KITA


Khamis, 29 Ogos 2013


           Ini mungkin status aku yang terakhir kat blog ni sebelum aku menghadapi peperiksaan percubaan SPM bagi tahun 2013..lepas ni tiadalah status aku kat blog ni sampailah peperiksaan tamat.rasa takut pun ada untuk aku hadapi percubaan ini.takut sangat2..mane tak takutnya..dah le apa yang cikgu ajar aku masih kurang faham lagi.tambah2 lagi mata pelajaran perdagangan,math,sains dan bahasa inggeris.satu apa aku tak faham.bukan aku tak faham langsung tapi rasa masih kurang lagi.tak semua aku faham.

          Aku cuma dapat ulangkaji sendiri je untuk memahami apa yang cikgu ajar kat aku.nak ajak kawan2 buat study group malas.hahaha!!!itu le yang buat anak melayu masih tak pandai pandai lagi.menjadikan sifat malas tu sebagai alasan untuk malas belajar.bila anak melayu nak maju ni.ataupun nak tunggu bangsa melayu dijajah semula..

         Aku masih ingat lagi kata2 dari cikgu yang bagi motivasi sejarah  tadi..dia kata"melayu memang bangsat..melayu memang bodoh"..selepas aku fikirkan semula.kata2 tu memang betul.melayu ni memang bodah.membiarkan diri bangsa melayu dijajah oleh bangsa lain.mereka tidak merasakan diri mereka dijajah oleh bangsa lain.tiada kesedaran langsung dalam jiwa melayu ni.aku bukan nak kata orang lain..tidak!!!aku sendiri pun merasakan aku ni seorang yang bangsat.tidak pernah nak sedar.cita2 je yang tinggi tapi usaha kurang.nak belajarpun malas.aku masih ingat lagi kata2 seorang guru.Dia kata"tiada kejayaan tanpa usaha,tiada usaha tanpa kerajinan dan tiada angan2 tanpa kejayaan"..mula2 aku langsung tak faham apa yang terkandung dalam ayat itu.tapi selepas aku membaca berulang2 kali.aku mula memahami apa yang terkandung dalam ayat itu.


            Aku nak kongsi satu ayat yang boleh kita gunakan untuk berjaya dalam pelajaran.ayat tu bukan untuk tengok je tapi kita harus gunakan dalam kehidupan seharian kita semua...




       Aku berharap sangat semoga mengamalkan ayat2 yang di atas tu.kita nak minta kat sapa lagi kalau bukan kat Allah..tiada orang lain dah.guru2 cuma dapat mengajar kita je.tapi Allah yang akan menentukan kejayaan kita.       

      Tiada apa yang aku nak katakan lagi melainkan belajarlah bersungguh2.kejayaan itu bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri.hanya kita yang dapat menentukan arah masa depan kita.berjaya ataupun gagal.
       
     dalam diri aku ni.aku nak sangat berjaya seperti orang lain.semoga aku dapat mencapai cita2 aku yang aku harapkan selama ini.kalau tiada kejayaan mana mungkin aku dapat mencapai cita2 aku tu.angan2 dapat le!!!




      korang mesti nak berjaya macam ni kan..nak bangakan kedua ibu bapa kita.oleh itu kita semua mestilah belajar bersungguh2..jangan main2 lagi.tumpukan je kat pelajaran..spm bukan lama lagi.tinggal 3 bulan je lagi..

          
semoga berjaya semua
buat periksa tu betul2 
jangan tidur masa periksa 
ingat Allah 
doa banyak2 tau 


saya sayang kawan2 saya
semoga korang berjaya 
9A+ dalam tangan


BYE

Rabu, 28 Ogos 2013


  28-8-2013.

           Kadangkala aku terfikir.kalau lah aku ni sebuah buku.adakah semua cerita dalam buku akan ditulis dengan cerita yang menarik.adakah aku akan menjadi watak yang menarik dalam cerita ataupun menjadi watak yang menyedihkan.

