KITA


Jumaat, 12 Julai 2013


            Kita sukar untuk melupakan seseorang yang pernah membuat kita sentiasa gembira.sekiranya aku dapat ubah masa lalu.tidak mungkin aku melihat dirimu.kamu membuat aku lemas dalam diri aku sendiri.aku dalam keperitan dan kesengsaraan.aku sedar bahawa aku tidak mampu sedetikpun untuk mengubah masa lalu ku.tiada saat aku tidak merindui mu.sentiasa aku dalam kerinduan.wajah ini tersenyum tetapi jiwa ini menangis .aku cuba untuk melupakan.supaya hati ini tenang dalam usaha untuk melupakan mu.tetapi rasa rindu itu masih ada dalam diri ini.aku tewas dengan diri aku sendiri.kadangkala merindui diri kamu menjadi hobi baru untuk aku.
             Aku mencuba untuk menerima orang baru dalam hidup ini ketika dahulu.supaya dapat menemani aku ketika aku dalam kesunyian.itu kesalahan aku.hati ini tidak sepenuhnya untuk berubah.aku menyeksa diri aku ini.aku mempermainkan cinta orang baru itu.aku masih tidak dapat untuk mengikut seluruh jiwa aku ini.yang paling bodoh pernah aku lakukan adalah melupakan dia yang ternyata sangat penting dalam diri ini.diri ini masih tidak dapat untuk menghilangkan wajah dia .
             Banyak perkara yang dapat mengigatkan aku kepada diri dia.kerana itulah aku mencuba untuk semua yang ada kaitan dengan dia.semua tentang dia.kini aku sudah membuang sebahagian daripada diari hidup ini.satu persatu telah aku buang.kini apa yang aku takutan adalah semua diari itu akan menghantui aku kembali suatu hari nanti.aku tidak mahu itu berlaku dalm hidup aku.aku mahu membuang untuk selama-lamanya.
              Diri dia yang dapat membuat aku menitiskan air mata.dia yang membuat air mata ini tidak dapat lagi untuk mengalir kerana mata ini sudah biasa  menitiskan air mata.sampaikan kadangkala air mata ini dapat mengalir sendiri tanpa disuruh.terima kasih kerana telah membuat diri aku gembira dan bersedih.jika suatu hari nanti aku atau kamu melangkah pergi.aku merelakan itu semua itu berlalu.aku akur dengan semua yang berlaku itu.mungkin suatu hari nanti cinta ini akan pudar dengan sendirinya.aku dapat melihat dia bahagia.yang mungkin berlaku dalam diri  ini adalah bahagia atau menderita.mungkin ini kata yang terakhir mungkin aku katakan.mungkin pengakhir bagi kisah aku dengan dia.


Love Is Nothing