KITA


Rabu, 31 Julai 2013


demi waktu yang telah berlalu 
memberi aku sedikit air mata 
memberi aku sebuah kata 
inikah derita seorang perindu 
berjalan sendiri 
membawa hati yang luka 
terhenti ketika berduka 
mengalirkan air mata kerinduan 
selagi aku masih mengenal cinta 
aku akan merindui 
walaupun aku dipisahkan 
namun engkau tetap aku rindui





disebalik diri ini 
ada sebuah kerinduan 
disebalik senyuman ini 
ada sebuah kesakitan 
disebalik kegembiraan ini 
ada sebuah pengharapan 
aku telah letih untuk berlari 
aku telah letih untuk mencari cinta 
namun hari ini aku 
masih dapat tersenyum 
kerana aku percaya 
aku mampu untuk memiliki 
walaupun hanya seorang sahabat 
rindu yang telah mengisi hari-hariku 
menemani aku disaat 
aku suka dan duka 
hati ini memilih untuk sentiasa 
ada disamping mu



menitiskan air mata 
menanti rindu yang tidak kesampaian 
berjalan mengikut sang hati 
dilukai dan disakiti 
melupakan sesuatu yang sudah pasti 
hari ini berlalu dengan sendiri 
esok tiada yang pasti 
sengsara dan merana 
menemani dalam tidurku 
hanyalah mimpi sang cinta luka 
berharap esok semakin indah 
bersama-sama dengan sang kekasih 
yang ada disampingku 
yang hilang dalam kegelapan 
malam yang penuh dengan kekesalan



Selasa, 30 Julai 2013

love is nothing




seandainya esok diri ini sudah tiada 
andai esok nafasku berhenti 
ingatlah saat diri ini mengenali diri mu 
sekiranya suatu hari nanti nada ini berhenti 
maafkan diri ini seandainya 
diri ini pernah menyakiti dirimu 
jika diri ini sudah tiada dari pandanganmu 
diri ini ingin kamu tahu 
bahawa diri ini gembira mengenalimu 
diri ini gembira merinduimu 
walaupun diri ini menanggis

Isnin, 29 Julai 2013



 Dalam hidup ini aku sentiasa
 belajar tentang kekurangan diri
aku belajar untuk mencintai
belajar untuk melupakan
belajar untuk menerima kenyataan
untuk
 hidup aku saat ini aku belajar
 untuk menghargai sebuah
 kehidupan dan bertahan untuk hidup 
aku tidak akan menyerah kalah 
untuk hidup

Sabtu, 27 Julai 2013


             Walaupun dalam dunia aku sama sekali masih tidak tahu siapa jodohku.tetapi aku berharap dia adalah jodohku.aku berharap semoga Allah memberi aku semangat untuk membuat harapan itu menjadi kenyataan.bukan lagi angan-angan yang tiada penyudah.cinta kadangkala memang boleh membuat aku sentiasa menunggu bergitu lamanya.tapi aku juga harus mencintai supaya aku tidak terus menanggis.aku juga sedar bahawa suatu hari nanti dia akan pergi dari hidupku.disaat itu tiada apa yang mampu aku katakan.aku cuma mampu menanggis dalam senyuman,ketawa dalam kepedihan.disaat itu juga aku harus mencuba untuk tidak menyalahkan takdir semata-mata.dengan melalui masa dan waktu aku akan terus berjalan mencari apa yang akan membuat aku kembali tersenyum seperti dahulu.meskipun seluruh tubuhku akan hanyut dibawa oleh air mata.jiwa aku akan terbang keawangan tiada arah tuju.
   