         Kadangkala aku sering bertanya pada diri ini.bilakah aku akan menjadi seperti orang lain.dapat menemukan cinta yang sangat indah.dapat bersembang-sembang mesra.

         tipulah kalau aku kata aku tak rindu kat dia.tipulah kalau aku kata aku tak sayang dia.tipulah kalau aku kata aku dah melupakan dia.aku cuma menunggu waktu yang yakin untuk aku berkata-kata tentang ini semua.tunggu waktu untuk betul-betul dekat dengan dia.seronok kan jika bermain dengan hati!!!tiada siapa yang tahu apa yang aku rasakan melainkan aku sendiri.

        Malam ni hujan lagi.sejuk sangat-sangat.tapi nak buat macam mana.dah itu kehendak Allah. aku terima je.dah tidak boleh nak buat ape dah.dalam kedinginan malam aku menaip kat blog ni.

        Sekian lama aku menunggu masej dari dia.akhirnya dapat juga masej dari dia..hilang le sedikit kerinduan aku dekat dia.selalunya aku akan bosan sangat tak tahu nak buat apa.nasib baik dia ada temankan aku malam ni.aku pun dah tak tahu nak tulis apa..jem kepala otak aku dibuatnya.nak tulis apa lagi ni???huhuhu....

        Nak tahu tak.aku rasa nak menjerit je malam ni sekuat hati aku.merasakan kesakitan yang aku alami sekarang ini.hati ini rasa hiba sangat-sangat..

        Maafkan dir ini jika masih mengharapkan diri kamu.maafkan saya.saya masih lagi menanti.maafkan saya jika saya terlalu cepat mengungkapkan ini semua.kalaulah saya berjauh dari diri kamu.bukan bermakna saya tak tak sayang.saya takut...maafkan saya selama ini..maafkan saya kerana perasaan rindu itu masih ade dalam diri ini untuk merindukan diri kamu.. 

Selasa, 27 Ogos 2013


   27-8-2013

                  Sekiranya aku dapat mengatur dunia ini.aku akan menjadikan dunia ini sebuah tempat yang indah.tapi aku ini hanya manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa dalam dunia ini.selama mana aku telah diberi kesempatan untuk hidup.aku telah dapat mengenal erti sebuah kehidupan.kerana kehidupan aku mengenal apa itu erti sebuah kekecewaan..kerana kehidupan aku mengenal erti sebuah kesepian.kerana kehidupan aku mengenal apa itu kesakitan apabila ditimpa musibah.aku telah belajar erti sebuah kerinduan.memang kadangkala aku tidak pernah nak belajar daripada semua yang berlaku dalam diri ini.apabila aku merasakan aku dalam kesunyian aku akan bersendirian untuk menenangkan apa yang ada dalam buah fikiran aku.

                  Indah suasana  malam ni!!!tenang..nyaman..dingin..tidak seperti hari-hari yang pernah aku lalui.duduk aku sendirian sambil mencari idea apa yang aku hendak tulis di blog ni..aku masih kuat dan mampu untuk meneruskan semua ini.aku rasa nak tulis sebuah puisi tentang diri ini malam ni.tapi aku tidak tahu nak mula dari mana.biar aku mulakan puisi aku!!!


aku hanya mampu menulis 
aku tidak pandai berkata-kata 
aku tidak pandai meluah semua rasa 
mungkin kerana itu aku jadi bergini 
dan mungkin kerana itu 
aku tepenjara dalam diri aku sendiri 

aku insan yang tidak lemah 
seringkali mengeluarkan air mata 
menangis dan mudah menangis
 kerana dalam diri ini aku merasakan 
terlalu banyak keperitan 

mungkin aku mudah menaggis 
tetapi aku juga mudah menyimpan 
semua air mata ini 
air mata ini hanya mengalir 
dalam diam 
tidak mampu dilihat 
tetapi mampu dirasai oleh jiwa yang sedih 

diri ini mungkin tidak sempurna 
cinta yang telah lama di tanam 
benih cinta yang telah tumbuh mekar 
tidak mungkin aku musnahkan 
kerana bunga itu terlalu berharga 
buat diri aku 

hari aku mungkin akan lebih perit 
sekiranya aku berpura-pura 
aku tidak mampu menahan semua rasa ini 
sakit untuk aku menanggung semua ini 
semua rasa yang aku rasakan


