kamu.

                Selama 4 tahun lamanya aku menanti..4 tahun aku mencari saat yang sesuai untuk aku meluahkan semua itu.menunggu sebuah kata terucap dari mulut ini.tapi aku tak mampu.membuang masa untuk mengharapkan sesuatu hal yang tidak pantas untuk aku harapkan.mimpi yang selalu hadir dalam tidurku.aku selalu mimpi akan diri kamu.kadang kala,mimpi itu hadir umpama diri kamu menjadi milik aku.setelah aku tersedar dari mimpi itu.aku terasa sakit.sakit sangat.tak mampu untuk aku menanggung semua itu.bagaimana tak sakitnya,apabila yang aku mimpikan itu hanyalah sebuah mimpi.mimpi ini yang telah membuat aku gembira dan membuat aku merasakan kesakitan.padahal mimpi dalam tidur dapat menjadi ubat kepada rasa sakit rindu dalam jangka masa yang panjang.

                Walaupun kata sudah terungkap.tapi kenapa menjadi sebaliknya!!!kita sudah jarang bertemu.kamu seperti mahu pergi jauh dari diri aku.kamu menghilangkan diri saat kita berselisih.apa tak cukup dengan apa yang telah aku lalui selama ini!kini kamu mahu menjauh dariku.kita seperti dua orang yang tidak pernah saling kenal.apa kamu telah menghapuskan aku dari hidupmu.tapi kenapa??tolong beri aku jawapannya supaya aku dapat mengerti apa yang ada dalam diri kamu.sebenarnya bukan ini yang aku mahu selama ini.ditinggalkan oleh orang yang aku sayang.aku tidak mahu kamu pergi..saya masih menyayanggi dirimu..jangan pergi dari hidupku..



Love Is Nothing   

Isnin, 16 September 2013



          mungkin penantian itu satu penyeksaan..dan mungkin penantian itu adalah satu kegembiraan buat seseorang penanti.kerana sebuah penantian.aku menjadi seorang yang tidak tahu siapa aku yang sebenarnya.adakah aku gembira untuk diri aku sendiri ataupun aku gembira untuk diri orang lain.aku tidak tahu.penantian aku membina sebuah mimpi yang tidak akan menjadi sebuah realiti.kadangkala aku merasakan penantian itu membuat aku untuk terus mengalirkan air mata.aku sendiri tidak mampu untuk menahan air mata ini.kerana aku merasakan air mata ini mungkin dapat memberi aku sedikit kebahagiaan.aku hanya manusia biasa.hanya mampu berserah kepada takdir.

         selama 4 tahun aku menanti.mungkin bukan waktu yang singkat untuk sebuah penantian.itu mungkin waktu yang sangat menyakitkan dan menyedihkan.kadangkala aku sendiri tidak merasakan waktu itu berlalu.seperti waktu berlalu bergitu pantas meninggalkan aku sendiri di belakang.menanti sesuatu yang aku tidak tahu bila akan aku miliki.penantian aku adalah untuk lima huruf.kerana lima huruf itu aku menjadi bergini.terseksa...lima huruf itu adalah C-I-N-T-A..kerana cinta aku masih setia menjadi seorang penunggu yang tidak pernah kenal erti sebuah kebahagiaan.



        4 tahun aku hanya mampu melihat dia dari jarak yang jauh.mendekati diri dia pun aku tidak mampu.apatah lagi ingin aku mencintai diri dia.aku membiarkan diri ini menjadi bergini supaya aku kenal apa itu erti sebuah penantian.penantian ini kadangkala bagai membelenggu diri ini.4 tahun aku merasakan diri ini kosong tanpa sesiapa.hanya sepi yang menemani diri ini..hanya sepi....



        

        aku tidak mampu untuk melupakan diri dia.hanya dia yang mampu mengambil hati ini.hanya dia...ternyata sangat sukar untuk aku mencari harapan yang baru.harapan yang sentiasa membuat aku gembira.setiap malam aku akan mengalirkan air mata.memikirkan diri aku tanpa dia suatu hari nanti.menanggis menahan segala rindu yang aku alami ini.mampukah aku tersenyum tanpa dia.ternyata aku tidak mampu.aku tak boleh.