Sabtu, 20 Julai 2013



               jika kehadiran cinta itu hanya untuk sementara.lebih baik cinta itu tidak perlu datang dalam hidup ini.jika kehadiran cinta itu hanya untuk membuat aku bersedih.lebih baik aku tidak pernah mengenal apa itu cinta.jika aku tahu rindu itu adalah bahagia lebih baik aku merindui daripada aku mencintai.kenapa cinta itu perlu hadir dalam hidup aku walaupun aku sudah tiada lagi cinta dalam diri ini???kenapa cinta itu perlu dimiliki padahal cinta itu yang membuat aku selalu disakiti.untuk seseorang yang telah aku cintai!!!!setiap saat telah aku lalui.tidak pernah aku mencuba untuk melupakan dirimu.tidak pernah ada dalam diri ini untuk menyakiti diri kamu.sekian lama aku mencuba untuk selalu disamping mu.kadangkala aku merasakan diri kamu dekat bersama ku tetapi ternyata diri mu semakin jauh dari hidupku.aku rindu dengan kehidupan yang lalu.hidup aku tidak seperti duhulu lagi.kini ku hanya dapat sendiri walaupun aku sudah ada diri mu.sepi ini seperti membunuh hidup ku.kadang-kadang aku mencuba untuk menutup mata ini supaya aku dapat berhenti melihat diri kamu.aku mencuba untuk lari dari hidup kamu.aku mencuba segala-galanya untuk membuang semua rindu ini.tetapi apabila aku mencuba untuk melakukan semua itu aku selalu menanggis.aku tidak mampu untuk melupakan mu.Dalam hidup ini aku terlalu banyak berkata-kata.sampaikan dengan kata-kata ini aku telah membuat orang lain terluka.seandainya dengan kata-kata ini telah membuat kamu terluka.aku akan mencuba untuk tidak lagi berkata-kata.jika dengan hati ini aku pernah mencintai diri mu.aku akan mencuba untuk menjaga hati ini elok-elok.seharusnya diri mu tahu bahawa tiada seorangpun yang pernah aku harapankan selain diri kamu.tiada seorangpun yang aku pernah rindui selain diri kamu.


           Dalam hidup ini aku telah membuat satu kesilapan yang sangat besar dalam hidup ini.aku telah memberi harapan kepada seseorang yang belum pasti akan aku miliki sampai bila-bila.walaupun aku tahu bahawa suatu hari nanti aku akan membuat hati seseorang terluka dan bersedih.aku juga telah mengharapkan cinta seseorang yang telah aku nantikan sekian
lamanya.walaupun aku tahu bahawa suatu hari nanti aku akan terluka sendiri apabila cinta yang aku harapkan selama ini tidak terbalas.aku juga telah membuat hati seseorang yang aku harapkan selama ini terluka disaat aku tahu bahawa aku masih belum mampu untuk memberi sepenuh cinta aku kepada dia.disebalik penderitaan aku selama ini.aku telah membiarkan cinta yang tulus mencintai aku terus mengharap kepada diri ini.aku tidak mahu dia terus-menerus mengharapkan diri ini yang ternyata telah melupakan dia.aku terperangkap dalam dunia yang sentiasa memberi aku dua pilihan iaitu mencinti seseorang yang tulus mencintai aku atau mencintai seseorang yang aku cintai selama ini dan cinta yang aku harapkan selama ini telahpun aku miliki..


Jumaat, 19 Julai 2013

Sesungguhnya yang mendatangkan rasa cinta ini, yang mendatangkan rasa kagum ini, yang memekarkan hati ini adalah dari-Nya. Sungguh aku hanya dapat menerimanya. Aku hanya dapat pasrah tertegun tak dapat untuk mengelak atas perasaan ini padamu.

Terpegun dalam keindahan akhlakmu. Terpegun dalam manisnya lisanmu. Terpegun dalam tenangnya pandanganmu. Dan terpegun pula dalam kesejukan nasihatmu. Semua begitu sempurna, sungguh sempurna.

Aku yang mengagumimu dalam diam. Utuh tak tersentuh. Seperti matahari yang menbuat  bunga-bunga mekar. Tak pernah menyentuh namun cintanya terasa bagai kuntum-kuntum bunga yang sedang mekar itu.

Karana aku mengagumi maka izinkan aku tak mengusik khusyunya ibadahmu. Izinkan aku tak mengusik ketenangan hatimu. Tak mengapa aku tak bertegur sapa denganmu. Cukuplah bagiku menyapamu dalam doa-doaku.

Cukuplah bagiku tersenyum melihatmu bahagia. Cukuplah bagiku menyebut namamu dalam hamparan sajadahku.

Aku yang tersentuh akhlak muliamu, aku yang kagum dengan sikapmu, mencintaimu dalam diam mungkin lebih baik bagi diriku dan dirimu. Lebih mulia bagi perasaanku dan perasanmu. Lebih menjaga kehormatanmu. Lebih menjaga kemuliaanmu. Maka izinkan aku, hai engkau yang begitu mulia, izinkan aku mencintaimu dalamn keikhlasan karena aku tak pernah tahu apakah engkau yang tercatat dalam lauful mahfudz untukku?