            Akhirnya siap juga puisi aku untuk malam ini..tapi aku masih belum dapat untuk meletakan tajuk untuk puisi ini.aku pun tak tahu nak letak tajuk apa.aku tulis puisi ini untuk seseorang.walaupun aku tahu dia tidak akan baca apa yang aku tulis ini tapi biarkan aku abadikan semua puisi ini untuk aku jadikan sebuah kenangan.kenapalah aku jadi bergini.kenapa aku yang merasakan ini semua ini..emmm..........:(

            Bosan!!!bosan!!!bosan!!!!aku tak tahu nak buat ape malam ni.nak buka facebook..facebok dah takde..nak buka wechat..wechat dah aku padam.nasib baik aku ade blog ni.dapat le juga aku menulis.

             Hari ni aku nak tulis sebuah lagu lah.tajuknya"semua tentang kita"..lagu ni baru je aku jumpa tadi.lepas aku dengar lagu ni.aku rasa macam nak letak je kat blog ni.lagu ni sama je macam lagu warkah.sedih sangat.:)
rasa macam nak nanggis je bila dengar lagu ni.aku ni semua lagu yang sedih semua nak nanggis.memang betul le..aku ni memang cepat menanggis.

SEMUA TENTANG KITA

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
  
             Macam mana sedih tak lagu tu.hanya orang yang selalu bersedih je yang akan merasakan betapa sedihnya lagu ni.seperti aku!!!aku kan selalu hidup dalam kesedihan.
       
                Dengarlah wahai hati...mungkin sampai sini sahaja yang mampu aku tulis untuk malam ini.malam ni fikiran aku berasa kosomg yidak seperti hari-hari aku yang lain.aku menanti untuk hari esok.cukuplah sekadar ayat yang aku sendiripun tidak faham.esok masih ade untuk aku menulis.itupun jika aku mampu lagi untuk menulis.telah terlalu banyak aku menulis.kadangkala menulis ini membuat aku sedih.tapi selepas aku menulis aku merasakan semua kesedihan aku berkurangan..

  10:45 pm 

              Aku merasakan jiwa aku kosong tanpa apa-apa.sebenarnya malam ni aku mahu menulis semua tentang cerita hidup aku kat blog ni.saat aku kenal kenal dia.saat aku mengharap.saat aku bersedih.saat aku merasakan aku ni bukan sapa-sapa lagi dalam dunia sampailah saat aku mendapatkan cinta dia.aku mahu menulis semua tentang diri aku.tapi aku tak dapat nak menulis tentang semua itu.mungkin suatu saat nanti aku akan menulis semua itu.aku tidak mampu nak meneruskan apa yang aku hendak luahkan.kerana mata ini senang sangat menitiskan air mata.cukup sudah sampai di sini.aku sudah tidak tahan lagi untuk menitiskan air mata....













           
  Love Is Nothing
ashraf96_lin@yahoo.com

Sabtu, 24 Ogos 2013


        Air mata semakin deras mengalir 
hati ini semakin sakit dan terluka 
apa yang mampu aku lakukan
 hanyalah berserah kepada takdir 
aku akan membiarkan kehidupan
 menulis semua tentang jalan hidup aku


   Untuk seseorang yang saya rindui.saya ingin meminta maaf jika selama perkenalan kita saya ada buat salah kat awak.saya juga hendak minta maaf jika selama ini saya telah membuat awak terluka.bukan niat saya ingin pergi jauh dari diri mu.saya minta maaf sangat-sangat.itu semua bukan niat saya hendak membuat hati awak sengsara.saya sayang awak sangat-sangat tapi saya tidak mampu hendak membuat awak bahagia seperti orang lain.