        

                   kenapa dengan diriku ini.kenapa aku bodoh sangat..kenapa aku terus menanti.kenapa aku masih menanti sebuah cinta yang entah saat bila akan aku miliki.aku tak tahu adakah cinta itu milik aku atau sebaliknya.menanti sebuah cinta yang tidak tahu akan menjemput diri ini ke arah kebahagiaan.di mana silap yang telah aku lakukan.aku hanya inginkan kebahagiaan bukan kesedihan.

                 saat itu cinta aku tidak pernah terucap.kerana aku tahu itu hanya sebuah mimpi.cinta aku itu juga sangat menyakitkan..ya..sangat menyakitkan diri ini.sampaikan satu saat aku merasakan sudah tidak mampu lagi.mungkin kerana seorang sahabat aku terus menanti dia.kerana seorang sahabat aku terus setia untuk mencintai diri dia.memberi aku sebuah harapan supaya aku tidak pernah berhenti.

       



                  aku hanya mampu duduk termenung sendiri.aku memandang ke langit.melihat kelipan bintang yang menerangi malam.aku terfikir..bagaimana jika semua bintang-bintang ini hilang.tidak lagi mampu bekelip seperti kebiasaannya.mungkin dunia ini akan gelap tanpa kelipan bintang.tidak mungkin bintang-bintang ini akan berhenti berkelip..bintang-bintang ini akan tetap setia menemani sang malam.mungkin jika aku mampu mengambil bintang-bintang itu.hati aku mungkin akan sentiasa terang seperti malam yang ditemani bintang.aku tahu dalam hati ini telah ada sebuah bintang yang amat terang tetapi bintang ini tidak pernah nak menyinar.mungkin aku sendiri yang tidak membenarkan bintang di hatiku ini untuk menyinar dikala aku kesepian.



        diri dia ibarat hanya bayangan.sekejap ada dan sekejap hilang ditiup oleh angin kerinduan.kadangkala aku merasakan dia dekat bersama aku.tetapi hakikatnya dia semakin jauh dari aku.dia mungkin bayangan takala aku dalam kerinduan.disetiap malam bayangan dia akan menemani aku.disetiap mimpi tidurku dia akan muncul menemani aku.




                 sendiri aku berjalan.selangkah demi selangkah aku berjalan.sampaikan suatu masa aku terasa sangat letih sudah nak berjalan.aku berasa lelah untuk menunggu.aku teruskan penantian aku itu.aku tidak akan pernah menyerah mendapatkan apa yang aku mahukan.aku menunggu dan terus menunggu dan tetap terus sabar menunggu.hanya itu yang boleh aku lakukan..
                 

       
       aku rasakan penantian aku mungkin akan berakhir.terhibur aku sendiri menanti semua ini.gembira...hanya itu yang terbayang dalam fikiran aku.semua penantian aku mungkin akan menjadi sebuah realiti.tak sia-sia semua penantian aku selama in.aku gembira sangat.terima kasih untuk semua ini.tak pernah aku bayangkan semua ini.saat itu aku berharap supaya aku sentiasa berada dekat di sisi dia.bahagianya aku dapat mencintai dia.aku mungkin tidak ada cerita indah yang boleh aku ceritakan dalam hidup aku.

                           


                     lama-kelamaan....aku merasakan diri dia semakin jauh dari diri ini.saat itu aku merasakan perasaan yang sama sebelum aku menemui kegembiraan itu.semua yang aku harapkan tidak pernah menjadi kenyataan.dia semakin jauh.kenapa dia semakin jauh!!!aku tak mampu..semua yang aku rasakan sebelum ini berulang kembali kepada aku.kesedihan,kerinduan,tanggisan dan kesepian.semua itu kembali menghantui aku.kenapa aku tak mampu nak bahagia seperti orang lain.kenapa ini semua terjadi terhadap diri aku.kenapa aku yang harus menanggung segala ini.kenapa???kenapa???kenapa???....



                      mungkin saat ini dia tidak pernah tahu betapa aku merindui diri dia.ya..dia tidak akan pernah tahu.mungkin semua orang tidak akan pernah faham apa yang telah aku rasakan.aku hanya mampu melihat setiap gambar2 dia..setiap status dia di facebook dia.walaupun kadangkala status itu selalu membuat aku sentiasa bersedih.sentiasa membuat aku bersalah atas semua yang telah berlaku ke atas diri dia.emmm...hanya itu yang mampu aku lakukan untuk menghapuskan segala rindu di dalam diri ini.saat aku merindui diri dia,aku akan menulis sesuatu.sesuatu yang dapat menghapus rindu ini.walaupun hanya untuk sementara.