Kerana aku tak pernah tahu adakah balasan darimu untukku. Biarlah kuasa Allah yang menggerakan hatimu untukku.

Bukan kerana mencintaimu dengan diam aku akan menderita. Bukan kerana mengagumimu dengan diam aku akan merana.
Namun, ketika aku fahami cinta itu pada sisi kehadiran dan kebersamaan denganmu. Maka itu lah penderitaan yang sesungguhnya.

Aku yang mencintaimu dari jauh. Walaupun sungguh aku merasa sangat dekat denganmu.

Biarlah aku tutup rapat perasaanku ini. Biarlah aku tutup rapat hingga Allah mengizinkan pertemuan kita. Namun jika memang engkau bukan tercatat untukku. Jika memang engkau hanya hiasan duniaku yang sementara, sungguh aku yakin Allah akan menghapus cinta dalam diamku padamu. Allah akan menghilangkan perasaanku untukmu. Dia akan memberikan rasa yang lebih indah pada orang yang paling tepat. Begitulah kuasa-Nya. Begitulah Dzat yang membalak-balikan hati hamba-Nya.

“Ketika aku tak lagi bersama denganmu, maka kamu harus faham tentang diri ini.hapuskanlah jejakku.. Kerana mungkin, aku pernah menulis tentangmu dan menyebut namamu dalam seluruh hidupku ini.” 

Isnin, 15 Julai 2013



            Dalam hidup ini aku masih mencari siapa yang akan menemani aku dalam kesunyian.siapa yang akan menemani aku apabila aku dalam kesedihan dan siapakah yang dapat membuat aku gembira.aku masih mencari.adakah dia yang aku harapkan selama ini yang akan menemani aku.itu semua bergantung kepada takdir aku sendiri.hanya Allah yang akan menentukan semua itu.aku masih tidak tahu.perjalanan aku masih jauh di luar sana.aku tidak tahu siapa yang akan aku jumpa di masa depan aku.adakah aku dalam kegembiraan atau kesedihan.sesuatu yang selalu bermain dalam fikiran aku..apa yang aku cuba lakukan sekarang adalah untuk mengubah mimpi-mimpi buruk dalam kehidupan ini.mimpi yang selalu bermain dalam fikiran aku.tiada yang pasti tentang kehidupan.semua hanya tipu daya dan hanya sebuah kebohongan.sekiranya suatu saat nanti dapat aku membuang semua mimpi buruk itu.aku mungkin juga akan membuang kehidupan yang membuat aku gembira sekarang ini.sekiranya dia dapat tahu bahagia itu adalah kerana dia.mungkin dia tidak akan membuat aku sentiasa menitiskan air mata.dalam hidup ini aku tiada pilihan.kadangkala mengenali seseorang itu membuat kita sentiasa gembira..tetapi kadangkala mengenali seseorang juga membuat kita sentiasa bersedih.sering kali menitiskan air mata.kerana kita tahu bahawa kita tiada pilihan yang lain melainkan menanggis.hanya itu yang kita mampu lakukan.walaupun setengah mati kita merindui dia.mungkin suatu hari nanti kita mungkin tidak dapat lagi merindui dia.pada saat itu baru kita tahu bahawa kita ini hanyalah sebingkai cermin.apabila kita tersenyum dia tersenyum dan apabila kita bersedih dia juga akan bersedih.sehinggakan kita sudah menganggap dialah rakan karib kita yang sentiasa menemani kita..