Awak,saya tahu yang saya ini tidak pernah nak membuat awak bahagia.saya telah mencuba untuk membuat awak bahagia.tetapi saya tidak mampu.saat itu hanya air mata yang saya temui.saya tidak mampu!!!ada saatnya saya  hampir menyerah.hati ini berasa lelah untuk terus bertahan mendapatkan diri awak.

Mungkin saya tidak patut mengatakan ayat yang"saya sukakan awak"..saya ingat lepas saya luahkan semua itu saya akan bahagia tetapi hakikatnya saya semakin sengsara.saya mungkin telah membuat awak mengeluh dengan apa yang saya telah katakan.semua itu mungkin menjadi tanda tanya buat awak.bila semua ini akan berakhir.saya sudah tidak mampu untuk melalui ini semua.

Saya sayangkan awak sampai saya tidak mampu untuk meluahkan semua itu.kerana saya merasakan itu semua sukar untuk saya luahkan.selama empat tahun saya memendam semua itu sampailah awak tegur saya di fb..saat itu saya telah meluahkan semua yang saya ingin luahkan.saya gembira kerana awak dapat terima saya.saya tidak minta apa-apa dari awak.cukuplah saya dan awak menjadi seorang teman.

Saya tak nak minta couple kat awak sebab saya tidak mahu mengganggu pelajaran awak.saya tahu banyak lagi yang perlu kita tempuhi di alam persekolah.biar kita menjadi seorang teman bukan menjadi seorang kekasih.kerana menjadi seorang teman itu lebih daripada menjadi seorang kekasih.

Awak,saya takut sangat jika suatu hari nanti saya akan kehilangan awak.awaklah seseorang yang pernah saya sayang tiada orang lain.awak nak tahu tahu tak kenapa saya suka kat awak???ini semua buka kerana awak cantik ke tidak.tetapi sifat awak membuat saya sayang sangat-sangat kat awak.sifat awak yang suka rendah diri. 

Mungkin saya tidak ada tempat untuk mengadu tentang semua yang saya rasakan.tapi saya ada blog ini.apa saja yang saya rasakan saya akan tulis kat blog ini.jika saya rindu kat awak.saya tidak berani nak masej awak kerana saya takut.cukup meluahkan kat blog ini.saya anggap blog ini adalah diri awak.bukan bermakna saya tidak masej awak,tak tegur awak saya dah lupakan awak.satu lagi saya bukan sengaja nak tutup facebook saya.mungkin awak merasakan saya telah melupakan awak.semua itu silap.saya tidak akan pernah melupakan awak.saya cuma hendak berubah sedikit.tidak lama lagi saya hendak menduduki SPM.saya cuma ada blog ini je sekarang ni.blog ni akan selama-lamanya hidup selagi saya mampu menulis tentang diri ini.saya sangat sayangkan awak.cuma waktu je yang tidak mengizinkan saya untuk bercinta.

Awak nak tahu tak,saya rindu sangat semasa awak belum tahu yang saya sukakan awak tu.awak tegur saya.saya seronok sangat.tapi selepas saya luahkan.semua itu berubah.tiada lagi senyuman awak semasa kita berselisih.awak macam nak pergi jauh dari saya.kenapa awak!!!awak dah rimas dengan saya ke!!!ataupun awak dah ade orang lain selain saya yang lebih baik daripada saya.

