KITA


Isnin, 15 Julai 2013



            Dalam hidup ini aku masih mencari siapa yang akan menemani aku dalam kesunyian.siapa yang akan menemani aku apabila aku dalam kesedihan dan siapakah yang dapat membuat aku gembira.aku masih mencari.adakah dia yang aku harapkan selama ini yang akan menemani aku.itu semua bergantung kepada takdir aku sendiri.hanya Allah yang akan menentukan semua itu.aku masih tidak tahu.perjalanan aku masih jauh di luar sana.aku tidak tahu siapa yang akan aku jumpa di masa depan aku.adakah aku dalam kegembiraan atau kesedihan.sesuatu yang selalu bermain dalam fikiran aku..apa yang aku cuba lakukan sekarang adalah untuk mengubah mimpi-mimpi buruk dalam kehidupan ini.mimpi yang selalu bermain dalam fikiran aku.tiada yang pasti tentang kehidupan.semua hanya tipu daya dan hanya sebuah kebohongan.sekiranya suatu saat nanti dapat aku membuang semua mimpi buruk itu.aku mungkin juga akan membuang kehidupan yang membuat aku gembira sekarang ini.sekiranya dia dapat tahu bahagia itu adalah kerana dia.mungkin dia tidak akan membuat aku sentiasa menitiskan air mata.dalam hidup ini aku tiada pilihan.kadangkala mengenali seseorang itu membuat kita sentiasa gembira..tetapi kadangkala mengenali seseorang juga membuat kita sentiasa bersedih.sering kali menitiskan air mata.kerana kita tahu bahawa kita tiada pilihan yang lain melainkan menanggis.hanya itu yang kita mampu lakukan.walaupun setengah mati kita merindui dia.mungkin suatu hari nanti kita mungkin tidak dapat lagi merindui dia.pada saat itu baru kita tahu bahawa kita ini hanyalah sebingkai cermin.apabila kita tersenyum dia tersenyum dan apabila kita bersedih dia juga akan bersedih.sehinggakan kita sudah menganggap dialah rakan karib kita yang sentiasa menemani kita..