                     adakah aku harus membiarkan air mata in mengalir setiap malam.mungkin aku kuat untuk melalui ini.tetapi sampai bila aku mampu.adalah selama-lamanya aku mampu melalui semua ini.tidak mungkin.tak mungkin dapat aku lalui semua ini.4 tahun sudah memberi aku banyak dugaan.pelbagai cabaran..
       
        setiap masa,lagu-lagu rindu menemani ku.tiada apa yang dapat aku rasa melainkan gambaran hidup mu.lagu-lagu ini yang membuatkan lagi aku merindui dia.nak tahu kenapa bila aku rindu dia aku suka dengar lagu???lagu ni dapat membuat aku lebih mengerti sebuah kerinduan.walaupun aku tidak pernah nak sempurnakan hidup dia tetapi aku akan berusaha nanti.



         aku mungkin tidak seperti orang lain.aku tidak mampu nak jadi seperti orang lain.biar aku jadi diri aku sendiri.bukan mudah nak menjadi seperti lain.aku tidak berani nak call,,masej,,nak tanya khabar sihat ke tidak..aku tak mampu lakukan semua itu.aku tak tahu kenapa..aku binggung dengan semua ini.jika aku nak call dan masej dia pun aku nak sembang apa kepada dia.walaupun kadangkala aku nak sangat masej dia..bukan bermakna aku hendak melupakan dia tetapi aku tidak mampu untuk melakukan semua itu.maafkan aku..maaf sangat-sangat..



         mungkin belum masanya untuk aku mencintai dia dia.walaupun kata cinta itu telah aku ucapan kepada dia.biar kata itu menjadi sebuah rahsia antara aku dan dia.aku masih belum bersedia lagi.ini mungkin salah aku kerana mengucapkan kata cinta kepada dia.aku terlalu mengikutkan perasaan.perjalanan aku masih jauh.perjalanan diapun masih jauh.masih banyak lagi yang harus aku pelajari dalam hidup ini.diri ini masih kosong.harap-harap dia boleh terima semua ini.aku masih menyayanggi diri dia.bukan mudah untuk aku melupakan dia.



         sebagai manusia biasa aku hanya mampu merancang.tetapi Allah yang akan menentukan mengikut kehendak Dia.Dia akan memberi yang terbaik untuk kita.Dia yang memberi yang sempurna untuk kita.aku menanti pagi-pagi yang indah.berharap supaya ada sebuah kegembiraan yang muncul.aku menanti matahari terbit untuk memberi cahaya baru untuk menyinari jalan-jalanku.

         

         
        jika suatu hari nanti hati ini tidak dapat bersatu.aku redha.aku akan menerima dengan hati yang tenang.apa yang boleh aku lakukan untuk menghalang ini semua.tiada apa..hanya berserah.walaupun aku tahu kesedihan akan muncul.tapi apa yang aku mahu lihat adalah melihat diri dia bahagia.hanya itu yang aku minta.tiada lagi kesedihan yang membelenggu diri dia.biar diri aku sahaja yang merasakan semua itu.



                  tetapi buat masa ini aku sangat merindui diri dia.tidak dapat aku ucapan dengan kata-kata.terselit sebuah kerinduan.
aku mahu dia tahu bahawa menunggu dan menanti diri dia bukan sesuatu hal yang mudah bagiku.aku memerlukan kekuatan. 


penantian itu sangat menyakitkan!!!!!
aku terpaksa menunggu diri dia!!!!!


aku akan tetap menunggu diri kamu
menunggu dan terus menunggu!!!!


                   mungkin suatu hari nanti..walaupun seketika.aku berharap supaya dia dapat melukis sebuah cerita yang indah dalam hidup aku.aku tahu itu mungkin sesuatu yang sukar untuk aku rasakan dalam diri ini.aku mahu melukis sedikit cerita yang dapat memberi aku kebahagiaan.tak kan selamanya aku ingin melukis cerita yang sedih dalam diri ini.



       dia telah membuat hati ini menjadi kuat.tapi mungkin dia juga akan membuat hati ini menjadi lemah kembali di saat dia pergi.hati aku mungkin akan menjadi rosak kerana dia telah meninggalkan aku sendiri di sini.

    
saya rindu awak sangat-sangat..
mungkin awak tidak pernah merasakan ini..
tetapi aku sentiasa merasakan ini..
saya berharap awak juga merindui diri saya..
jangan pergi dari saya awak..
saya perlukan awak saat ini..
saya harap awak dapat memahami 
semua isi hati ini..
AWAK!!!!   
         
SAYA!!!!   
   RINDU!!!      
AWAK!!!!   
Love Is Nothing
ashraf96_lin@yahoo.com