Awak,saya ada sebuah lagu yang akan membuat saya selalu ingat kat awak.lagu tu juga yang membuat saya tidak dapat melupakan awak.nak tahu tak lagu apa.tajuk lagu tu adalah WARKAH..setiap kali saya dengar lagu tu saya akan menangis.saya pun tak tahu kenapa.lagu tu sedih sangat..awak nak baca tak liriknya???biar saya tuliskan untuk awak..

lirik lagu warkah-bau


Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada



kerana lagu tu saya tidak pernah nak menyerah untuk mengharapkan awak.walaupun ada ketikanya saya akan bersedih.awak,dulu sebelum awak tahu saya sayang awak..saya akan dengar lagu ni sebelum saya tidur.sebak kot dengar lagu tu.sampaikan kadang-kadang saya menangis ingatkan awak.apa nak buat masa tu saya tak berani nak luahkan semua kat awak.bila saya rindu kat awak pun saya akan dengar lagu tu.lagu tu sama apa yang saya rasakan.dalam hidup ni saya tidak pernah bahagia awak!!!mungkin awak je yang akan buat saya bahagia..

Mungkin selama ini awak tidak pernah merasakan apa yang saya rasakan.saya nak sangat awak faham apa yang saya rasa.walaupun saya tidak sempurna untuk awak.saya minta satu je kat awak supaya jangan buat saya bersedih lagi cukup selama ini saya bersedih kerana awak.saya dah tak mampu lagi awak nak lalui ini semua lagi.

jika saya boleh membuat permintaan saya nak sangat meminta supaya saya tidak pernah pergi jauh dari hidupku.hahaha!!!mana mungkin itu semua dapat berlaku.semua telah ditentukan oleh Allah.mana boleh saya menolak takdir saya.saya ni bukan sesiapa nak menolak takdir.saya ni hanya manusia biasa.

Awak!!!saya sangat sedih awak.kenapa saya yang mesti merasakan ini semua.kenapa ini semua terjadi saat saya merindukan awak.saya perlukan awak saat ini.saya benar-benar lemah dan tak kuat lagi.saya tetap tunggu awak...awak!!!jika suatu hari nanti awak bukan milik saya lagi dan jika suatu nanti awak ada terbuka blog saya ni.cuma satu je yang saya nak awak tahu.semua sajak dan setiap perkataan yang saya taip dalam blog ni adalah apa yang telah saya lalui..saya juga taip sajak itu untuk diri awak bukan untuk orang lain.saya rindukan awak.saya perlukan awak untuk sempurnakan hari-hari saya yang semakin gelap.bukan untuk saat ini tetapi bila saya sudah bersedia untuk memiliki diri mu sepenuhnya.


Love Is Nothing



 

Isnin, 19 Ogos 2013


semenjak aku mengenali mu 
aku belajar erti sebuah rindu 
apa itu sebuah kasih sayang 
aku belajar apa itu kesetiaan 

semenjak aku mengenali mu 
aku merasakan waktu ini 
berlalu bergitu pantas 
meninggalkan aku di sini 

ketika aku mengenali mu 
hari-hari ku bergitu indah 
walaupun ada ketikanya 
aku belajar erti sepi  

hanya ada nama mu 
hanya ada bayangan mu 

akhirnya aku mengenali mu 
hati aku terbuka untuk mencintai 
engkaulah yang aku ada 
hati ini selalu berkata 
adakah aku dapat menyayangi 
ketika engkau telah pergi 
dari hidupku  


hidup ini bagaikan sebuah perjuangan 
penuh dengan pelbagai cerita 
penuh dengan penderitaan 
kadangkala penuh dengan air mata 
dan ada juga kegembiraan 
semua itu bersilih ganti 

apabila aku lemah 
aku tidak pernah menyerah kalah 
walaupun aku tidak mampu lalui 
aku rebah dan terjatuh 
itu semua membuat aku untuk terus bangkit 
aku hadapi dengan hati yang tabah 

dalam hidup ini aku tahu 
jatuh bukan bermakna kalah 
dan kalah bukan bermakna 
kita akan kalah buat selama-lamanya 
tapi aku yakin dengan diri sendiri 

untuk membuat aku berdiri semula 
aku memerlukan semangat 
jati diri yang kuat 
walaupun kesedihan tidak dapat aku tepis
dengan hati yang ada 
pasti aku dapat hadapi semua itu 

wahai hati yang telah terluka......


