aku mencintai seseorang yang tidak pernah menyedari kehadiran aku dalam diri dia ternyata ianya sangat menyakitkan..lebih menyakitkan diri ini apabila aku mencintai seseorang tapi langsung tiada keyakinan untuk meluahkannya.. Love Is Nothing
KITA
Sabtu, 20 Julai 2013
jika kehadiran cinta itu hanya untuk sementara.lebih baik cinta itu tidak perlu datang dalam hidup ini.jika kehadiran cinta itu hanya untuk membuat aku bersedih.lebih baik aku tidak pernah mengenal apa itu cinta.jika aku tahu rindu itu adalah bahagia lebih baik aku merindui daripada aku mencintai.kenapa cinta itu perlu hadir dalam hidup aku walaupun aku sudah tiada lagi cinta dalam diri ini???kenapa cinta itu perlu dimiliki padahal cinta itu yang membuat aku selalu disakiti.untuk seseorang yang telah aku cintai!!!!setiap saat telah aku lalui.tidak pernah aku mencuba untuk melupakan dirimu.tidak pernah ada dalam diri ini untuk menyakiti diri kamu.sekian lama aku mencuba untuk selalu disamping mu.kadangkala aku merasakan diri kamu dekat bersama ku tetapi ternyata diri mu semakin jauh dari hidupku.aku rindu dengan kehidupan yang lalu.hidup aku tidak seperti duhulu lagi.kini ku hanya dapat sendiri walaupun aku sudah ada diri mu.sepi ini seperti membunuh hidup ku.kadang-kadang aku mencuba untuk menutup mata ini supaya aku dapat berhenti melihat diri kamu.aku mencuba untuk lari dari hidup kamu.aku mencuba segala-galanya untuk membuang semua rindu ini.tetapi apabila aku mencuba untuk melakukan semua itu aku selalu menanggis.aku tidak mampu untuk melupakan mu.Dalam hidup ini aku terlalu banyak berkata-kata.sampaikan dengan kata-kata ini aku telah membuat orang lain terluka.seandainya dengan kata-kata ini telah membuat kamu terluka.aku akan mencuba untuk tidak lagi berkata-kata.jika dengan hati ini aku pernah mencintai diri mu.aku akan mencuba untuk menjaga hati ini elok-elok.seharusnya diri mu tahu bahawa tiada seorangpun yang pernah aku harapankan selain diri kamu.tiada seorangpun yang aku pernah rindui selain diri kamu.