Jumaat, 12 Julai 2013


            Kita sukar untuk melupakan seseorang yang pernah membuat kita sentiasa gembira.sekiranya aku dapat ubah masa lalu.tidak mungkin aku melihat dirimu.kamu membuat aku lemas dalam diri aku sendiri.aku dalam keperitan dan kesengsaraan.aku sedar bahawa aku tidak mampu sedetikpun untuk mengubah masa lalu ku.tiada saat aku tidak merindui mu.sentiasa aku dalam kerinduan.wajah ini tersenyum tetapi jiwa ini menangis .aku cuba untuk melupakan.supaya hati ini tenang dalam usaha untuk melupakan mu.tetapi rasa rindu itu masih ada dalam diri ini.aku tewas dengan diri aku sendiri.kadangkala merindui diri kamu menjadi hobi baru untuk aku.
             Aku mencuba untuk menerima orang baru dalam hidup ini ketika dahulu.supaya dapat menemani aku ketika aku dalam kesunyian.itu kesalahan aku.hati ini tidak sepenuhnya untuk berubah.aku menyeksa diri aku ini.aku mempermainkan cinta orang baru itu.aku masih tidak dapat untuk mengikut seluruh jiwa aku ini.yang paling bodoh pernah aku lakukan adalah melupakan dia yang ternyata sangat penting dalam diri ini.diri ini masih tidak dapat untuk menghilangkan wajah dia .
             Banyak perkara yang dapat mengigatkan aku kepada diri dia.kerana itulah aku mencuba untuk semua yang ada kaitan dengan dia.semua tentang dia.kini aku sudah membuang sebahagian daripada diari hidup ini.satu persatu telah aku buang.kini apa yang aku takutan adalah semua diari itu akan menghantui aku kembali suatu hari nanti.aku tidak mahu itu berlaku dalm hidup aku.aku mahu membuang untuk selama-lamanya.
              Diri dia yang dapat membuat aku menitiskan air mata.dia yang membuat air mata ini tidak dapat lagi untuk mengalir kerana mata ini sudah biasa  menitiskan air mata.sampaikan kadangkala air mata ini dapat mengalir sendiri tanpa disuruh.terima kasih kerana telah membuat diri aku gembira dan bersedih.jika suatu hari nanti aku atau kamu melangkah pergi.aku merelakan itu semua itu berlalu.aku akur dengan semua yang berlaku itu.mungkin suatu hari nanti cinta ini akan pudar dengan sendirinya.aku dapat melihat dia bahagia.yang mungkin berlaku dalam diri  ini adalah bahagia atau menderita.mungkin ini kata yang terakhir mungkin aku katakan.mungkin pengakhir bagi kisah aku dengan dia.


Love Is Nothing   

Rabu, 10 Julai 2013



             Untuk saat ini aku mula dapat merasakan kehidupan aku yang lalu.aku sudah menjadi seperti hidup aku yang mana aku hanya mampu bersedih.aku tahu aku sudah mendapatkan apa yang aku mahukan dalam hidup ini.tetapi aku masih tidak mampu untuk menjadi apa yang aku mahukan.setiap saat aku berharap supaya aku dapat kembali kemasa lalu aku.disaat kenapa dan bagaimana aku boleh mencintai diri dia.bukan aku tidak mahu untuk mencintai dia tetapi aku tidak mampu untuk terus menipu diri ini.aku sedar bahawa semua kegembiraan aku adalah kesedihan aku.dalam dunia ini apa yang dapat aku lakukan hanyalah berdoa.kadangkala kesedihan  dapat membuat aku lebih menghargai sebuah percintaan.dia disana adalah untuk menemani hari-hari aku yang sedih.supaya aku dapat terus mencintai diri dia.aku dalam  kesedihan!!!!aku dalam kesakitan!!!!

Khamis, 4 Julai 2013

hari-hari yang berlalu


       Bukan mudah untuk aku menghadapi hari-hari yang mendatang.aku memerlukan sebuah kekuatan.aku mencuba untuk sentiasa berdiri sendiri tanpa bantuan orang lain.aku harus mencuba untuk tidak menyerah kalah.masih banyak yang harus aku tempuh dalam hidup ini..kadang-kadang aku berasa kekuatan itu datang dengan sendirinya.tetapi aku tidak berdaya untuk untuk mengambil kekuatan itu.aku lemah dan tidak berdaya.hidup sebenar aku hanyalah berpandukan bayang-bayang.di mana ada cahaya di situ aku akan berdiri.apabila cahaya itu hilang aku juga akan hilang mungkin tidak akan muncul lagi..

kenapa



banyak hari yang telah aku lalui 
Kekadang aku tidak tahu 
apa yang akan berlaku kepada 
hariku yang seterusnya 
bagaikan aku sudah biasa 
menahan derita ini 
aku mahukan sesuatu yang tidak 
akan pernah aku miliki 
sesuatu yang tidak ada dalam 
fikiran ku ini 
aku tidak tahu apa yang aku rasakan 
tetapi aku dapat rasakan ada sesuatu 
yang akan mengubah dalam hidupku