Ahad, 18 Ogos 2013



Malam ini  
ku ditemani titisan air hujan  
berselimutkan kedinginan  
sebuah kesepian 

tiada bulan yang meneranggi 
seluruh malam ku 
ku ingin menyampaikan rindu 
rindu yang selama ini tersimpan
ku menyayangi mu 

ku hapuskan semua kesedihan 
ku melihat mu tersenyum 
ketika bulan purnama muncul
bersama keindahan cahaya bulan

 ku menanti untuk hari esok 
yang membawa sebuah keindahan 
membuat hidup menjadi lebih kuat 
menanti sinar matahari yang akan 
meneranggi seluruh jalan ku 





Sabtu, 17 Ogos 2013



bukan ku ingin melupakan mu

ku cuma mahu mencari ketenangan

mungkin dengan cara itu 

ku dapat tenangkan diri ini 

daripada ku terus merindui 

lebih baik ku tenang

membawa hati ini 

membawa luka-luka 

yang kini semakin parah 

mungkin satu saat nanti 

ku akan berasa tenang 

kembali memeluk jiwa mu 

jauh daripada kesedihan 

serta kesengsaraan






aku mahu pergi 
untuk mencari kehidupan 
mungkin pergi aku tidak akan kembali 
aku ingin membawa hati ini 
pergi jauh buat selama-lamanya 
terlanjur merinduimu membuat 
hati ini menjadi sakit 
mungkin aku tidak akan berharap lagi 
sekuntum bunga yang telah layu 
tidak akan membuat aku gembira lagi 
telah aku tinggalkan semua cerita 
tiada lagi gelak tawa mu 
membuat aku ketawa 
hati yang luka mungkin akan sembuh 
tetapi tidak kepada asalnya 
biarpun luka itu hilang dari pandangan 
tetapi kesan masih juga dapat dilihat 
aku mahu pergi 
dari masa yang indah ini 
tanpa ada tangisan




ketika rindu hadir dalam diri 
ku tidak tahu untuk membalasnya 
ku cuba untuk berlari 
untuk mengubati segala luka 

terbayang wajah diri mu 
senyum tawa mu 
di dalam mimpi-mimpi ku 
ku cuba ratapi potret indah mu 
untuk menenangkan jiwa ini 

berlari dalam mimpi ku 
ketika rindu hadir 
tidak dapat untuk aku 
menangisi segala rasa 

suatu hari nanti 
saat sepi terukir di hati 
saat jiwa menjadi luka 
saat rindu menjadi air mata 

adakah diri mu juga merasakan 
segala yang ada dalam diri ini 
adakah diri mu turut merasakan 
segala rindu yang aku rasa 

ke mana harus ku pergi 
mencari kegembiraan di sebalik kesedihan
 hati ku luka kerana rindu 
tanpa diri dia disisi 

di sepanjang jalan ku 
ku merindui diri mu 
di setiap tangisan ku 
ku melihat wajah diri mu 
menahan segala kesakitan 

ku belayar dalam jiwa ku sendiri 
mencari penawar rindu ini 
ku ketawa 
ku menangis 
ku bersedih 
sungguh hebat pencarian 
yang ku lalui ini 

mampukah suatu hari nanti 
ku melihat diri mu 
mampukah suatu hari nanti 
ku mencintai mu 
mampukah suatu hari nanti 
ku melihat mu bahagia 
mampukah suatu hari nanti 
diri mu menjadi halal bagi ku 

ku pasrah dengan semua takdir 
berikan waktu untuk bersedih 
memaafkan diri ini 
dan demi waktu yang akan berlalu 
berat hati ini untuk meninggalkan 
 sekiranya ku dapat memilih 
ku akan memilih semua 
tentang kehidupan ini 

Jumaat, 16 Ogos 2013



Di setiap jalan yang ku lalui 
ku dapat menulis semua tentang diri ini 
tetapi ku tidak mampu 
menulis tentang semua kesedihan 
kerana sungguh dalam luka ini 

saat diri mu hadir 
aku temui kesedihan 
hingga terluka mata ini 
ku simpan semua luka-luka ini 

saat ini ku menangis 
meratapi semua takdir ku 
ku telah lelah dalam kehidupan 
ku merasakan cinta tidak penting 
hanya kesedihan dan kekecewaan 
yang selama ini menemani hidup ku

Rabu, 14 Ogos 2013

  
I Love You

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata


Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah atau pun jemu

I’m sorry but I love you
I’m sorry if I miss you
Even if I can’t have you
You know I’ll always be there for you 


Mungkin kita tak bersama di takdirnya
Tak mengapa asal kau bahagia


Biar aku mencintaimu
Biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu
Dalam diam ataupun bisu


I’m sorry but I love you
I’m sorry if I miss you
Even if I can’t have you
You know I’ll always be there for you


Biar aku mencintaimu
Biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu
Dalam diam ataupun bisu


I’m sorry but I love you
I’m sorry if I miss you
Even if I can’t have you
You know I’ll always be there for you

Selasa, 13 Ogos 2013



mengapa waktu pergi begitu pantas 
meninggalkan aku bersama kenangan 
kegembiraan, kesedihan dan air mata 
aku hanya mampu meluahkan segalanya 
dalam kerinduan 

adakah hari esok masih ada 
semua itu adalah misteri yang kita tidak ketahui 
ianya adalah tentang sebuah kehidupan 
di situ timbul seribu persoalan 
tentang apa yang akan berlaku hari esok
    
bagaimana jika esok aku sudah tiada 
setelah air mata menghancurkan hidup aku 
adakah hari-hari yang berlalu akan ceria 
adakah akan menjadi kusam 
bagaikan bulan yang ditemani 
kegelapan dan awan hitam 

 Ya Allah..
tolong berikan aku sebuah kata
 yang dapat menerangi hari-hari yang berlalu 
menceriakan sebuah kehidupan 
menerangi malam yang kegelapan 
mungkin dengan itu 
aku mampu tersenyum kembali


Ahad, 4 Ogos 2013



andai dapat aku luahkan semua ini 

sendiri aku kesepian keseorangan 

terbayang wajah mu ketika mimpi 

di alam maya aku meluahkan 

semua tentang diri ini 

ketika sedih dan ketika gembira

ingin ku melupakan diri mu seketika 

untuk ku memenuhkan diri ini dengan ilmu 

menerangi cahaya masa depan ku 

aku tewas untuk melupakan diri mu  

disaat itu juga ku mengalirkan air mata 

aku merindui diri mu 

wahai insan yang bernama wanita 







Jumaat, 2 Ogos 2013


aku seorang yang tidak pernah mengerti 
apakah erti sebuah kehidupan 
aku tidak pernah mengerti 
apakah erti sebuah cinta 
aku cuba untuk memahami 
apa itu kehidupan 
tetapi yang aku temui 
hanyalah mimpi-mimpi 
aku cuba memahami 
apa itu sebuah cinta 
tetapi yang aku temui 
hanyalah kesedihan 
ingin aku memiliki sebuah 
kehidupan yang sempurna 
ingin aku memiliki sebuah 
cinta yang  kekal 
apakah salah diri ini 
apakah ini hanya mimpi-mimpi 
tanpa tujuan yang pasti



ingin aku pergi jauh dari diri mu 
supaya aku tahu erti sebuah kerinduan 
tidak mampu untuk aku menyepi 
ingin aku fahami isi hati mu 
agar aku tahu dimana cinta mu 

telah lama aku hidup bergini 
adakah aku gagal dalam percintaan 
diri mu datang 
membawa seribu harapan 
membawa beribu bintang-bintang 
meneranggi jiwa yang kosong 

diri mu menyentuh diriku 
membuat aku selalu dekat 
aku akan selalu 
mendekati diri mu 
tetapi aku berharap jangan 
engkau pergi dari hidup ku